Tuesday, March 30, 2010

Sepanjang hayat 141 - Mat Jan Terpukau

Teh, bini Mat Jan sudah pandai pakai baju bunting sekarang. Iyalah, berkat rajin berulang alik ke klinik desa di kampungnya. Dia bagaikan mendapat angin baru dan ingin memajukan cara mengendalikan anak-anak, rumah tangga dan juga menjaga kesihatan serta kecantikan. Misi-misi, jururawat klinik desa semacam memberi kursus kepada para ibu yang bakal bersalin. Justeru Teh sudah mulai kurang berkemban bila dirumah. Dia sudah mulai pakai gaun atau pregnant blouse bila berjalan-jalan. Dengan cara itu Teh kelihatan lebih menarik dan seksi. Rambutnya disikat rapi gaya ekor kuda. Tidak lagi mengerbang seperti sebelum ini. Pipinya yang kian montok itu disapu bedak dan berbedak sejuk bila malam. Keliling matanya kelihatan hitam selepas bercelak dengan celak Makah yang diberi Makwe Joyah yang baru balik dari mengerjakan umrah. Mat Jan terpukau.

Mat Jan kadang-kadang tidak perasaan yang berjalan dihadapan bersama ibu-ibu yang lain itu bininya.

Hati Mat Jan kadang-kadang berderau juga melihat perubahan ketara yang berlaku dalam rumahnya, terutama bila melihat bininya semakin galak berhias dan berkemas. Tidak lagi berkemban macam dulu. Teh yang bulat berkulit putih bila berpakaian kemas, bersikat lurus kebelakang dengan ekor kuda dan bercelak menjadikan Mat Jan malas nak bergerak. Dalam rumah nampak teratur sikit, tidak macam selalunya bersepah rah.

Yang membuat hati Mat Jan bercelaru ialah dia bimbang keketaraan itu sampai disedari orang kampungnya, kawan-kawannya. Ada rasa cemburu pula dalam hatinya. Lalu dia menelek dirinya yang akhir-akhir ini khusus selepas disondol babi, jantannya semakin menurun.

“Bukan main aok yek, melaram aje nampak le nih,” tegur Mat Jan.
“Matnya, keh nih nampok lawo ke, pada aok.”
“Hoh lah!. Risau juga keh. Anok dah nok masuk empat weh.”
“Kok cantik, kok lawo pun bini Mat Jan gok kata dek orang.”
“Budok-budok maneh?” Mat Jan mengalih cerita.
“Entoh, tadi baru lagi bermain-main bawoh rumah tuh.”
“Mohlah kita masuk,” Mat Jan mencubit pipi Teh yang gebu.
“Heh! Jangan nok mengada. Merepek, siang-siang giler nih.”

Sepanjang hayat 140 - Di Jerantut.

Semalam 26 Mac 2010
Saya dijemput oleh Ahli Jawatankuasa DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG, MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI PAHANG dan PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT. ke Majlis Pembukaan Rasmi Bengkel Penulisan Kreatif, jam 8.00 malam bertempat di Dewan Makan Aspura, SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang DM.

Saya telah berkesempatan menghadirinya. Terima kasih di atas jemputan tersebut. Malam Perasmian Majlis yang berlangsung gilang gemilang dengan ucapan Pengerusi DPMP Cawangan Jerantut dan Perasmian oleh YB Dato' Dr. Hj. Ahmad Shukri bin Hj. Ismail DSAP., DIMP., serta diiringi tarian anak-anak sekolah dan gesekan biola oleh adik perempuan kecil yang sangat mengusik hati.

Kepada penggesek biola kenit itu saya ucapkan syabas. Dan kepada DPMP Kaw.Jerantut, asuhlah anak kecil yang berbakat besar itu agar bakatnya tidak tenggelam begitu saja.

