Followers

Thursday, April 30, 2009

Sepanjang hayat 66 - PSM Kaw.Lipis & DPMP Bersaing...

Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis ( PSM Kaw.Lipis) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Kaw.Lipis adalah dua NGO yang sedang rancak bersaing di Lipis. Bersaing maksud saya bukan berdahulu kemudian atau berlawan siapa akhirnya akan menang, tetapi bersaing dalam konteks ini ialah bersama seiring jalan menjalankan aktiviti masing masing.

Pada hari yang sama, siangnya jam 3.00 petang PSM KL. mengadakan mesyuarat agung yang dihadiri oleh semua ahli ahli Persatuan Sejarah itu yang dirasmikan oleh YB Dato' Wan Rosdy Wan Ismail Exco Kerajaan Pahang. Dalam ucapan perasmian biasalah semua tokok berucap dengan puji memuji, angkat mengangkat, membetulkan yang tidak betul dan menyalahkan yang tidak salah. Biasalah. Bercakap tentang sejarah, sejarah tidak boleh ditipu, tidak boleh dipinda, sejarah tetap sejarah. YB Exco Pahang turut menyatakan sejarah Tanahair kita adalah hasil kerjasama orang Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Alangkah bengkak rasa hati.....

Sebelah malamnya, Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP ) Kaw.Lipis tidak mengadakan mesyuarat agung tetapi, sekadar hendak menyusun semula kedudukannya yang sekian lama tidak bergerak. Penggeraknya sangat sebok. Biasalah sekiranya penggeraknya itu seorang tokoh, hai! seboknya, amboi bukan kepalang.

Kedua dua NGO ini membawa message yang sama iaitu menulis. Kalau seorang penulis itu hendak menulis tetapi tiada bahan yang hendak ditulis, dia akan gagal. Demikian bahan yang hendak ditulis itu ada tetapi tidak tahu menulis, dia pun gagal juga. Jadi eloklah kedua dua NGO ini berkongsi tugas dan berkerjasama dalam banyak hal dan perkara untuk cepat sampai ke arah yang dituju, melahirkan sebanyak mungkin bahan bahan yang berbentuk artikel samada yang berupa sejarah atau nobel, cerpen, puisi, rencana dan sebagainya. Sementara itu perbanyakkanlah ahli dan berilah penerangan secukupnya agar NGO ini tidak akan menjadi beku atau dimiliki oleh satu orang sahaja.

Jadi itulah saya gunakan perkataan saing, bersaing. Bersaing seiring jalan.

Jika hendak berdahulu kemudian, DPMP pasti kalah, sebab ahlinya tak ramai dan tokoh Penggeraknya tiada gelaran yang molok molok sebelum namanya. Jadi orang tidak bertitel, kalau bercakap biasanya tidak berapa didengar orang. Cakap cakapnya kurang bisa, alunan suaranya tidak merdu, walaupun wawasan dan kebolehannya amat murni dan ada inteletualisma.

Mudah mudahan dengan adanya banyak aktiviti di Lipis, Lipis tidaklah malap sangat. Anak watanya tidaklah teragak agak menyebut nama tempat lahirnya, tidaklah malu sangat bercakap dalam loghatnya dan akan keraplah berkata, "Moh weh kita balik ke Lepih". Ha ha ha...

Saturday, April 25, 2009

Sepanjang hayat 65 - Perkasakan DPMP.

Timbalan II DPMP Negeri Dato'Zainuddin Jumaat menekankan agar DPMP Kawasan Lipis diperkasakan. Saya disasarkan kerana saya orang lama DPMP yang menetap di Lipis supaya bergerak semula.

Bukan kah Lipis sudah ada DPMP Kawasan, kata saya.
Tidak aktif, tiada apa apa laporan ke Negeri, jawab Dato Timb.II.

Saya dah tak daya, umurpun dan banyak, tak lama lagi nak mampus, sedangkan sembahyang bang belum buat cukup, saya tempelak balik.

Kon ni, aok ingat muda sangat? Dato" Timb.II macan naik angin pulak. Saya pun diam.
Dia senyum dan saya pun senyum.

Kerana itu ia perlu diberi semangat baru, disuntik dengan ubat dan jika dibawa ke pawang kena lunus dengan kain hitam.

Tadi petang ada dua orang anak muda bertanya saya tentang badan penulis di Lipis. Kami sudah lama mencarinya tetapi tidak berjumpa. Saya syorkan DPMP, mereka kepalang gembira.

DPMP yang ditubuhkan pada tahun 1957 sepatutnya telah lebih awal mencatat kejayaan dan kewibawaan terunggulnya, tetapi malangnya,tidak banyak yang dapat dibanggakan. DPMP tidak berupaya melahirkan zuriat yang ramai . Jangan tanya dimana silapnya. Oleh itu mari kita bantu dia, kita kerjakan dia agar ia dapat melahirkan lebih ramai lagi orang orang yang berjaya di bidang seni, apa jua seni dan segala seni, lebih ramai dan lebih berkualiti.

Orang politik tidak mampu membawa DPMP ke tahap perjuangan yg lebih besar, lebih bermakna mengikut acuan yang kita mahu kerana situasi dan scope mereka sangat luas dan tidak terhad. Kita cuma seni. Tak kiralah seni untuk seni atau seni untuk masyarakat.Ayuh! mari, kita sama sama berjuang dalam DPMP. Di dalam hal ini ketepikan fahaman politik masing masing, OK!!!

Pada 28 April 2009 Selasa malam jam 8,30 di Bilik Mesyuarat kecil Lipis Hotel Centrepoint, satu perjumpaan bersama Timbalan II DPMP Negeri Dato' Zainuddin Jumaat akan meneruskan usahanya menyatukan seluruh penulis di Lipis. Penulis nobel ke , cerpen ke , sajak ke, drama ke, lakunan ke, wartawan ke penulis rencana ke termasuk peminat dan simpatis seni, ke dalam satu badan NGO bernama DPMP.

