Followers

Tuesday, February 24, 2009

Sepanjang hayat 19

Dulu, kalau kami buat jahat, kami dihukum cikgu, public canning misalnya, ceritanya tak sampai ke rumah. Emak bapak tak tahu. Kalau terdapat kesan kena pukul yg disyaki emak bapak, masih lagi disembunyikan dengan memberi alasan alasan lain. Sebab kita insaf dgn apa yg kita lakukan. Kenakalan budak budak dizaman saya, tidak membabitkan keruntuhan moral, sekadar kenakalan yg boleh diterima oleh orang tua sebagai adat budak budak. Tetapi budak budak sekarang sangat berani, mereka mencanggah guru, ibu bapa dan orang orang tua. Sekarang semuanya telah serba berubah tetapi perubahan ke ala sekarang memakan masa yg panjang juga. Sedar tak sedar, permainan seperti main guli, main gasing, layang layang, menjebak burung, lastik, kundang kundi hilang dengan sendirinya. Disekolah, sukan seperti bola, hoki, rugger, badminton memang ada dan kelengkapan serta peralatanya cuma ada di sekolah . Budak budak kampung kalaupun ada peralatannya seperti bola, kayu hoki, reket dan sebagainya semua buat sendiri. Lagipun zaman itu zaman serba kurang. Mana ada balairaya, mana ada JKKK dan aktiviti sosial langsung tak tahu

Masa saya dalam Special Malay Class, belajar bahasa Inggeris amatlah susah. Hendak memahami satu satu perkara dan maknanya, amboi! kadang kadang menggelikan. Cikgu menjelaskan makna chair, desk, door, window, read, write bukan saja dengan oral malah dengan praktikalnya sekali. Apabila sudah di ajar, cikgu akan bertanya semula, "Do you understand?". Wah! semua murid bangun berdiri. Pening kepala cikgu. Sebab kami baru di ajar makna stand, sedangkan understand belum lagi. Ha ha ha...

Budak budak sekarang boleh belajar dan faham dengan cepat tetapi bercakap tak boleh, orally they cannot speak english fluently terutama budak budak melayu. Malu, segan, takut tak betul dan macam macam. Budak budak bukan melayu terutama India, grammer nya bukan betul, tetapi mereka berani, mereka bedal sahaja, hentam sahaja, broken english pun tak apa .Itulah kalahnya kita. Agaknya kalau budak budak sekarang dikena fine macam di zaman saya dulu, baru mereka tahu, ha ha ha...Tetapi jangan, budak budak sekarang sudah pandai berontak, ada gengsterism di sekolah, nasib tak baik cikgu yg nazab. ha ha ha...

Kelas melukis, budak melayu sangat terror, cantik dan ada seni. Masing masing dengan scenic kampungnya, sebuah rumah kampung ditepi sawah padi, dua tiga batang pokok kelapa yang meliuk liuk ditiup angin sepoi sepoi bahasa, seekor dua kerbau sedang meragut rumput ditepi sawah dengan berlatarkan bukit dan gunung , awan berarak cerah dengan dilintasi sekumpulan burung burung terbang. Aduh! amat nostalgic sekali. Dan apabila ditanya cikgu, " Eh! you, what is your ambition ? Ada yang menjawab, "I want to be peddi-planter, sir." , ada yang hendak jadi kerani, askar, polis dan boleh dikatakan tiada yang bercita cita hendak jadi doctor, lawyer, engineer dan sebagainya. Pada saya yang tidak bercita cita tinggi itu bukan mentallity mereka sebenarnya. Orang melayu dari dahulu sampai sekarang memang suka merendah diri. Padahal, bukan tidak banyak dari generasi saya yang terbang keluar negeri, balik jadi doctor, engineer , lawyer dan sebagainya. Dari kelas saya, misalnya Abdul Hamid yg saya sebutkan diatas tadi di hantar ke England dan balik jadi engineer.

Saya harap anak anak zaman sekarang jangan terlalu merendah diri dari segi cita cita dan pembelajaran. Mereka sudah semestinya berjiwa besar dan penuh dengan keazaman, ber semangat lagi patriotik.


