Followers

Sunday, February 22, 2009

Sepanjang hayat 18

DATUK SAYA SEORANG PENGHULU:

Datuk (aki) saya sebelah emak adalah seorang penghulu. Penghulu terakhir dari orang kebanyakan bagi Mukim Telang, Kuala Lipis bernama Tok Awang Chik bin Tok Usoh. Jawatan itu disandang setelah abangnya bernama Tok Kopak meninggal dunia. Sekarang Penghulu Tok Awang Chik sudah dilupakan orang kerana tidak banyak orang tahu selain dari faktor masa. Orang orang yang sezaman dengannya bahkan ayah dan emak saya yg boleh bercerita sedikit sedikit telah lama meninggal dunia.

Setelah datuk saya, jawatan penghulu bagi Mukim Telang telah berpindah tangan kepada puak puak Cik Wan sehinggalah jawatan Penghulu ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Datuk saya empat isterinya dan yang ketiga ialah nenek (wan) saya orang Budu. Dua orang anaknya iaitu emak dan emak saudara saya (aruah belaka) adalah anak Tok Penghulu dan saya semestinya cucu Tok Penghulu. Datuk saya itu ramai anaknya, bukan sekadar emak dan emak saudara saya sahaja malah dengan isteri pertama kedua dan kempat ada berbelas belas orang anaknya tetapi sayang semuanya perempuan melainkan seorang anak lelaki bernama Ahmad bin Tok Chik.

Datuk berhenti dari jawatan Penghulu bukan kerana bersara, tetapi berhenti kerana lebih suka untuk menjadi pemandu kereta (driver) Tuan Hugh Clifford Resident Pahang. Agaknya pada masa itu tidak ramai orang yang boleh menyetir kereta, maka datuk saya disebut sebut sebagai orang yang boleh dan sangat layak menjadi driver Resident. Disini kelihatan datuk seperti didorong untuk meninggalkan jawatan penghulu Mukim Telang. Ada konspirasi kot! Tidak ada siapa yang membuat andaian. Jawatan sebangai Penghulu Mukim Telang selepas itu berpindah kepada keturunan Cik Wan iaitu Tok Penghulu Wan Lela.

Diwaktu datuk hampir hampir meletakkan jawatan sebagai Penghulu, dirumahnya di Sg.Kerai dekat kampung Tanjung Jambu, didatangi oleh seorang Benggali menjual roti. Benggali itu memaki serba putih, berserban putih dan janggutnya panjang juga sudah putih, menawarkan kepada datuk tujuh buku roti. "Datuk ambillah roti ini, kasi anak anak makan . Sekarang ada tinggal tujuh sahaja lagi , saya kasi sahaja, percuma". Datuk menolaknya, mungkin perkataan percuma yang diluahkan penjual roti itu membuat datuk kurang selesa mendengarnya . Setelah tawar menawar tolak menolak dengan datuk, penjual roti itu minta diri lalu pergi dengan kata kata akhir " rugilah datuk, datuk menolak tuah." Pada masa sama, wan saya sedang berbaring mendodoi anaknya, emak saya kot!. Menurut wan, dia dengar perbualan datuk dengan Benggali roti itu persis dihujung telinga tetapi tak terdaya untuk bangun untuk turut campur. Matanya bagaikan tertutup oleh mengantuknya.

Apabila Benggali itu pergi, datuk memanggil wan lalu menceritakan keadaan yang berlaku. Wan terus bangun dan bertanyakan dimana Benggali penjual roti itu?. Wan berleter, "kenapa tak ambil, bodoh benar awok ni. Mana ada Benggali jual roti disini. Dah berapa lama kita duduk sini mana ada orang datang berjual apa apa pun". Datuk seperti baharu sedar dari mimpi, lalu terjun ke tanah mengejar penjual roti itu. Benggali itu sudah ghaib. Lepas itu datuk berungut seorang diri, macam mana boleh cepat benar Benggali itu pergi, sedangkan jalan kampung (denai) ....

Menurut Wan, aki deme menolak tuah. Menurut tafsir dan andaianya, tujuh buku roti itu menunjukkan tujuh keterunan jawatan penghulu itu tidak akan terlepas kepada orang lain. Betapa tidak! tak berapa lama selepas itu, datuk berhenti menjadi Penghulu.