Tuan, puan, saudara dan saudari, tak kira politik apa adalah dengan segala hormatnya di jemput hadir.

Thursday, April 23, 2009

Sepanjang hayat 64 - Tuah dan Mudah.

Tuan dan Muda adalah dua perkataan yg mempunyai makna yang berlainan tetapi menjurus kepada satu pengertian yang tidak bertepi. Ia boleh diglobalisasikan dan boleh juga dikuncupkan sehingga tidak bermakna langsung.

Tua adalah hikmah, barakah dan wajar disisi agama, apabila yang tua itu pastilah guru, ibu bapa dan yang lahir dulu, yang memiliki kelebihan dari segi lama, pengalaman, ilmu dan sebagainya.

Muda adalah anak anak yang masih bersih memerlukan bimbingan dan ajaran sehingga mereka pula akan jadi dewasa kelak, dimana segala pelajaran ilmu pengetahuan perlu dicurahkan adalah datangnya dari orang tua.

Tidak ada tua kalau tidak ada muda. Kedua duanya saling perlu memerlukan, seperti aur dengan tebing.

Signifikannya, yang tua adalah pemimpin kpd yang muda, yang kena terima. Yang tua tidak harus membiarkan sahaja apa yg bakal berlaku kpd yg muda. Yang muda tidak harus membelakangi yang tua. Kita kena dengar cakap orang tua.Kalau tak dengar , tak harau akibatnya tak patah tergeliat.

Dalam masa yg sama kita juga tidak boleh menyangkal bahawa: Yang tua jangan di sangka bapak dan yang muda jangan pula disangka anak.

Allah swt tidak memilih sesiapa yang bakal dianugerahinya semata mata kerana merit atau luaran yg mengkagumkan.

Justeru, jangan ambil mudah kalau hendakkan tuah.



Wednesday, April 22, 2009

Sepanjang hayat 63 - Tua itu Tuah,Muda itu Mudah.

Apa pendapat anda mengenai "Tua itu Tuah dan Muda itu Mudah"!!!!

Bagi saya, tua itu tuah, kerana tuahnya banyak, hidup lama misalnya. Tulang temulangnya tidak rapuh dan tidak mudah patah.

Bagi kamu, orang muda yang serba serbi mudah. Belum tentu bertuah. Silap silap kelecik boleh tergeliat dan kalau tak ada tuah, boleh jadi patah.

Dalam perjalanan ke arah tuah, orang muda kena berhati hati memilih antah, jangan sampai terpedaya dengan sikap dan gaya hidup serakah.

Sekian, terima kasih.

Sunday, April 19, 2009

Sepanjang hayat 62 - DPMP Kaw.Lipis.

Saya terpanggil semula atau terpanggil lagi untuk menyelaras supaya DPMP Kawasan Lipis diberi struktur baru. Beberapa hari yg lalu Timbalan II DPMP Negeri Dato'Hj.Zainuddin Jumaat menghubungi saya melalui talipon agar satu perjumpaan kecil dapat diadakan.

Justeru saya menghubungi Setiausaha Kaw.Lipis memanjangkan permintaan Tim.II DPMP Negeri itu agar satu perjumpaan kecil diadakan pd jam 3.00 ptg Ahad 19 Apr.2009 di Lobi Hotel Lipis Centrepoint. Mula mula SU itu bersetuju tetapi disaat saat akhir, menghantar SMS mengatakan tidak dapat hadir kerana ada hal.

Semalam ahad 19 Apr.09 Tim.II DPMP Negeri - Dato'Hj.Zainuddin betul betul sudah datang. Kami menunggu di lobi Hotel Centrepoint Lipis kalau kalau ada seorang berdua ahli ahli DPMP Kaw.Lipis yang datang. Namun lewat jam 4.00 ptg. bayang rena pun tak nampak. Kami pun belah.

Saya tidak mengerti mengapa DPMP Kawasan seperti Lipis tidak aktif sedangkan ahli minima kawasan mengikut Undang Undang Tubuh hanyalah 15 orang. Jikalah sebuah NGO yang ramai ahli hanya 15 orang tidak boleh bergerak, saya rasa ini adalah satu pembaziran yg amat sangat, sedangkan Ketua I adalah seorang yg sangat berpengaruh dan bergelar Dato' pula. Amatlah malangnya jika NGO sebesar DPMP Kaw. Lipis yg ahli minimanya sekadar 15 orang tidak boleh diterajui dengan sempurna.

Saya mula mula bersetuju melibatkan diri untuk meng-struktur semula DPMP Kawa. ini tetapi apabila menyemak semula Undang Undang Tubuhnya, maka Setiausaha I DPMP Negeri hendaklah memberi lampu hijau yang besar, jelas lagi terang, mengenai Seksyen 13 Penubuhan dan Pembubaran DPMP Kawasan (1) & (2) (a) & (b) .

Selagi SU Negeri tidak menyalakan lampu hijaunya selagi itulah saya akan tidak berbuat apa apa. Takut dikata orang "Tak ada kerja cari kerja" atau "Lebih sudu dari bubur"
Wassalam...

Friday, April 17, 2009

Sepanjang hayat 61 - Alahai Orang Pencen...

Orang pencen, orang pencen!!!!