7 comments:

  1. Pakcik, public canning dah tak sesuai utk zaman sekrg tapi saya sempat merasainya.

    ReplyDelete
  2. Pakngah,
    time saya plak , rotan dah tak ada , tapi cikgu - cikgu berpakat guna pembaris kayu panjang warna kuning tu...
    kesalahan ? tak ingat sifir 9 !!
    muka kena sapu dek bedak kapur pun ada...
    kesalahan ? tak buat kerja sekolah Math !!
    tapi saya tak la salahkan cikgu - cikgu tu, sebab saya pun cikgu MATH hahahaha..

    zaman Pakngah dulu,
    ada tak pelajar yang kencing atau terberak dalam kelas ? zaman saya sekolah rendah, ramai... termasuk la saya ekekeke... cikgu kelas garang yang amat , nak buat macamana ?

    ReplyDelete
  3. Sri Intan:

    Sakit tak ? sekali tu aje kan?
    Jangan kenakan dua princess tu, sayang sangat.



    terra:

    Padan muka kena kena pembaris kayu, ha ha ha...

    Masa pakngah dlm SMC dulu, umur sudah tua 13 th.
    Dlm satu hari dua tiga kali pergi tandas sebab nak ulang "please let me go out sir".

    Budak budak dr.1 baru masuk, mestilah. Pipi tu kena tunggu luar sekolah satu minggu mula masuk sekolah, nasiblah ta terberak, terkencing.

    ReplyDelete
  4. pakcik,

    public canning ptt diteruskan. tgk org dlu x dimanjakan, smpi sekarang tough dan beradap.

    nenek saya pesan dlu, hormat cikgu, selamat idup dunia akhirat. ilmu pun berkat. cikgu garang bersebab. bukan suka2 nak jadi gila pukul budak.

    budak zaman sekarang nih terlalu dimanjakan. pastu terlebih makan makanan berlemak kat fast food. tuh naik lemak. ikut panas hati saya budak2 zaman sekarang, nak aje saya kasi silat kat derang.

    kalau generasi pelapis perangai cmni, especially anak melayu, x lama lagi habis malaysia ni.

    ter-berapi plak kasi comment.

    sorry ye pakcik.........

    ReplyDelete
  5. salam pakcik,
    saya setuju dengan pakcik berkaitan dengan hukuman merotan di sekolah. memang, hukuman ini sesuai untuk dikenakan bagi pesalah2 yang buat salah.

    tapi sekarang undang-undang kalau pakcik tengok banyak menyebelahi jenayah. konsep hak asasi manusia benar-benar dah sampai kesekolah. saya dulu masa buat salah sempat jugak dibawa masuk ke dalam persidangan ala-ala mahkamah dan diberi peluang untuk membela diri. biasanya cikgu kaunseling biasanya jadi peguam bela.
    bagi pejuang hak asasi manusia merotan tu pun dah kira salah.

    saya rasa selain hukuman merotan hukuman denda pun cukup relevan tapi tu undang-undang yang menguntungkan orang kaya. macam sekarang, salah sikit denda, salah sikit denda, orang kaya boleh bayar, orang miskin tak mampu bayar denda masuk penjara.

    saya rasa kita gagal dalam pelaksanaan falsafah pendidikan negara. tapi kita mungkin tak dapat nak salahkan golongan pendidik dalam hal ini. bini saya pun seorang guru dan dia selalu jugak cerita tentang perangai budak2 sekarang yang dah semakin pelik dan liar dan sebagainya.

    kalau ikut sekarang ni tak ada sesiapa yang nak jadi cikgu. itu pun kira pilihan terakhir dalam hidup diorang. lebih2 lagi ada KPLI(kursus perguruan lepasan ijazah) kawan saya yang jadi jadi jurutera sekarang ni jadi cikgu KPLI.

    siapa yang salah? kerajaan? mak ayah? kegagalan sistem? sistem politik?

    tentang orang melayu lagi kelakar. siapa sebenarnya melayu tu pun saya sendiri keliru. kalau pakcik baca karya syed husin ali dia ada cerita pasal siapa melayu. nak ikut tafsiran sosial ke atau nak ikut tafsiran perlembagaan...

    saya pun tak tahu saya ni melayu ke apa...

    ReplyDelete
  6. pakcik,salam sejahtera

    dulu masa sekolah kalau bawak balik birat,mak abah tambah lagi seliang dua.

    sekarang masa sekolah kalau bawak balik birat,siap la cikgu dengan laporan polis,saman,tv3 dengan suratkabar muka depan.

    ReplyDelete
  7. Pakcik, ayat pakcik yang terakhir tu membakar semangat saya. Terima kasih pakcik(!)

    ReplyDelete