DPMP Kaw. Lipis bagaimana!. Sekiranya bergantung kepada nafsu saja sedangkan tenaga sudah luntur, janganlah teragak-agak untuk berpisah daripada mendukung biawak hidup.


Wednesday, March 24, 2010

Sepanjang hayat 139 - Mat Jan kena lagi.

“Macam mana pakwe boleh terer sangat cakap politik ni pakwe”

“Iyalah pakwe ni, bercakap macam orang ada tokoh aje, pakwe belajar kat mana?”

“Sapa guru pakwe?”

Budak-budak bertanya pakwe Bogong. Ada penuntut-penuntut IPT, budak-budak maktab yang mengerumuni pakwe. Mereka budak kampung yang balik cuti semester.

“Pakwe mana ada pergi sekolah, jawab pakwe. Lepas zaman Jepun umur pakwe baru masuk lima belas tahun. Orangtua pakwe hantar pakwe pergi mengaji pondok. Dipondoklah pakwe boleh mengaji Quran, belajar hukum-hukum hakam, fekah, tauhid, tasauf dan belajar bersyarah pun. Bila pakwe menjangkau umur sembilan belas, dua puluh tahun, pakwe tertarik dengan gerakan menentang penjajah ‘Mat Saleh Gampang Celaka’ tu. Dari situlah pakwe mula berjuang, bukan berpolitik. Perjuangan kami ada garis-garis tertentu, ada ideology, ada doktrin. Perjuangan kami bukan ikut nafsu macam orang sekarang. Diatas kesedaran, kami berjuang untuk bebas dari belenggu penjajahan yang zalim. Kami sanggup mengangkat senjata untuk mempertahankan tanahair yang tercinta ini."

Tapi, dalam masa sama, ramai pulak orang melayu yang belot. Sokong orang putih. Mereka desak raja, nasihatkan raja, orang putih bagus.Mereka sokong kerana nafsu, pangkat dan wang ringgit. Dalam hati mereka tidak ada kesadaran yang mendalam. Tidak ada semangat jiwa bangsa macam Sukarno, macam Gandhi, macam Muhammad Ali Jinnah. Tidak patriotik. Perkataan patiotik pun baru sebut dalam masa sepuluh duapulah tahun ini aje. Kami dah sebut perkataan patriotik lima, enam puluh tahun dulu.

Lalu pejuang-pejuang hilang punca , bercempera. Mana yang tak sempat lari, kena tangkap. Pakwe kena tangkap masuk kem Tg.Bruas 5 tahun. Dalam kem pakwe belajar macam-macam selok belok politik. Kami belajar meramal masa depan politik dunia.

“Apakah kemerdekaan kita sekarang ini didapati dari cara yang salah, pakwe?” tanya budah-budak tu.

“Pakwe tak kata gitu”

“Dari segi moralnya,” sambung pakwe lagi, “kita telah menjadi bangsa (melayu) yang lemah, senang diperkotak-katikkan. Kita tidak ada kesedaran yang mendalam. Kita tidak ada pegangan dan konsep perjuangan yang boleh dibanggakan sampai bila-bila. Kita sekadar bergantung dengan orang lain.”

“Tapi, kita dah merdeka sekarang pakwe. Kita sudah berkerajaan sendiri.”

“Benar, pakwe tak menyangkal semua tu. Mana boleh nak tarik balik mende yang dah lepas ke depan. Mustahil. Apa yang pakwe nak tekankan ialah kita mesti ada tanggungjawab dan kesedaran yang gigih. Kita kena buktikan bahawa orang-orang melayu betul-betul merdeka di tanah airnya sendiri.”

“Macam mana pakwe?”

“Maknanya kita hidup di atas tanah air kita sendiri, buat kerja sendiri, kita tak mengharapkan bantuan orang.

“Betul apa, pakwe. Memang menjadi amalan kita... kerajaan kita...”