Diperhentian bas lama, dibandar baru yang sudah menjadi lama, di atas bangku panjang diperbuat daripada batu, bersebelahan dengan orang hindu penjual surat khabar ala candy shop, beratap dan bercat kuning, tempat orang menunggu bas sebenarnya, telah dimonopoli oleh orang orang pencen. Semua orang pencen berkumpul disitu. Dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.00, tak ada muka lain, yang kurus kering, yang gemuk lembam, yang terjebit, yang sedang menahan sakit, yang nak bangun berpapah, yang nak duduk mengaduh semua ada, dan semuanya masih gian hendak bercerita , mendengar cerita dan membawa cerita. Aduh! pengsan!

Orang orang pencen dari segala kategori ini adalah dari kaum cikgu, ustaz, pegawai kerani, pegawai luar, buruh dan sebagainya semuanya ada. Tidak ketinggalan yang baru nak kena sakit, dah kena sakit, sedang menderita sakit dan yang baru keluar dari rumah sakit. Semua jenis sakit mereka ada, yang kencing manis kencing tawar, darah tinggi dan rendah, sakit lutut malah yang sakit buah pinggang pun ada. Yang kena gout terdengkut dengkut, yang kena prostat sekejap terkencing dan sekejap terkencing, yang batuk terkekeh kekeh. Aduh macam macam. Kasihan!!!

Ceritanya, cerita hal sakit. Ada yang baru kena satu penyakit, ada yang kena dua jenis penyakit dan ada yang monopoli semua tiga jenis sakit. Namun begitu yang hisap rokok terus hisap rokok. Yang kelakar pula, ada yang membariskan beberapa batang pena penuh di saku bajunya, seolah olah dia belum pencen.

"Bukan ada dakwat lagi tu, dakwatnya dah kering". Lalu mereka tergelak Bagus lah ada kelakar, ada keriangan, boleh menambah sahari lagi usia mereka.

Lalu ada seorang yang memperlahankan keretanya dihadapan barisan hardcore disitu,
"Oi, sedara, kawan kita tu, semalam dah pergi dah jalan."
"Sapaaa?"
"Sapa lagi, yang lelah tu leee..."
Ramai ramai,"Inna lillah hu wa inna ilaihi ro jiuun..."

Sudah minum teh tarik, beli senaskah Sinar Harian, dan beli sayur sikit, mereka pun belah.

Kalau tak percaya, tuan tuan datang esok.....

Thursday, April 16, 2009

Sepanjang hayat 60 - Kuala Lipis dahulu dan sekarang ,Penggal 5.

Bercakap mengenai tempat tempat untuk mengadakan perjumpaan, perhimpunan, mesyuarat agung, kursus, forum, latihan malah untuk kenduri nikah kahwin pun,Lipis tiada masalah. Tempah dan bayar. Mudahkan!...

Majlis Daerah ada 2 dewan
Bangunan UMNO ada 1 dewan besar,
Centre point Hotel ada 2 dewan besar dan 2 dewan kecil,
PERKIM ada 1 dewan boleh memuat lebih 30 orang,
Pertubuhan Peladang ada 1 dewan capasiti sama dgn PERKIM,
Inst.Pertanian ada 1 dewan,
Pahang Club ada 1 dewan terbuka,
Dewan dewan lain dibawah jagaan JKKK sekitar 6 km radius terdapat di Tempoyang, Penjom, Kuala Lanar, tidak termasuk dewan dewan di sekolah, Maktab dan kelab kelab cina.

Dewan dewan ini semua macam tak berfungsi, tidak digunakan dengan baik dan untuk kebaikan orang ramai. Agaknya tidak ada aktiviti yang perlu menggunakan dewan. NGO tidak berfungsi dan tidak ada aktiviti.

Apa guna dewan itu dibuat? Untuk apa?

Mana Persatuan Belia,
Mana Persatuan Penulis, dpmp misalnya,
Mana Persatuan Orang Pencen,
Mana Persatuan Bekas Tentera dan Polis,
Mana Biro Biro dalam Persatuan itu,
Mana, mana ada.

Dahulu saya pernah syorkan pada orang politik, supaya buat aktiviti seperti mengadakan forum, polimik,pidato latihan (tari menari cha cha & rumba), sekali seminggu setiap malam minggu sebagai latihan dan mengsah bakat bakat muda dan yang terpendam.Hal ini patut dianjurkan oleh Biro Kebudayaan UMNO, seperti pernah dibuat dalam kenpen minggu dan bulan bahasa dulu.

Sekiranya syor itu diterima dan dipraktikkan, tentulah sekarang masalah tidak timbul untuk mendapatkan pensyarah, pemidato bagi mengadakan kursus kursus politik UMNO yang sekarang semakin serong dipandang orang.

Tuesday, April 14, 2009

Sepanjang hayat 59 - Kuala Lipis dahulu dan sekarang Penggal 4.

(1) Paklong Kasim (aruah) seorang yg bertuah masa hayatnya. Seangkatan dgn JP Thong yang kerap kali dapat kawasan balak, kira kira sama banyak.

JP Thong jadi orang kaya. Anaknya labor duit bangunkan bandar baru K>lipis. Paklong terus melepak kat kedai Mat Roti sampai padam hayat. Rumah masih tak berganti tetap atas tanah lesen dipinggir Sg.Jelai dan bila musim banjir menagih bantuan.

(2)Haji Wahab kali pertama buat permohonan kawasan balak jumpa Dist.Forest Officer (DFO) dengan berkain sarong, baju melayu dan berserban. DFO tanya,"macamana nak masuk hutan dengan kain sarong begini". Esoknya TnHj.tu datang lagi lengkap dengan seluar panjang, baju kemeja dan berkasut tapi serban tak tinggal. Dari hari itu, dgn hasil duit balak, Tn Hj tukar profession menjadi penanam geharu terbesar di Lipis. Kini memiliki 25 ekar kebun gaharu dgn nisbah 800 pokok seekar. Kalau nak anak geharu sila jumpa Tn Hj, harga sepokok RM10.sepolybag.