Walau bagaimanapun, sekiranya penolakan datuk tidak berlaku dan tafsiran Wan itu tepat, saya tidak akan jadi penghulu juga kerana saya disebelah yang lemah. Anak datuk yang lelaki sahaja yang bernama Ahmad (aruah) ( jawatan akhirnya dengan Kerajaan sebagai Renjer Hutan) yang boleh menggantikannya. Selepas Ahmad tentulah anak lelakinya pula iaitu Abdul Razak - Razak Ahmad pelakun drama (artis). Itulah cerita nenek (wan) saya mengenai datuk kami. Datuk saya seorang Penghulu.

11 comments:

  1. Salam pakcik,

    Imam Aziz tuh pak sedara saya. Kalu pakcik maksudkan Yusuf bin Udin, itu tok sedara saya. Rumah tuh memang dah lama kosong. Sejak atuk saya Jaafar Jusoh meninggal, wan saya Noresah Udin pon dh tak duduk situ. sekali sekala je balik. Wan saya pon meninggal kat Kuantan.

    ReplyDelete
  2. Salam Pakcik,

    Asal pakcik di mukim telang ke? moyang saya, tok & wan, pakcik & makcik, ayah & emak pun menetap di mukim telang. Mungkin kah ada pertalian antara satu sama lain? Keluarga saya menetap dikampung berchang dan kg selindang. mmmmmmm tapi yang pasti mmg terikat dengan saudara seislam ;-)

    Boleh pakcik berikan nama kampung-kampung yang berada dibawah jajahan mukim telang?
    Anak muda seperti saya kurang pengetahuan berkenaan kampung. Termasuk kampung sendiri. Masakan tidak, hidup di kg tak sampai 20thn dah berkelana ke negeri orang.

    ReplyDelete
  3. ermm... antara takdir dan usaha, semuanya dah cantik tertulis mengikut Percaturan Allah kan ?

    betullah pepatah orang dulu - dulu ,
    "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"
    tapi boleh ker diguna pakai sekarang ?
    yg bergolek mudah atau percuma sekarang ni, banyak agenda lain yang tersembunyi disebaliknya..

    p/s wah.. moyang Pipi pun sukakan kereta rupanya.

    ReplyDelete
  4. salam pakcik,
    dr. syed husin ali ada menulis tentang penghulu dalam masa kepimpinan orang melayu dulu. orang dulu-dulu yang memegang jawatan penghulu memang merasa bangga dengan darah penghulunya sebab jawatan penghulu ini hanya sultan sahaja yang melantik.

    sebab tu jawatan penghulu sekarang ni tak TRUE. yang pegang jawatan penghulu sekarang bukan dari darah penghulu sebab SPA yang melantik.

    saya pikir ini merupakan satu bentuk KEMODENAN dalam sistem pentadbiran awam yang dibawa oleh english. pada pandangan saya sebab tidak dapat menerima kemodenan inilah maka berlakunya pemberontakan.

    saya rasa orang melayu dah alami GLOBALISASI fasa 1 ketika dulu dan saya rasa tak jadi masalah untuk kita hadapi globalisasi pada masa kini asalkan kita punyai jatidiri yang kukuh dimana asasnya ialah agama, bangsa dan adat budaya kita.

    HIDUP PAKCIK HASHIM!

    ReplyDelete
  5. Bobo:
    Terkaan pakcik tidak tepat tapi hampir tepat. Sebab pakcik bukan orang tempoyang tapi duduk di Tempoyang, bersemenda dgn.org Tempoyang, bahkan ada saudara di Tempoyang.Jadi Bobo anak Tempoyang jati. Elok Tempoyang ini diberi fokus menyeluruh. Bangunkanlah Tempoyang agar ia tidak ketinggalan lagi. YB Pdg.Tengku juga orang Tempoyang dan Tempoyang dlm.kawasan DUN Pdg.Tengku. Siapa lagi kalau bukan kita? Biar Tempoyang terserlah spt. kampung kampung lain yg hampir dgn.bandar. Pihak Kerajaan telah bangunkan banyak spt. adanya Maktab Perguruan, Sek.Men. & rendah, taman taman tetapi taraf kehicupan orang kampung masih ditakok lama. Rumah rumahnya belum berwajah baru.


