Wednesday, February 18, 2009

Sepanjang hayat 15

Setelah terbinanya sebuah laman di Internet atas bantuan anak saya si Firdaus @ Pipi @ Pipiyapong, saya sentiasa dikunjungi kawan kawan ( anak anak semuanya). Semakin ramai yg mengikuti blog saya. Aduh! besarnya rasa hati, kembang bagai selasih direndam ha ha.

Sayugiya, bila melihat latarbelakang mereka, aduh! semuanya dari kalangan orang orang terpelajar, berkelulusan tinggi, agresif, aktif dan pintar pintar belaka. Berbanding dgn saya, mak tuan, bagai bumi dgn langit. Sudahlah tua, dah 72 sekarang, tak ada latarbelakang pendidikan yg tinggi, sekadar pengalaman semata mata. Justeru saya rasa amat kerdil, kerdil dalam segala hal. Tetapi dek semangat masih ada, masih kuat, ada hati juga nak challenge orang orang muda ni. Geram rasa hati nak bersilat dilaman yang sama, biarpun adakalanya langkah saya ni banyak yg sumbang.

Ingat! saya ni sekadar bercerita sahaja, berdasar kepada apa yg saya tahu, dengar dan lihat. Tak ada fakta yg tepat. Saya menulis atas dasar lama hidup, banyak makan garam sampai darah naik sekarang dan pengalaman yg tak sebanyak mana. Jadi untuk mengimbangi keadaan, mengambil hati anak anak (kamu semua) kenalah saya buka langkah lain, belajar bersilat semula dengan guru guru silat yang terlatih dan baru. Kena baca buku, kena cari cerita cerita baru, kena baca balik sejarah lama dan kena turun padang jumpa orang itu dan orang ini. Kalau tidak nanti, macam mana nak temberang kat pengunjung pengunjung saya nakal nakal ni yang semuanya bakal jadi pelapis cendikiawan dan kepimpinan belaka!!!

Paling takut ialah patah galah dihaluan, paruhun terkulai pengganti tongkat dan sesat dijalan yg terang. Selera ada makan tak boleh. "Cis, orangtua, apalah kamu ni, jangan menyerah sebelum kalah. Buktikan kehebatan kamu . Sia sia saja belajar bersilat, sia sia saja bertapa di Kota Gelanggi. Mana dia pusaka Tok Gajah, Bahaman dan Mat Kilau...."

Terkejut saya bila mendengar suara itu. Menggeletar seluruh tubuh, pucat muka toreh tak berdarah. Bagaikan terhenti denyut nadi. Aduh! matilah aku...! Dari manakah datangnya suara itu? "Dari dalam diri itu, dari dalam hati kamu yg besar itu yg dah kembang bagai selasih direndam itu"...

Baiklah, saya akan terus menulis saya akan tetap melayan kunjungan anak anak...

19 comments:

  1. Teruskan bergelanggang. Tuan dilandasan yang betul. Anak-anak muda perlu tunjuk ajar. Ramai Golongan muda yang bijak pandai tetapi Agama dikesampingkan, jahil Seni dan budaya.

    ReplyDelete
  2. lepas bace blog pakcik ni, banyak terimbau kenangan lama saya di kampung....

    ReplyDelete
  3. Syabas sekali lagi Pak Hashim diatas semangat kental dan sikap rendah diri yang sukar ditandingi. Saya kagum dengan pendirian yang jitu tidak mendabit dada, tidak ego dengan kedudukan, ini lah orang yang perlu di jadikan contoh terbaik. Ada yang berkata dia boss tapi ada yang lebih boss, ada yang kata dia PHD ada lagi yang lebih PHD, ada yang kata kelilingi pelusuk dunia itu lah ini lah..tapi Pak Hashim lah yang sebenar orang yang meneroki kehidupan dari segala bentuk kehidupan..setinggi-tinggi tahniah pada mu Pak Hashim...

    ReplyDelete
  4. salam pak cik,

    sesekali buat la juga cerita lawak orang lama-lama. kalau boleh buat cerita lawak orang pahang.

    pak cik punya lawak, mesti kalah letup si pipi tu! ha ha ha

    ReplyDelete
  5. hehe...ala....72tahun tu kalau pusing jadi 27 tahun...muda lagi tu....

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang kami orang muda memang minat nak dengar cerita-cerita orang tua. nak masuk duduk mengopi sekali rasa tak kena, nak menyampuk rasa tak best. elok benar la pakcik menulis, boleh kami baca.

    ReplyDelete
  7. Pakngah - PiPi - Pakngah
    baru la ni saya mula dapat "clue" dari mana punca pemilik "hilangpunca" berkarya...
    Pakngah dan Pipi ,meme kacip !
    tak ramai anak muda boleh duduk semeja dengan ibubapa mereka dan bersetuju dalam hal yang sama...
    Pakngah pula telah membuat pilihan yang bijak, dengan menerima saranan PiPi untuk menulis blog...

    Saya berkerja di Pasir Mas, hari - hari lalu jalan Salor tu, kalau Ariffin B. Gendut ayah sedara Pakngah jadi..

    sedar tak sedar, saya dan Pipi 2 pupu ker ?

    ReplyDelete
  8. Caklam:
    Terima kasih, pakcik akan teruskan.

    ReplyDelete
  9. mohdsuak:
    Terima kasih. Tapi jangan angkat sangat. Patah tongkat nanti tak berjalan pakcik.

    ReplyDelete
  10. rahimi idris:
    Cerita lawak orang banyak juga. Kalau rajin boleh buat buku. Nantilah pakcik akan usahakan.

    ReplyDelete
  11. iftitah:
    Betul cakap kamu tu. Sebab itu kena balik kampung selalu barulah dapat jumpa dgn orang orang tua. Nak tekel mereka senang aje. Carilah kelemahanya.Contoh: kalau dia suka minum teh tarik, ajak minum teh tarik, he he he.

    ReplyDelete
  12. terrarosa:
    Ariffin dan Yaakob bin sama tapi orangnya tak sama. Pakngah ada salasilah itu, baru dapat, sedang baca dan kaji. Memang kedua dua Gendut itu dari rumpun yg sama. Keturunan Tok Demu...

    ReplyDelete
  13. Pakcik kenal tak orang bernama Nordin Abdul Sattar duduk di Bukit Kerani?

    ReplyDelete
  14. Hai Annapopp.....!!! Abd.Satar tu sapa...awak anaknya kee?? sorry kalau tersilap tanya !!!

    ReplyDelete
  15. Pakcik jangan lemah semangat. Teruskan menulis. Kami semua akan tetap membaca walau apa pun yang pakcik tulis.

    ReplyDelete
  16. Md. Suak, Abdul Sattar tu moyang saya. Nordin tu arwah tok saya. Dua-dua duduk di Lipis satu ketika dulu.

    ReplyDelete