“Apa yang pakwe tengok le ni, orang-orang macam Mat Jan ini sampai kiamat pun tak akan dapat tahap merdeka. Ikut buntut YB apa jadah. Dapatlah makan free, duit rokok free.”

Terbeliak biji mata Mat Jan memandang Pakwe Bogong.

“Apa yang kita mau, kita peralatkan YB tu untuk kita berjaya.”

Sunday, March 21, 2010

Sepanjang hayat 138 - Kuala Lipis Selepas Hujan.

PM Najib datang dan pergi.
Hinggap dan terbang.
Sorak sorai sunyi
Gerombolan manusia tiba-tiba lengan.

Kuala Lipis
seperti seseorang baru keluar dari kedai gunting, begitulah keadaan rambut yang
gonderong lalu tersenyum-senyum mengusap kepalanya yang gerling. Seperti, setelah jung lalu dengan saratnya kimbang pun bertaut semula. Kuala Lipis kembali seperti sedia kala.

Kuala Lipisku
tetap seperti dulu.

Thursday, March 18, 2010

Sepanjang hayat 137 - Mat Jan kena Leter

Yang kamu sibuk-sibuk ikut buntut YB kulu kilir tu buat apa? Apa yang kamu dapat?. Pakwe Bogong pulak berleter ke Mat Jan.

“Sudah-sudahlah tu, Mat. kita nih orang susah. Buatlah cara orang susah. Kamu tu anak dah nak masuk empat. Berjalan pun lepas sondol dik babi ari tu tak berapa nak betul lagi. Baik kita buat kerja kita, buat kerja sendiri. Kalau menoreh, menoreh sungguh-sungguh perentan (masa) harga getah naik ni. Esok bila turun, apa nak kata! Ada duit sikit-sikit simpan untuk anak-anak aok nok sekolah besok, untuk masa depan.”

“Tak usah nak politik politiklah. Bior ke deme aje, politik ke pelir itik ke. Kita, sampai masa mengundi, kita mengundi. Sapa kita nak pangkah, itu hal kita. Rahsia!.”

“La pakwe pun, le ni jaman maju, tren maju kita kenalah buka minda sikit. Jangan orang kata, macam katak bawoh tempurung pulak”

“Takde ke tren menerennya. Kalau dah sekolah atap tak sekolah ongputih, jangan nak mengarutlah. Tengok pakwe ni, dah hidup dalam tiga jaman. Jaman penjajah, jaman jepun, bintang tiga, ongputih balik dan le ni jaman merdeka, cara perentahnya celaru semacam. Tapi pakwe tetap nasionalis. Pakwe berjuang sejak jaman Dr. Burhanuddin, Ibrahim Yaakob, Ishak Hj.Muhammad, Ahmad Boestamam menentang penjajah sampai kena tangkap, merengkok dalam penjara Tanjung Beruas 5 tahun, apa dapat?” Pakwe Bogong berleter pada budak-budak muda yang kulu kilir buntut YB.

“Kome dulu berjuang, ongputih tak iktiraf. Ongputih iktiraf Ameno maka Amnolah yang memerintah. Kita ikut ajelah kerajaan le ni. Tak payahlah songeh-songeh ikut lagak orang.” Pakwe Bogong membuka sejarah perjuangan hidupnya.

“Pakwe, lepas tahanan Tanjung Beruas, Pakwe balik, terus buat kerja kampung. Pakwe buat tanah haram, tanam getah sampai 20 ekar, sebab Pakwe tau negara kita akan menghadap implasi.”

Ambil contoh perang Korea lawan Amerika. Orang Korea Utara tak menang kalau mereka tak simpan, tak sedia barang makan untuk selama 30 tahun. Tigapuluh tahun lamanya perang itu, akhirnya Amerika lari...Jadi kita kena simpan duit buat harta sikit-sikit, beri anak-anak pelajaran. Tengok anak pakwe, semua sekolah sampai universiti, ada yang jadi DO pun. Le ni pakwe dah tua, dah tak payah kerja. Pakwe tak harap duit anak-anak. Getah pakwe ada. Makan tak perabis, hari-hari duduk kedai kopi, kata pakwe Bogong.