(3) Khaidir, lobi punya lobi, naik office turun office, kepit kertas kerja kulu kilir lulus satu kawasan TOL 50 ekar, konon nak ternak Napoh. Naik Kuantan, turun K.Lumpur, balik Lipis, pergi semula, naik semula dan balik semula, dengar dengar dah lulus RM300,000/. Mari kita sama sama dengar dan lihat, bolehkah si Khaidir ni berjaya dengan ternakan Napoh terbesar di Semenanjung. Saya tetap berdoa agar dia berjaya.

(4) Dengan wujudnya Perusahaan melombong emas di Empang Jaleh, tak payah tanya siapa punya, membuka satu peluang kepada anak anak muda yang menganggur dan sedang mencari kerja. Memang prioriti diberi kpd orang tempatan. Setelah berkerja dan dapat gaji lumayan, tiba tiba nak cari lebih, songlak emas, bawa masuk dadah dan segala macam mischievous itu lalu terbuang kerja. Sekarang siapa pekerja disana? Orang orang tempatan gigit jari.

(5) Koperasi Desa Wira Tas Berhad (KODEWITAS) memohon tanah TOL seluas 50 ekar untuk projek koperasinya. Kakitangan Pej.Tanah kata, datanglah selepas 3 bulan untuk mengetahui kedudukan. Selepas 3 bulan, pergi pula setiap bulan. Lepas itu setiap dua minggu dan selepas itu setiap hari jumaat (Jumaat hari mesera pelanggan), CC kata permohonan tersebut sedang buat "charting" . Kerja charting Pejabat Tanah Lipis untuk kawasan 50 ekar, sudah lebih satu tahun lamanya belum juga siap.

Nasib koperasi , Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang belum sangkut dgn mana mana Kementerian setelah Kementeriannya digugurkan, bawah pemerintahan Najib.

Apa akan jadi dengan orang melayu di bawah pemerintahan melayu!!!!.

Monday, April 13, 2009

Sepanjang hayat 58 - Kuala Lipis dahulu dan sekarang , Penggal 3.

Ekoran dari entri yg lalu, saya teruja dengan pandangan sdr sdr Chaklam, Bobo, mdsuak, rahimin idris, hai dan lain lain.

Seperti ada kekecewaan dalam tanggapan mereka mengenai perkembangan mentaliti orang melayu yang cuma berkisar pada hal hal yang streotype dan bersifat one track minded pula.

Orang melayu yg ada kelas. survival mereka adalah untuk mendapatkan kemudahan hidup diri dan keluarganya,lalu sanggup memijak kepala orang lain. Kalau orang lain membuat sesuatu yang berlainan dan boleh mencabarnya kedudukannya pula, akan diugut dan dilaporkan kepihak atasan. Pemimpin pemimpin Politik pula yg berteriak dan melaung atas nama Nasionalis - bangsa, agama dan tanahair, sekadar membaca dan mengira-ngira tempoh YBnya akan bersambung atau tidak. Pemimpin dipihak pentadbiran pula kebanyakannya bukan orang tempatan, mereka lebih mementingkan untuk mencari jalan selamat. Cari makan. Jadi filosofi mereka tidak kurang dan tidak lebih dari "Eat what you can and cann what you can't".

Justeru, selagi perkara perkara ini tidak diselaraskan, selagi para cendikiawan kita tidak mahu turun padang, selagi kita tidak membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat maka selagi itulah orang melayu tetap beku dan duduk ditakuk lama. Tidak progressive.
Tidak survival. Yang kaya maintain kekayaan, yang berpangkat tinggi tetap ranggi dengan perolehannya. Yang cedikiawan sekadar menulis rencana dan essay dari atas meja yang tidak dimengertikan atau difahami oleh rakyat jembel yang bodoh alang.

Orang kecil, orang miskin dan orang bodoh bukan tidak ingin mahu maju, tetapi mereka tidak diberi jalan dan peluang. Mereka sekadar digula gula, dicok cok macam anjing lapar, kemudian bila dikejar, top top benda yang dikejar itu dah habis. Berkotik kotik sajalah ekornya sambil menjilat bibir.

Demikian juga dengan miskin tegar. Satu hari Tn DO bertanya Penghulu W.Hamid:
DO "Ada lagi ke orang miskin dikawasan Tok Penghulu".
Penghulu, "Ada tuan".
DO, "Penghulu lain cakap kawasannya tak ada".
Penghulu, "Tak tahulah saya tuan"
Suatu hari Tn DO ajak Penghulu W.Hamid melawat kawasan lain, memeriksa betulkan cakap Penghulu bahawa kawasannya sudah putih miskin.
Penghulu, "Tak mahu tuan, bukan kawasan saya".
DO, "Ah marilah kita jalan jalan".
Tak jauh setelah melewati kawasan yg dituju, Penghulu WH menunjukkan sebuah pondok buruk yang usang seusang reban ayam.
Penghulu, " Itu tuan penghuninya". seorang perempuan tua baru sahaja naik dari sungai berkemban kain buruk tanpa nampak corak batiknya lagi.
DO, "Sudah, jong kita balik".

Sunday, April 12, 2009

Sepanjang hayat 57 - Kuala Lipis Dahulu dan Sekarang, Penggal 2.

Jambatan yang menghubungkan bandar baharu dan bandar lama Kuala Lipis.


Kuala Lipis sebuah daerah yang dahulunya dibanggakan, ditatang bagaikan minyak yang penuh, kerana Kota Kecilnya yang tak pernah tidur yang boleh menghiburkan seluruh manusia yang gelojoh dan serakah dari seluruh nusantara. Kini setelah kemahkotaanya di rampas dan dipindahkan ke Kuantan, ia adalah sebuah bandar kecil yang terpencil dan terpinggir .

