Followers

Wednesday, February 25, 2009

Sepanjang hayat 20

KALAULAH SAYA ...:

Kalaulah dari dahulu saya rajin macam sekarang, saya punya cerita tentu lebih baik sedikit. Ada standard. Lantas saya ada banyak idea untuk menulis sekarang, semuanya bernas bernas belaka macam padi malinja. Apabila idea itu datang, ia datang berlambak lambak, tak tersimpan banyaknya. Lepas itu tak tahu pula yang mana satu hendak didahulukan. Lantas ketika berhadapan dengan desk board, saya terhenti, lepas sebatang, sebatang lagi rokok jadi abu. Penyakit malas menyerang lagi, serupa zaman dahulu juga. Jadi sahlah bahawa sanya saya ini memang malas orangnya.

Kalaulah saya rajin bangun pagi, rajin pergi sekolah, rajin baca buku, rajin mentelaah, rajin bertanya, rajin mengkaji, rajin menyelidik dan rajin menguji, pastilah saya sampai kalau tidak ke menaranya, dikakinya tentu sampai juga. Apabila sudah bekerja, apabila sudah berkahwin, apabila sudah dapat anak dan apabila terasa pendapatan kecil, baharulah penyesalan itu datang, datangnya silih berganti. Itulah kata pepatah, biar sesal dahulu asal jangan sesal kemudian, sesal kemudian tiada gunanya.

Saya bertanya balik, atas faktor ini siapakah yang harus dipersalahkan. Orangtua kah, sendirikah, suasana - enviromen kah, zamannya kah atau apa lagi?.

Ada seorang kawan, dia seorang guru menggerutu mengenai anak anaknya yang kurang menjadi dalam pembelajaran. Duduk dibandar, kemudahan semua ada, nak buku belikan buku, nak basikal belikan basikal, nak baju baru belikan, tempat belajar selesa, ada meja, ada kerusi, ada table lamp lagi, makan cukup, duit belanja cukup, pendeknya serba serbi lengkap. Hendak katakan tak marah, memang marah dan nak marah macam mana lagi. Berbanding dengan anak anak orang kampung yang masih bersuluhkan cahaya pelita, terpaksa meniarap di atas lantai bila membaca dan menulis, mandi pagi ke telaga atau sungai, gelap subuh sudah tunggu bas dan belanja harian kadang ada kadang tidak, tetapi masih boleh sampai ke menara gading. Akhirnya kawan cikgu saya berkata: salah tapak rumah agaknya.

Ada seorang lagi kawan saya, jawatan kerajaan bukan lah tinggi, seorang bailiff cuma. Banyak manalah gaji. Tiap tiap malam diluar rumah, kerjanya minum arak, berjudi dan segala kerja kemaksiatan menjadi sahabatnya. Akibatnya, anaknya yg cerdik itu ponteng sekolah hampir satu tahun semasa dalam Tgtn 3 semata mata kerana perilaku ayahnya. Tidak tahu macam mana, henak menjadikan cerita anak itu kembali kesekolah ambil peperiksaan SPR dengan keputusan yang sangat cemerlang lalu membolehkannya meneruskan persekolahannya hingga lulus SPM dengan mendapat pangkat pertama.

Seorang lagi kawan saya, seorang Settlement Officer, feilnya dua kali lima sama dengan Bailiff tadi. Isterinya seorang yang penyabar: biorkanlah dia, asal ada makan dirumah, anak anak boleh pergi sekolah cukup, dia nak kelangit hijaupun lantak dialah. Dalam sabar sabarnya itu, setiap malam apabila suaminya balik dalam keadaan mabuk, dia periksa poket bajunya lalu mengenepikan sebahagian kecil duit yang ada. Hasil daripada pengumpulan duit yang diambil dari poket suaminya itu membolehkan dia membeli sekeping tanah malah menghantar salah seorang dari anak anaknya ke Universiti Azhar.

Justeru, bila saya fikirkan semua ini, saya tidak kesal, tidak akan menyesal. Kalau saya rajin, saya boleh jadi sama seperti Krismas, boleh jadi sama seperti Tongkat Warran, boleh jadi sama seperti Rahman Hj.Yusof. Mereka bukan sekolah tinggi, mereka bukan memanjat menara gading, tetapi mereka rajin. Pokoknya rajin. Itulah hikmahnya kalau rajin. Harap harap esok saya tidak akan malas lagi. Itulah saya kalau bukan seorang Seniman yg hilang.



10 comments:

  1. Pembetulan:
    Yang betul ialah Seorang Sasterawan yang hilang.

    ReplyDelete
  2. Masih merokok ?????

    ReplyDelete
  3. Salam buat Pak Hashim. Tidak mengapa. Yang lepas itu sudah berlalu dan kita kembali menuliskannya dari perspektif lain untuk mengelakkan kita terus menjadi manusia lupa. Mungkin tiada salah siapa dan apa-apa.