Mat Jan tercengang. Baru inilah dia dengar leter Pakwe Bogong. Tak sama dengan leter pakngah.


Saturday, March 13, 2010

Sepanjang hayat 136 - Mat Jan sesak duit.

Pejam celik, pejam celik, hari dah berganti minggu, minggu ke bulan dan tahun baru macam dah usang. Tengah-tengah menoreh ada orang meninggal. Tengah-tengah menoreh, orang ajak gali kubur. Tengah-tengah menoreh, orang ajak merembat.Tengah-tengah menoreh YB pulak panggil minta tolong urut badan. Dalam pada itu Hj. Derus bukan main kuat masuk jarum.

“Rasa keh nok ke Lepih jumpa Pakngah” rengik Mat Jan depan bininya. Ada gaya nak minta duit tambang bas. Hari dah mula panas susu getah tak berapa nak meleleh. Duit pun kering lalu.

“Aok nok bawak mende, ke Pakngah tuh. Musim kering nih, buah-buah takde. Kantan tak berbunga, daun kesum tirus-tirus makan dik ulat, ulam raja kerenting kurus. Ubi kayu dah melawas, keledek kemili jangan sebut, petai berpucuk muda. Kalau ada pun jering kor ( jering semai ),” Teh berleter bacanya satu-satu.

“Iye tak iye gok, memang Pakngah marah kalau tak bawok mende. Ari tu keh bawok ikan lawang 2 ekor, dapat tiga puluh ringgit, Pakngah beri, hu hu hu...” Mat Jan bersorak.

Kalau datang berlenggang, roti canai sekeping dengan teh tarik dapatlah. Lepas tu berleterlah dia. Bingit telinga.

“Kamu bawok mende ke Pakngah. Aokme duduk kampung tak tanam apa-apa ke. Lada, kunyit, serai pun tak tanam dekat rumah. Dah kaya raya deme yek. Hari-hari molek gini tak menoreh? Budak-budak sehat ke?”

Kalau dengor leter pakngah, mati aku, Mat Jan teringat dalam hati. Pakngah apa tau, dia orang bandar, pencen besar, anak-anak semua makan gaji. Duduk rumah batu, berdua dengan bini muda pulak. Makan pantang,daging tak boleh, ayam tak boleh. Bila bejalan bawok ubat sebeban. Sakit dadalah, sakit kakilah, darah tinggi lemah jantung kencing manis seme ada. Entahlah pakngah keh tu...

Bila balik kampung, orang kampung semua tak betul, malas kerja, malas usaha, malas bercucuk tanam. Aduh! Lecehlah orang tua nih.

“Aok tu belakang pakngah macam-macam merepek, bila berdepan aje, seme iya, seme betul.” Teh pulak menyongeh.

Mat Jan terkebil-kebil.

Tuesday, March 9, 2010

Sepanjang hayat 135 - DIRGAHAYU LEPIH

Ini bukan setakat khabor-khabor angin. Bukan sok sek. sok sek lagi. Ini betul punya. Dah konfem satu Malaysia bahawa PM 1 Malaysia akan melawat Lipis selama 3 hari - 19-21 Mac 2010.

PBT , JKR dan semua yang terlibat sedang menyiapkan Bandar Lipis gemerlap, bercahaya dan bersinar untuk menyambut keberangkatan tiba PM Najib pada hari tersebut. Jalan sudah ditar baru. kiri kanan jalan sudah di trim. Mana-mana jalan yg kotor macam nak dibasuh dengan breeze. Padang Majlis Daerah sudah penuh dengan kemah-kemah sekali dengan pentas. Sekitar bandar dihias dengan pelbagai dekorasi yang dibawa dari Kuantan dan Kuala Lumpur. Bandar Lipis tip top.