Justeru, orang orang disini sering berkata, diwar-warkan sebagai tidak termasuk dibawah arus perdana pembangunan di Pahang. Dalam ertikata lain ianya dianaktirikan.

Soalnya sekarang, siapakah yang meminggirnya, siapa yang menganaktirikannya dan siapa pula yang merasa kecewa itu. Yang meluahkan rasa kecewa ini ialah orang melayu, orang melayu sahaja. Orang bukan melayu akur sahaja. Membangunkah atau merendahkah, mereka tidak peduli. Apabila bandar baru dibangunkan ada pula suara suara sumbang mengatakan ia akan menghimpit orang melayu yang berhampiran. Mana satu yang betul?

Yang jelas, orang melayu disini kurang siasat, tidak meneropong disekeliling mereka, lantas mereka tidak nampak apa yang jelas telah dibangunkan. Mungkin orang orang besar melayu sedar, tetapi orang orang kecil melayu masih tidak. Sebenarnya Kuala Lipis telah membangun dan ia akan jadi syurga dunia bagi orang orang bukan melayu yang tidak dilihat melalui kacamata melayu.

Kuala Lipis telah melalui beberapa era pembangunan, pertama zaman rumah rakit, kedua zaman pembalakan negara dan yang ketiga ia bakal jadi syurga dunia orang bukan melayu. Mereka (bukan melayu) telah bekerja keras siang dan malam mengumpul dana untuk membangunkan Kuala Lipis. Tetapi orang melayu tidak sedar.
Orang melayu masih tidur , mimpi dan terus bermimpi. Pemimpin melayu juga tidur dan bermimpi.

Era seterusnya ialah apabila pengundi bukan melayu akan mengatasi pengundi melayu melalui migrasi, kerana mereka (bukan melayu) telah menyediakan seluas luas tempat untuk kaum mereka tinggal nanti, disini. Mereka telah memiliki tanah yang banyak disini samada secara alocation, jual beli dan haram. Rumah rumah besar akan terdiri disekitar bandar baru. Rumah rumah besar itu tentulah milik mereka.Orang melayu yang miskin yang tak sedar diri akan dihimpit dan dikuis ketempat lain. Dalam masa sama orang melayu akan berpecah kpd beberapa pecahan melaui arus politik perdana yang sekarang sedang rancak. Orang melayu yang bodoh dan orang melayu yang dibodohkan oleh pemimpinnya akan merempat di tanahairnya sendiri. Pada masa itu nanti Bandar Lipis akan menjadi sebuah kota metropolitan yang tidak akan tidur tidur.

Apakah tidak mungkin perkara perkara ini terjadi? Tansportasi KL junior ke KL senior cuma memakan masa 2 jam high speed. KLipis - Ipoh sekadar 3 jam via Gua Musang. K. Lipis - Cameron Highlands via Port Betau lebihkurang 1 1/2 jam. Apa lagi?. Jawablah.

Friday, April 10, 2009

Sepanjang hayat 56 - Kuala Lipis Dahulu dan Sekarang. Penggal 1

Dahulu - 40 ke 50 tahun dahulu, Kuala Lipis adalah sebuah bandar kecil, terletak di hulu Negeri Pahang, tetapi keramat dan ia pernah menyandang jawatan sebagai Ibu Negeri Pahang. Jawatan tersebut ditarik balik kerana kurang efficien dan prestasi menurun. Mahkotanya dipindahkan ke Kuantan.

Selepas transformasi, persis seorang janda (Kuala Lipis) yang masih berupaya sihat, genit dan licit meneruskan hidup dengan daya tarikannya tersendiri.

Orang terus meminatinya. Peminat peminat dari seluruh pelusuk rantau samada dari dalam dan luar negara terus memujanya persis seorang primadona agung yang tidak kalih dari keindahan dan kemasyhuran. Ramailah orang datang dari pelbagai ras dan kelas membawa pelbagai hadiah, buahtangan dan cenderahati. Tidak kurang yang merayu, meraih kasih, menjalin asmara dan berjanji untuk sehidup semati dengan taburan emas dan rial sekendak hati.

Justeru Kuala Lipis terus hidup dan survive.

Berbekal dan bermodalkan rumah rumah rakitnya yang berderek disepanjang sungai Jelai di Jelai Street dan warong warong di Jalan Silang serta Hotel Hotel murah tanpa bintang, kegiatan bisnesnya terus maju dan menyerlah. Orang datang dan orang pergi. Orang dari sekecil kecil pangkat dan darjat hinggalah kesetinggi tingginya semua telah dipelawa berkunjung ke rumah rumah rakit yang di hias indah dengan kelik kelik lampu minyak tanah diwaktu malam. Sesiapa sahaja yang berkunjung kesini, tidak sah kehadirannya kalau tidak berjeruk dengan air Sungai Jelai. Oleh kegiatan ini, bandar kecil terus hidup sampai ke pagi. Orang tidak bisa tidur, peniaga gerai dan warong juga tidak tidur, penunggu penunggu bilik juga tidak tidur, dan semua orang yang ada urusan dengan malam tidak akan tidur. Penghuni penghuni rumah rakit juga tidak tidur, lampu kecil minyak tanah terus dengan kelik kelik cahayanya sampai pagi. Orang turun dan naik ke rumah rakit tidak berhenti, silih berganti dan semuanya ingin melihat, ingin merasa dan ingin menyatakan sesuatu yang indah indah . Aduh! betapa intimnya malam malam yang syahdu begitu sepanjang masa dan sepanjang mengalirnya air berkeluk kelik yang akan membawa ceritanya sampai ke laut.