    Tulislah dan berikan label elok-elok. Nanti terbit jadikan buku.

    ReplyDelete
  4. Salam buat Pak Hashim...

    Agak2 kenal tak abah saya, Abdul Manaf bin Mat Saman, asal dari Kg Lalang Lipis.. Lama bekerja di Pejabat Tanah, Daerah dan JKR di negeri Pahang.. Sekarang sudah menetap di Temerloh. Pak saudara saya pula ialah Sani Mat Saman (arwah) dan Jamaludin Mat Saman (arwah) (JKR Lipis)..

    Teruskan usaha menulis... Banyak pengetahuan dan pengalaman pakcik yg tidak mungkin kami dapat daripada buku @ bahan bertulis arus perdana...

    ReplyDelete
  5. Salam Pakcik.

    Hari ini rumah bekas speaker Pahang, Datuk Khairuddin Kawi di Kg Melayu, Jerantut terbakar. Katanya habis bahan sejarah dan bahan tulisan turut terbakar.

    Boleh komen sedikit Pak Hashim.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  6. Mohdsuak:
    Salam,
    Ya masih. Azam berhenti tetap ada tapi bile, Wallah hu aa lamu....


    Marsli NO:
    Salam,
    Saya kagum dgn sdr. Sdr sering memberi saya harapan. Sebenarnya lebih 20 tahun saya tinggalkan alam penulisan ini kerana Saya rasa saya tidak mampu meneruskan lagi atas fakta ceteknya ilmu. Sdr. terlalu magnetik, baiklah saya mulai kembali dgn merangkak, berdiri, dan bertatih tapi hari sudah petang, sebenar lagi akan berlabuhlah tirai mantari siang. Aduh!!!


    Bayam:
    salam,
    Amat kenal, dua duanya. Kami sama sama dlm perkhid. negeri sebagai kerani. Ayah kamu jarang benar balik ke Lipis, apa dia masih sihat. Salam pakcik buat ayah, ok. jumpa lagi.


    enamdegrees:
    Salam,

    Masya Allah...apalah tragedy yg menimpa datuk itu. Saya amat bersimpati dan salam takzih utknya.

    Banyak kenangan saya dgnnya.Ada pro dan kontra.Pro kerana sama peminat sastera, kontranya semasa pakcik dlm partai rakyat. Meskipun kami saling berpelukan bila berjumpa. Kali terakhir saya bersua dnnya di Hari Sastera Pahang di Ktn kira kira 2 tahun yg lalu.

    Seorang yg tidak tinggi kelulusannya tapi cara dia menongkah arus patutlah dipuji. Bermula dgn nobody sehingga menjadi somebody.

    Terima kasih di atas info ini.

    ReplyDelete
  7. Salam buat pakcik Hashim,

    Ayah saya sekarang sudah agak uzur dan berada di Temerloh. Sudah berapa lama kesihatannya agak kurang baik, dan kerana itulah dia jarang berjalan jauh kecuali di atas2 sebab yang amat penting. Kali terakhir beliau ke Lipis saya kira adalah semasa arwah Ngah Sani saya meninggal dunia dahulu.

    Insya Allah, saya akan sampaikan salam pakcik kepadanya. Cuma sekarang ini ingatannya sudah tidak setajam dahulu.

    ReplyDelete
  8. salam bapak hashim.

    mak saya dahulu cerita, dia baca buku pakai pelita.

    lepas tu main kelambu.

    lepas tu kena cubit dengan mak dia. (nenek saya lah tu..:))

    ReplyDelete
  9. PakNgah,
    tiada apa yang perlu dikesalkan tatkala pada hari ini Pakngah masih mampu melayan karenah cucu - cucu , melihat anak - anak membesar , bekerja malah ada yang sudah mampu membeli kereta sukan berwarna hitam sendiri :)

    arwah ayah saya ? tak sempat merasa naik kereta anak - anak , malah hanya sempat bersama cucu sulongnya untuk beberapa minggu sahaja..

    teruskan menulis Pakngah... selagi ada ruang dan peluang , teruskan "mencubit" kami - generasi muda ni agar tidak terlalu leka dan sesat dalam percaturan hidup.

    Teruskan menulis, kalau boleh kalahkan si PiPi tu... lani dia dah mula berubah - sibuk dengan kerja !! hahahahahaha...

    ReplyDelete
  10. hegira:
    Salam...
    Yah, begitulah keadaan orang dulu. Tak ada kemudahan sebaik sekarang. Jaga dan peliharalah kemudahan sebaik sekarang selama lamanya.


    Terra:
    Salam...

    Pakngah ingat, kamu sebok. tak sempat nak singgah di laman pakngah. Ada rupanya ye. Kamu semua kena bantu pakngah, beri semangatlah...

    Si Pipi hebat juga nampak, dia punya tetamu wah!. Nampaknya asyik mengadap komputer sajalah dia, bile nak kerja kot...dan kamu juga, dah pakai cermin mata ke belum.

    ReplyDelete