Lepak, borak dan meraban adalah satu rumpun yang membawa makna nagatif. Ianya adalah amalan amalan yg tidak memberi menfaat, lebih banyak kepada membuang masa, berborak mengenai hal hal yang tidak penting dan tidak hairan kalau ia boleh pula menjangkau kepada gossip dan mengumpat.
Kalau berborak dan meraban tak sah kalau tidak melepak. Lepak memerlukan borak dan raban, baru kena gaya, baru kaw, kata orang.
Namun, sekiranya lepak ini diadakan ditempat tempat yang khusus, seperti adakan kelab, persatuan atau wakaf wakaf, adakah mahu diorang ni kesitu? Misalnya, jom kita melepak, jom kita berborak dan jom kita meraban, maka secara automatik kita akan ke kelab lepak, rumah lepak atau wakaf wakaf lepak. Sekiranya hal ini boleh menjadi kenyataan, saya rasa tidak hairan disuatu masa nanti Lepak akan jadi sebuah institusi. Institusi lepak namanya, ha ha ha...berbaloi bukan?...
Bangsa bangsa yg sudah maju perkara seperti lepak, borak dan raban ini juga turut maju, ikut masa dan mereka sudah ada klas.
Walau apa apapun, Pelepak, Pemborak dan Pemeraban kita pada saya tak ubah seperti kucing. Kucing berilah makanan sebaik manapun dan hidangkan diatas pinggan emas sekalipun, kucing tetap tarik makanan itu keluar ke atas lantai.
Jom kita melapak!!!