Saya sekarang mengambil upah menulis surat-surat orang. Surat mintak hutang ke, tangguh hutang ke, rungutan kerana air tak sampai walaupun paip sudah pasang, api tiba-tiba padam dan apa-apa sajalah. Kalau ada orang suruh buat surat mintak cerai, tuntut nafkah dan rayuan dan mengadu pada Tok Kadhi pun boleh. Ada yang mintak selesaikan masalah longkangnya tersumbat, lalang tak bertebas, saya boleh tolong panjangkan kepada pihak berkuasa tempatan. Dan kalau ada yang minta tolong tuliskan surat cinta yang ramantik, berbunga-bunga dengan khayalannya sekali sama ada panjang atau pendek, saya setuju juga. Cuma kemana nak buang anak, nak letak di masjid surau ke atau kat tong sampah dan tinggalkan surat wasiat, hah! yang itu saya tak sanggup.
Sebarang petisen mengenai Pejabat Kerajaan, YB Wakil Rakyat dan sebagainya, lagi sedap saya tulis. Mesti laju punya.
Kalau nak isi borang pun, saya ada typewritter roller panjang. Besar mana borang pun boleh masuk, pasti.
Silalah datang ke No. 2A Alamanda 27200 Kuala Lipis dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. No office after 2.00 pm.
Upahnya tak mahal. Saya tak minta banyak. Saya bukan nak banyak sangat kira-kira cukup untuk belanja harian saya seperti berikut:
Rokok paul mall sekotak saiz 14 batang = RM 5.80
teh tarik dan roti canai sekeping = RM 2.00
petrol Rm 10.00 untuk setiap 2 hari = RM 5.00
luar jangka (belaja kawan-kawan - bukan hari-hari ) = Rm 7.00
Itu saja, ha ha ha....
Followers
Sunday, October 25, 2009
Monday, October 19, 2009
Sepanjang hayat 103 - Di Kuala Lumpur.
Salam bahagia, salam hormat semua sobat-sobat, kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak sekalian.
Sudah lebih tiga minggu saya tidak menyentuh komputer. Bukan kerana saya malas, fed-up, tak sihat atau sebab-sebab lain. Alhamdulillah saya masih sihat dan segar bogar. Yang tak sihatr,malas dan letih barangkali ialah komputer saya.
Saya berada di K.Lumpur sejak 17 Okt.yg lalu. Esok 20 Okt. saya akan ke Shah Alam meraiikan anak kedua akhir ( No. 9 ) berkomvo di UITM si Irdawati adiknya si Pipi. Lepas tu baliklah ke KL ( Lepih ) semula.
Malam pertama di KL saya menginap dirumah anak No.4 Hasbullah ayah kepada Hariz & Haraz kembar seiras itu. Malam kedua di rumah Kak Long mereka di Kinrara dan malam ketiga di rumah Kak De mereka pulak di Damansara. Hari kelmarin 18 Okt. meninjau rumah si bujang anak saya yg ke 7. Masya Allah bujang yang serumah dengan Otam, Razip dan Fadli itu bernama Ariful Fadhillah, macam kapal karam. Selepas berucap tak sampai lima minit saya keluar tak tahan melihat keadaan mereka. Teruk bebenor. Si Firdaus Abdillah tinggal berasingan demikian dengan abang mereka si Zafrullah yang berkerja sebagai Handyman kepada abang iparnya di Old Town Enterprise. Tak kuasa saaya nak pergi.
Kali ini di KL adalah diantara masa paling lama di sana, barangkali kerana menginap berlainan rumah. Aduh! kalu dah berumur ni memang tak sehati serasa meninggalkan rumah sendiri sekalipun bertandang ke rumah anak cucu sendiri. Aokme esok bila dah beranak cucu atau orangtua aokme le ni tentu tak ubah macam saya Kalau ke rumah anak cucu pastinya tiga malam dah terasa miang nak balik. Ha ha ha...
Esok 20 Okt. lepas konvo si Etek, ( sesi dia pagi ) saya nak balik juga. Rimas duk kat KL ni. Panas miang rasanya.
Kita jumpa di Lipislah, rumah sendiri, laman sendiri dan gelangvgang sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)