    ASN Survivor:
    Aki (bekas penghulu) pakcik memang orang Telang.Nenek (wan) pakcik org Budu. Ayah pakcik org.Sega Raub. Selalukah balik ke Berchang?

    Di Berchang tu banyak saudara pakcik.Pak ambong Aziz. Pak Ludin, Tok 4 Bedu, Cikgu Harun adalah dua pupu dgn pakcik. Noriah ibu kpd.Cikgu/Ustaz Burhan yg duduk di Selindang tu sepupu pakcik ikut sebelah emaknya. Duapupu ikut sebelah ayahnya. Cikgu Zainuriah isteri kpd Cikgu Mustafa adalah adik kandung pakcik, rumahnya bersebelahan rumah Pak ambong Aziz.

    Terlalu banyak kampung dan kampung kampung kecil dlm Mk.Telang ini, tak terbilangkan. Dpd kuala Sungai Telang santak kehulunya ke kg Barus, kg Beletik. Dan bermula dari kuala Sg.Teris yg berkualakan ke Sg.Telang membelah kg.Berchang, Relong, Bapong hingga ke Hulu Teris. Ada empat sek.ren dlm Mk Telang iaitu di K.Telang, Lubuk Kulit, Berchang dan Relong.


    Terra:
    Pepatah melayu itu sebenarnya tepat, boleh dipakai dan diikuti, jadikan pegangan atau prinsip hidup. Percaya saja tak cukup, kenalah dipraktikkan dg. usaha & kerja keras.
    "Ikhtiar itu wajib tetapi tidak memberi bekas", maknanya ikhtiar itu kerja makhlok dan memberi bekas itu kerja Tuhan. Sama spt beras secupak tak boleh jadi segantang. Betulkan! seulas padi kalau ditanam dan hasilnya pun boleh jadi lebih dpd segantang.

    Yakinlah, tidak ada sekarang kalau tidak ada dahulu. Sebagai generasi muda kena teruskan agenda hidup dgn berlandaskan yg lama, ok Terra!


    AMMOSHAM:
    kamu banyak membaca nampaknya Sham. Bagus, satu hari nanti ilmu yg kamu timba dari pembacaan itu akan menolong kamu.

    Arus kemodenan berlalu cepat sekali,kalau tidak direntak kita akan ketinggalan. Zaman itu berubah dari dekad ke dekad - globalisasi. Protes juga seiring jalan. Dulu dipanggil pemberontkan, sekarang ni pembangkang. Itu biasa, adat alam. Tidak ada yg bulat datang bergolek, yang pepeh datang melayang melainkan dgn rintangan dan saingan dan itu nature.

    Sykurlah, org melayu telah boleh menerima globalisasi samada sedar atau tidak. Alquran itu sendiri telah mengglobalisasikan umat dunia dan penganutnya. Ia bukan utk mengejar akhirat sahaja. Dpd 6666 ayat didalamnya, cuma 666 s'hja untuk agama selainnya adalah utk kehidupan manusia. Pakcik akur dgn perkembangan anda yg nampak sophisticated.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada kaitan antara kita secara langsung atau tidak langsung. Jika menurut apa yang pakcik katakan,

    Pak ambong Aziz saya panggil aki aziz. Pak Ludin = aki Ludin, Cikgu Harun pangkat tok dengan saya. Dia sepupu dengan wan saya yang Halimah Bt Uda Ali. Noriah pula saya panggil wan Embong. Suaminya Ariffin adik beradik dengan nenek saya Yang Endut. jadi Ustaz Burhan yg duduk di Selindang tu bapa saudara sepupu sebelah ayah. Mungkin pakcik kenal ayah saya Namli. Kebiasaan mereka disana akan mengenali ayah saya beserta dengan kembar dia iaitu Namlur (pakandak). Pakandak duduk diselindang. Tetapi ayah saya duduk di Jerantut.

    Seperti jejak kasih pula. Mencari susur galur keluarga sendiri.