Bagi penulis, pengarang, pelukis disinilah ilhan mereka, disinilah bakat mereka terasah dan disini jugalah seni semakin terukir dan terpahat lalu membait baitkan rangkaian syaer dan pantun. Bagi sasterwan yang hilang menterjemahkannya sebagai Kota Kecil Yang Tak Pernah Tidur. KKYTPT ini telah mendewasakan saya sebagai manusia perasa, manusia pencinta,manusia pelihat, manusia pencari dan manusia yang perhatin terhadap alam dan keindahannya yang disayangi dan akan dikenang sampai mati.

Kini Kuala Lipis bukan sahaja seorang janda yang tidak dimakan usia, malah adalah pelacur tua yang setia. Sekalipun segala kepunyaannya telah punah ranah oleh kerakusan manusia, namun ia masih tetap memiliki kekayaan dan keindahan yang kini semakin menjadi rebutan pula oleh manusia durjana dan serakah.

Pada penghujung tahun lapapuluhan menjangkau awal sembilan puluhan, Kuala Lipis di sanjung sebagai pusat pembalakan negara. Lantas sekali lagi Kota Kecil ini menjadi pusat segala kegiatan menumpaskan segala khazanah kayu kayan yang ada. Segala pelesit, lintah darat, jin, syaitan dan segala yang berbentuk bencana itu berkumpul disini. Tugas mereka bukan lain untuk menjahnamkan segala tumbuhan dan mempadang-tekukurkan segala hutan, tidak kira kawasan itu larangan atau bukan. Tanpa belas kasihan batang batang kayu yang hidup beratus ratus tahun itu dikorbankan untuk mengisi nafsu dan tembolok mereka yang kapitalistik. Mereka berteriak dengan gelak ketawa apabila melihat sang merbau, jelutung, meranti dan sebagainya itu tumbang lalu menyembah bumi.

Akan berhentikah, akan bersarakah, akan bertaubatkah segala malaun yang sentiasa menghimpit janda tua yang bernama Kuala Lipis ini? Oh! tidak. Selagi ada syaitan yang bernama Azazil yang sentiasa membisikkan kesyaitanannya ke setiap insan insan yang tidak beriman itu, selagi itulah jada tua ini akan digoda, akan digoda sampai mati.

Ikuti kisah seterusnya di entri yang mendatang.

Wednesday, April 8, 2009

Sepanjang hayat 55 - Ucapan penutup.

Saya bukan hendak sangat bercakap fasal politik ni dan bukan orang politikpun malah pengikut blog saya minta saya kurangkan politik. Saya setuju. Tetapi bagi mengambil peluang sempena musim pilihanraya ini, saya rasa macam terpanggil untuk memberikan ucapan penutup, ha ha ha...

Di atas apa apapun, semuanya sudah berlalu. Yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah.

Momenton kehadiran Mahathir yang anti Abdullah itu tidak berupaya menyumbang, mengubah apatah lagi membantu BN menang.

Yang pasti jerat yang dipasang BN tidak mengena sebab tidak berumpan, tidak seperti yg dilakukannya sepanjang 50 tahun yg tak pernh kurang dengan umpan. Pengundi yg sentiasa dididik dengan umpan akan jadi ketagih. Buat kata Karam Singh Warrior, ada duit orang datang, tak ada duit pusing belakang. Ini andaian saya sahaja, jangan marah...

Yang jelas teori / era RAHMAN sudah tamat. UMNO atau BN kenalah tukar nama dengan nama dan teori yang baru. Baharu ada transformasi.

Orang bukan melayu suka pembangunan. Orang melayu bukan tak suka tetapi takut dan bimbang dengan adanya pembangunan, sebab mereka tak berani bersaing atas faktor duit. Tak cukup modal. Orang miskin mana boleh bersaing dengan orang kaya, kalau bersaing juga bodohlah namanya. Cari nahas. Kerajaan bukan tak tolong tapi sekadar melepaskan batuk ditangga. Berniaga apa kalau seperti buluh kasap?

Contoh: Bandar baru yang dibangunkan diseberang bandar Lipis oleh orang bukan melayu mengikut desas desus orang Lubuk Belida dan Kuala Kecahu semakin menghimpit kedudukan mereka disitu. Kehidupan mereka yang miskin yang masih berpegang kepada cara dan tradisi lama akan tergugat oleh pembangunan yang pesat di bandar baru itu. Kata mereka lagi, apabila dah bertapak melebarkannya tentu sahaja mudah, sebab mereka banyak duit. Lama lama kami orang Lubuk Belida, Kuala Kecahu akan hanyutlah di bawa arus pembangunan itu. Mana terlawan dek kita akan orang bukan melayu yang banyak duit. Mereka mungkin akan beli semua tanah orang melayu disitu untuk mengisi suku sakat mereka pula. Itulah nasib orang melayu yang hanya ada kekuatan memangkah tetapi tidak berupaya menyanggah.

Lama lama, kata Karam Singh lagi: Menang sorak kampung tergadai.

Monday, April 6, 2009

Sepanjang hayat 54 - Ayam Terlepas Tangan Bau Tahi.

Negara kita sedang menghadapi saat genting dan cemas ketika ini. Di saat dan ketika yang amat genting, kritikal dan mencemaskan ini, apakah peranan kita, apakah yang perlu kita buat dan apakah sumbangan kita.

Disana sini kita mendengar orang terpekek terlolong dengan maki hamun, sumpah seranah, caci mencaci, tuduh menuduh, bodoh membodoh, hentam menghentam, hampeh, baghal dan sebagainya, semata mata kerana hendak menegakkan kebenaran masing masing.

Sementara itu, adalah pula yang berdoa dengan menadah tangan ke langit meminta restu gusti alam malah tidak kurang pula yang bersolat hajat agar makbul segala permintaan dan yang berkaul juga alahai! jumpa bomoh sana jumpa bomoh sini, agar perkara yang mencemaskan ini tidak mencacatkan siapa siapa malah menguntungkan pula.

