Kembali ke zaman rumah rakit bagi orang zaman kini tentulah kamu beranggapan ibarat jatuh ke zaman entah berentah, atau
kembali ke zaman datuk nennek kamu yang baru bernikah atau baru saja pudar inai dijari,
Tentu kamu rencam berfikir: Oh! Aku terlepas ke sebuah negeri asing,
Senyap sunyi bagaikan terhindar dari riuh rendah, hiruk pikuk dan bising.
Tidak ada sistem elektronik yang canggih apatah lagi internet.
Tidak ada yang terburu-buru, menggapai itu ini apatah lagi saling bersaing.
Orang dahulu songkoknya mereng, berkerol licin, orang sekarang berpakaian intim keterampilannya alim kucing.
Orang dahulu bernasi beras bendang, berlauk patin, orang sekarang beras impot berlaukkan masakan kurang manis dan kurang masin.
Sekalipun jarak zaman sudah berlalu nisbah berahi tiada yang kurang,
dahulu senjatanya tajam ampuh berbujang
sekarang banyak berhelah, rambang dan curang.
Terkenang semasa dulu... hati ku merasa rindu...
ReplyDeletemungkinkah dapat bertemu pada cahaya mata ku... :)
Glurpp..telang air liur
ReplyDeleteRingkas, padat dan bersahaja
Salam uncle, tumpang baca :)
rega gula dah naik , kalau dulu 65 sen tapi sekarang dah RM2.30 sen, sebab itu kena kurang gula.
ReplyDeleteSin,
ReplyDeleteterkenang semasa dulu
hati gundah kerana rindu
cahaya mataku & cahaya matamu
mek mek rakit ketiak berbau.
Aduhai sesuci sutera
ReplyDeleteintai-intailah selagi ada
entri uncle entri biasa
perintang waktu membuang masa.
endiem,
ReplyDeletebercakap mengenai gula
tetap dibeli biarpun harga berganda
tanpa gula badan tak ceria
umpama orang sakit tua
jaman dulu jaman purba
penyakit kurang daibetes tak ada.
orang sekarang berikan keli bela..
ReplyDeletepadat dgn hikmat.
ReplyDelete