Followers

Sunday, September 27, 2009

Sepanjang hayat 102 - Berhari Raya dengan anak cucu

Pakngah dan Makngah.
bersama dengan sebagagian anak cucu
Anak-anak dengan saudara sepupu mereka

Pipi dengan sepupu sebelah ibunya
Mandi-mandi di hari raya
Budak kembar ni kesejukan.


Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada suasana beraya yang dapat dirakamkan.

Semua anak, menantu dan cucu sejumlah 30 orang termasuk saya dan isteri (makcik mereka), telah berhari raya bersama di rumah saya. Riuh rendah dengan sorak sorai disulami pula bunyi mercun, jeritan bermain bunga api dan tak kurang pula dengan suara tangisan, terpekik terlolong, berkelahi, merenget dengan pelbagai kerenah, menjadikan suasana hari raya kali ini amat meriah.

Diantara cucu-cucu yang ramai itu Muhammad Harriz dan Muhammad Harraz kembar seiras itu telah berjaya menambat hati semua orang kerana keletahnya yang nakal, buas dan ganas. Aduh! Atuknya tak terkata apa, ha ha ha....

Tambah lagi dengan kunjungan 7 orang adik beradik yang masing-masing membawa anak cucu menjadikan hari raya meningkat ke tahap kemeriahan paling tinggi. Tak ambil kira sahabat handai atau tamu lain yang perlu diraikan,padan dengan anak cucu, adik beradik dan anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara sahaja.

Terima kasih kepada Teman blogger Sdr. Enam degrees dan isteri kerana sudi singgah berhari raya ke rumah saya.

Syawal masih panjang, teman-teman blogger kalau sampai ke Lipis jemputlah ke teratap saya. Serdak kueh dan kerepek masih ada. Kueh-kueh dipenghujung ni semakin sedap rasanya.

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Saturday, September 19, 2009

Sepanjang hayat 101 - SELAMAT HARI RAYA ' IDILFITRI


Saya atau aku atau keh HAJI HAMZAH @ MOHAMAD HASHIM BIN HAJI MOHAMAD ZABIDI atau PAKNGAH dan isteri MAHANI BINTI ABU SAMAH atau MAKNGAH:

Menyusun jari 10, memohon ampun ampun maaf di hari baik bulan baik ini, di atas segala kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran tutur-tulis dalam membelog sebanyak 100 entri dan komen-komen sama ada memberi dan menjawab yang telah saya buat untuk teman-teman blog, pengikut-pengikut dan peminat-peminat saya sekalian.

Manalah tau kok ada yang tercuit, tercapit dan terjentik maklumlah dalam hidup ini macam-macam boleh terjadi sama ada disengajakan atau tidak. Ya! macam-macam boleh berlaku. Tengah-tengah bercakap tiba-tiba mati pun ada. Oleh hal yang demikian dan justeru kerana itu, saya minta ampun maaf banyak-banyak.

Tiada yang mustahil, tiada yang memberi bekas, tiada yang sempurna, tiada yang seumpama dan tiada yang bergerak sesuatu dalam alam ini melainkan dengan kehendakNya. Yang buruk yang hina dikatakan dari kita dan yang baik dan cantik dari Allah sebenarnya adalah kehendakNya jua.

Jadi dalam hidup ini biorlah kita ini sempurna. Kalau cantik maka sempurnalah cantiknya. Kalau buruk maka sempurna jugalah buruknya. Dan kalau cacat maka sempurna juga cacatnya. Tiada yang lebih atau kurang dari kesempurnaan...

Seperti telah saya katakan diawal puasa bahawa saya mengambil keputusan bercuti menulis selama sebulan. Kini dipenghujung puasa dan esok kita menyambut hari lebaran iaitu Hari Raya Idilfitri yang mulia. SELAMAT HARI RAYA semua MAAF ZAHIR DAN BATIN.

sehingga kita berjumpa lagi, salam Idilfitri semua.....