Ada yang menganggap ini satu peperangan. Konon inilah masa kita berjihad, menyapu habis segala musuh yang membujur lalu melintang patah, membersihkan segala anasir buruk dan baik. Sabil habis habisan.

Tak ketinggalan, yang sudah menyedia kubur, menyiapkan kapan, mengadakan unggun api, untuk menyelamatkan jenazah dan mayat yang menjadi mangsa keganasan yang mencemaskan itu. Yang Islam bersiap sedia untuk membacakan doa dan talkin, Masya Allah...Na uzubillah...

Saat dan ketika yang mencemaskan itu akan berlaku jua, pasti terjadi dan tetap berlaku. Tiada siapa di atas muka bumi ini yang dapat menahan apatah lagi menyelesaikannya. Sudah kehendak Tuhan, sudah tersurat dan sudah ditakdirkan bahawa saat dan ketika ini terjadi pada 7hb April 2009. di dua BUKIT dan satu BATANG.

Siapa yang menang dan siapa yang kalah belum diketahui dan tidak mudah diramalkan. Keputusan tetap ada. Satu menang satu kalah. Yang lain lain melepas, terkebil kebil macam ayam berak kapur. Buat kata Karam Singh "Ayam terlepas tangan bau tahi".

Saturday, April 4, 2009

Sepanjang hayat 53 - Orang Berpolitik, Kitapun Berpolitik juga.

Dalam sebok sebok berkempen pilihanraya di dua Bukit dan satu Batang ini, sayapun teringin nak tumpang semangkok. Sedikit aje, cuma semangkok mengenai kesah PRU 12, mudah-mudahan boleh buat panduan.

Dalam satu kawasan pilihanraya, dimana calun BN ialah seorang China, tentulah dari MCA. Manakala lawanya pula Calun PAS, dah tentu Islam lagi melayu. Masing masing punyalah hendak menang, habis ghin ( ghin ini ialah huruf jawi selepas huruf Ain), kata orang sini. BN mesti hendak menang, kalau tidak duit dah berjuta habis dan rugilah kalau tak menang. Demikian PAS, lepas pakai songkok, pakai kopiah, tak cukup kopiah ikat pula dengan serban. Melentang, menyengit, tak kira. Janji kempen dan menang.

Tukang kempen BN wakil calunnya daripada orang melayu bertaraf ustaz. Dia bawalah calun tu masuk kampung keluar kampung, berjumpa dengan pengundi melayu. Diajarnyalah bersalam, beri salam, duduk bersila,makan bersuap, masuk surau keluar surau, masuk masjid keluar masjid sehingga dah habis akal.

Bila orang PAS dapat tahu hal ini, lalu dikatakanyalah china tu dah jadi Ustaz. Orang melayu yang mengundinya nanti akan berimamkan Ustaz china tu. Dan macam macam lagilah putar belit untuk membangkitkan semangat orang melayu supaya sedar diri sedikit lalu mengundi PAS.

Tiba tiba keputusan pilihanraya, calun BN menang dengan majoriti besar mengalahkan calun PAS. Kredit patut diberi kepada Wakil calun BN itu kerana dia boleh buat china kafir tu jadi betul betul macam orang Islam yang dikehendaki PAS.

Friday, April 3, 2009

Sepanjang hayat 52 - Masuk Hospital.

Saya kena darah tinggi. Oi! mak tuan, darah tinggiiii...

Patutlah saya kena darah tinggi. Sebab saya tidak ada pantang larang dalam bak makan. Buat kata orang, membujur lalu, melintang patah. Orang kata daging kambing boleh menyumbang kepada tekanan darah lebih besar, tetapi nak buat macam mana, daging kambing adalah diantara daging yang paling saya suka. Bila ke kedai mamak, roti canai lawannya ialah kari kambing. Phuuuh! sedapnya.

Patutlah saya kena darah tinggi, sebab saya tak pernah buat pemeriksaan di hospital lebih 10 tahun hinggalah ke akhir 2005 bila saya dijadualkan ke Mekah untuk menunaikan Fardhu Haji. Itupun saya buat pemeriksaan di klinik swasta. Dr. swasta tu kata darah pakcik ni tinggi sangat,200. Dah 3 kali saya buat pressure masih sama, tak mahu turunpun. Dalam hati berkata, nasib baik tak buat kat hospital dan kalau hospital tak lepas kawan ke Mekah. Mahu tak mahu dr.sawasta tu catatkan pada buku laporan kesihatan saya dengan pressure 160 per tak tau.

Balik dari Mekah, penyakit saya semakin parah. Saya terpaksa menyerah pada anak anak, abah ni sakit, tolong bawa abah pergi klinik. Di klinik,Dr. klinik terus tulis surat dan berkata, sekarang juga pergi hospital, bawa surat ini. Di hospital Selayang, saya kena marah, di marah oleh Dr perempuan yang sangat cantik. Aduh! kita dahlah sakit, kena marah pulak. Nak buat macam mana, diam ajelah... " Bila darah terlalu tinggi, degup jantung akan jadi kuat. Keupayaan jantung tidak seimbang dengan kekuatan darah. Akhirnya ia mencari sasaran lain - ke jantung dan buah pinggang..." Begitulah lebihkurang kata Dr yang manis itu. Dari hari itu saya jadi pelanggan tetap hospital Selayang. Bila saya minta tukar ambil ubat di Hospital Lipis, saya diarahkan masuk wad. Masya Allah!