    Sebulan sekali insyaAllah saya akan pulang ke kg Berchang.

    ReplyDelete
  7. As’salam’mualaikum, saya amat menghargai jawapan Pak Hashim kepada komen saya,
    yang jelas bagi saya Pak Hashim tidak menghampakan sesiapa saja yang membuat komen, tahniah Pak Hashim……teruskan usaha.

    Tentang diri saya terus terang saya kata bahawa andaian Pak Hashim agak tersasar.
    Namun apa pun saya tetap kagum dengan Pak Hashim …..

    ReplyDelete
  8. Pakngah,
    kalau ada ruang nanti, boleh Pakngah ceritakan macamana orang dulu - dulu menabung dan menguruskan kewangan mereka ...
    rasanya jauh lebih berhemah berbanding dengan kami yang berkawan baik dengan kad kredit.

    Pakngah ada kenangan dengan basikal tua ?
    Arwah ayah saya pernah menarik beca ketika saya bersekolah rendah..
    dekat Lipis ada ke Beca ?

    ReplyDelete
  9. ASN Survivor:
    Ayah ASN saya kenal bekerja sebagai Pengawas Hutan tapi pakcik kurang rapat. Kami satu pejabat Pejabat Hutan Daerah Lipis. Dlm. wakttu sama, pakcik lapor diri di Lipis, ayah kamu bertukar ke Rompin. Emak kamu masih berniaga disebelah Makitam Umbi bukan?
    Memang kita ada hubungan keluarga dan dizaman kebendaan ini masing masing terpaksa bekejaran kesana kemari mencari makan. Soal saudara mara ni semakin terhakis. Bukan tidak ingat nak ambil tahu tapi masa terluang amat terhad.Ustaz Burhan tu sekarang ini mengajar di Maktab Guru, tapi dua tiga bulan sekali susah nak bertemu. Masing masing ada hala tuju.


    Terra:
    Kamu ni ada ada saja. Orang dulu simpan duit dlm bantal dan tilam aje, buat lapik tidur. Mana ada bank. Kalau adapun cuma Post Office, itupun jauh .Orang kampung mana yg banyak hasil getahnya simpan duit kat toke getah.

    Basikal merupa pengangkutan utama masa pakngah kecil dulu. Kalau kami nak tengok wayang cerita melayu ke (film P.Ramli) cerita hindustan ke, berbasikal saja dari Sega ke Raub sejauh l.k 32 batu pergi balik. Masa itu basikal Raleigh sport ada speed gear paling canggih. Kayuh sorang satu sambil tiup serunai belanda (mouth organ) ikut irama P.Ramli, utk menarik perhatian anak anak dara kampung. Sekarang ni basikal mana ada lagi, beca pun tak ada. Kalau adapun cuma basikal budak budak dan mountan bike . Zaman dah berubah dunia dah maju anak oi!.Cuma si Pipi tu saja, orang beli kereta baru, dia beli kereta buruk. Dimana berhenti, di situ dia repair. Pakngah nak tumpangpun tak sudi ha ha ha.

    ReplyDelete
  10. hahahaha
    PiPi budak cerdik ,ada tahap kecerdasan kinestetik yang tinggi, "hand on" punya orang.. dia sengaja beli kereta "buruk" untuk dibaiki bagi menguji kepakaran diri tu..

    mungkin juga dia faham benor fungsi sebuah kereta adalah digunakan sebagai pengangkutan dari point A ke point B . Janji sampai ke tempat yang dituju , tak basah dek hujan, tak lekang dek panas...

    p/s amacam Pi, ok tak karangan akak,
    boleh ler tumpang Kereta Sukan untuk malam Maskara nanti harharhar..

    ReplyDelete
  11. "saya ada sekeping foto, ingat pak cik kenal foto tersebut. Saya minta izin nak copy paste ke artikel 'Datuk saya seorang penghulu ke blog 'cerita dari Lipis'

    betul rujuk CO 273/179. Rodger kepada Gobernor, 17 March 1892. Terlampir dalam Gobernor kepada CO, 25 March 1892 To' Muda Yusuf Telang mendapat elaun $ 240 setahun.

    ReplyDelete