SAMBUTAN 50 TAHUN KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MALAYSIA akan dirayakan di Lipis.

Bayangkan 1 Malaysia akan dihimpunkan di Kuala Lipis. Orang Kuala Lipis akan menjadi kaya raya selepas ini. Bayangkan berapa juta ringgit Malaysia akan ditaburkan di sini. Kalau orang Lipis tak kaya juga di tahun harimau ini, tak tau nak cakaplah kawan.

Rodong rodong blog adalah diingatkan supaya tidak lupa datang. Benda yang jarang-jarang berlaku di sini rodong-rodong tak patut kalau tak cakna, tak ambil pot.

Kawan pulak mungkin ke Kok Diang Kedah dan bini kawan ke Kota Baru, sebab kawan adalah bapak saudara kepada yang hendak menikoh pada tempoh tersebut.

Dirgahayu Kuala Lipis!!!...Dirgahayu Najib!!!...Dirgahayu!...dirgahayu!...dirgahayu! semua...

Monday, March 1, 2010

Sepanjang hayat 134 - Mat Jan Kucar Kacir.

Biasanya bila dekat dan selepas tahun baru cina hujan macam musim pejor. Kali ini nampak kurang sikit. Agaknya berkat tahun harimau. Rezeki pun bertompok-tompok macam taiknya. Mat Jan berbeka-beka hendak menoreh lebih sikit.

Dengor cakap YB macam ada rasa nak curah air ditempayan. Jangan susah, jangan bimbang, kata YB .Kerajaan kita perihatin. Kerajaan dah siapkan macam-macam rancangan dan projek untuk tinggikan taraf hidup rakyat miskin. Itu sebab PM buat slogan baru 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tak faham langsung keh! Ada orang kata, rakyat buat dahulu untuk kukuhkan kerajaan.

Dengor cakap Hj.Derus lain pulak. Dunia kita sedang diputar-belitkan oleh orang munafik. Kita nak dipisah-pisahkan mengikut zon. Orang bijak satu tempat, orang kaya satu tempat dan orang miskin satu tempat. Ada juga benarnya, fikir Mat Jan. Sedangkan sekolah pun deme nak buat lain-lain. Ada sekolah kaca, ada sekolah intan.

Kata Hj.Derus lagi kalau kita leka, tak masuk syurga. Kecut juga perut, dahlah sembayang lok-lak, lok lak. Dosa kurrr semangat! Kerajaan sekarang dah banyak sangat impot benda-benda yang melekakan, buat kita lupa dosa pahala. Nak stabilkan Negara, nak makmurkan rakyat jelata tapi semua barang naik harga, macam mana....?, Agama pun deme buat tak cakna.

Apa tidaknya, YB yg janji nak beri duit, entah bila-bila. Dah abis bulan dua hapah pun tak ada. Kalau gaya ini, keh nok ikut sapa?

Balik ke rumah lain pula, Teh sindir-sindir manja. Terasa juga dalam hatinya nak menengking, keh ni dah tinggal satu aje. Dalam kepalanya berserabut, macam-macam. Mana bini nak beranok lagi, mana si Debak tu nak masuk tadika lagi, mana asyik membuntut jubur YB lagi. Hj. Derus pulak selang sehari datang mencari.

Dan sejak ada klinik desa, Teh kata: misi bidan baik belaka, suruh keh bersalin di sepital. Aok kenalah siap beli lampin, pempas seme. Keh ni doh tok lame...

Punoh, punoh, Mat Jan menjerit dalam hati.

“Apa ke mendenya aok ni haah! sepital sepital. Tuh tiga ekor tuh kemarin padan dengan mokwe Joyoh je, montel-montel belaka, macam ubi kemili...”

Teh menonong muncung, terherot-herot ke dapur.

Mat Jan tersandar dikerusi robeknya dianjung.