Tiga hari dalam wad, saya bosan dengan misi (jururawat pelatih manis manis belaka) yang sangat ramai yang kejap datang beri ubat, kejap lagi datang nak ambil darah, kejap lagi ambil pressure dan, dan... Dahlah wad penuh dengan patient jadi saya jadi bengang lalu lepas cakap, macam ni bukan tambah baik, semakin teruk jadinya. "Saya tak mahu makan ubat", bentak saya. Satu wad kecoh. Dr pun datang bertanya apahal. Bila saya kata, "Dr. saya sudah tua, saya tak takut mati, bila bila pun saya sudah redha. Lalu dr. itu pindahkan saya ke satu wad yang lebih tenteram dan bersendirian, ha ha ha...

Lepas itu saya di arahkan ke Hospital Temerloh. Hospital Temerloh arahkan saya ke IJN. Sekarang saya jadi pelanggan tetap IJN. Tiap tiap bulan pergi Klompor.

Berhubung dengan entri semalam, kamu semua tak perlulah takut. Kamu semua masih muda dan masih banyak ruang dan peluang untuk kumpulkan bekalan untuk mati. Lain saya, banyak condong dari tegak. Soal kiamat tu Rukun Iman. Kena percaya dan imankan sahajalah.Imankan dengan cara Islam. Bila Islam tauhidkan keesaan Tuhan. Esakan Tuhan itu sekadar Dia tetap wujud. Wujud seperti adanya kamu. Sebenarnya kiamat ni hari hari, tiap waktu, tiap jam dan tiap minit dan saat. Mati, mati adalah wajib. Mati maknanya kembali, kembali ke Rahmatullah - kembali ke Rahmat Allah. Bagus bukan?

Jadi, carilah jalan kembali atau jalan pulang. Selamat Muhammad...

Thursday, April 2, 2009

Sepanjang hayat 51 - Berkelana

Sedarkah kita bahawa dunia yang kita duduk ini sudah terlalu amat panjang unurnya.
Sudah berjuta juta tahun lamanya. Justeru sedarkah kita bahawa api telah memberang di merata tempat seperti di America, Australia dan lain membakar dengan tak mengenal belas kasihan. Air juga telah membanjirkan banyak negara seperti di China, India dll. Angin juga turut marah lalu melepaskan puting beliungnya menghancurkan beberapa banyak tempat, mengaramkan beberapa banyak kapal dan sebagainya. Dengan bantuan air dan angin pula, tanah juga tidak ketinggalan memainkan peranan meruntuhkanya di mana sahaja, disana sini, mengeluarkan lahar dan gempa bumi.

Nampaknya anasir anasir ini telah memainkan peranan masing masing menghuru harakan warga manusia hingga hancur lebur, punah ranah dan menderita.

Sedarkah kita bahawa gejala yang berlaku itu adalah berpunca dari kezaliman manusia. Manusia yang tak sedar diri, tidak mengenang budi, tidak reti beterima kasih dan tidak bersyukur. Manusia yang sombong dan bongkak yang suka bermain api seperti mengapi-apikan satu pihak dengan pihak lain, menaikkan angin amarah orang lain mencemarkan air dan membuli tanah dengan mengangkutnya ke sana kemari, merampasnya dari satu milik ke milik yang lain dan mencerobohnya dengan pelbgai cara.

Justeru keempat empat anasir ini sudah mula fedup dengan manusia yang durjana ini. Dan mereka sudah mula panas baran, naik angin, menitiskan air mata dan marah marah.

Apa akan jadi sekiranya keempat empat anasir ini sepakat dan serentak mengeluarkan decree lalu declare perang ke atas manusia yang degil ini. Apabila perkara ini terjadi, kemanakah kita hendak lari, dimanakah kita mahu berlindung dan kepada siapakah kita hendak minta tolong. Aduh! bayangkan...

Hendak minta tolong dengan Tuhan? Kita tak kenal Tuhan. Kita hanya pandai sebut namanya sahaja, Ya! Allah!, Ya! Allah!. Kita sekadar kenal namanya tetapi tidak kenal batang tubuhnya. Masya Allah....

Wednesday, April 1, 2009

Sepanjang hayat 50 - Berkelana lagi

Selain dari Kg.Keledek, Kg.Merang saya ke Felda Kecahu Satu pula. Felda Kecahu 1 yang mengandungi 13 skim itu, hanya satu sahaja yang ada peneroka. Selebihnya semua ladang. Sekiranya Felda Kechau itu dipenuhi peneroka, alangkah bertuahnya bandar Lipis. Tentunya bandar Lipis akan menjadi pusat beli belah yang setanding. Ramai orang, ada kuasa beli dan tentunya banyak pula pengundi. Felda Kechau kini dipenuhi oleh pekerja dari suku sakat Indon dan Bangla malah mungkin telah melebihi penduduk yang menghuni Kechau 1. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi tetapi yalah, mungkin Najib tidak perihatin tentang hal ini.

Ada dua orang sahabat saya di Felda ini. Kami sering bertemu dan bermuzakarah. Kalau tidak saya yang pergi menemui mereka, merekalah yang datang. Kadang kadang kami sama sama pergi ke Keledek dan Merang dan begitulah seterus dan sebaliknya. Cerita kami cuma berlegar mengenai hal hal yang mistik, yang pelik dan yang susah difahami. Misalnya mengenai asal usul Adam, asal usul Muhammad dan asal usul manusia. Asal Tuhan pun kadang kadang tersasul juga Subhanallah!.

Justeru, itulah yang kami cari. Kami cari dalam solat, kami cari dalam zikir melalui jalan sariaat, hakikat, tarikat dan makrifat. Kenalah cari,kata guru, kerana sesuatu yang dijadikan itu ada sebab dan kerana maka sebab dan kerana itulah yang sering menjadi topik hangat kami dan kami terus mencari. Sekiranya tuan tuan tahu dan maklum dalam hal ini, haraplah dapat berkongsi pandangan dengan kami. Assalam mualaikum....