Followers

Tuesday, March 24, 2009

Sepanjang hayat 43 - Bersilat

Masa muda muda dulu saya pernah belajar bersilat. Bangsal pertama 3 bulan dan tiga kali malam seminggu.

Kami dirikan bangsal dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri secara gotong royong. Bangsal didirikan di atas di atas tanah Aki Atur bin Tujuh Lapis, di belakang rumahnya tepi Sungai Tempoyang. Dia tak kenakan apa apa sewa , percuma. Aki Atur seorang pesara Kerajaan yang lebih lama berpencen daripada berkhidmat. Maknanya umur dia panjanglah tu.

Guru yang mengajar kami bersilat ialah Cikgu Abdul Wahab bin Ismail sekarang aruah, orang Pagar Sasak. Cikgu Wahab anak murid Cikgu Jantan bin Bahaman. Bahaman ialah seorang yang sangat di benci oleh Inggeris pada zamannya dan di cap sebagai penderhaka. Kasihan dia. Bila dia sudah mati baharulah orang cari dia, nak sanjung, nak kenang dan nak beri kedudukan. Orang dah mati...

Bangsal kami agak besar juga,adalah lebih kurang 20' X 30' dan boleh menampung 30 orang murid. Murid yang benar benar berjaya dan boleh dibanggkan hingga hari ini adalah 4 ke 5 orang, yang lain lain termasuk saya adalah 6 tolak 6 belaka. Yang sebenarnya kalau minat, bersilat adalah satu riadhah yang sangat baik apalagi jika boleh maintain terus. Ia adalah satu kaedah atau seni untuk mempertahan diri. Bila saya sudah tua ni baharulah teringat semula, rugi aku tak belajar betul betul. Sekarang mana ada lagi budah budak muda yang nak belajar bersilat. Pertama susah dapat permit, kedua guru silat semakin kurang, kalaupun ada demand nya pula tinggi. Pulak, ada yang berkata zaman ini silat tak perlu lagi, kalau boleh tepis peluru ok lah.

Walau apapun hakikatnya silat tetap berguna, sama seperti orang china yang masih mempertahankan seni kuntaunya, demikian orang India.

Di Lipis ni saya dengar ada ura ura nak buka bangsal silat, di Tempoyang juga. Mengikut kata penganjurnya silat yang bakal di ajar ialah silat pusaka. Semua urusan permit, tapak gelanggang, kebenaran Ketua Kampung dan makluman kepada YB sudah di atur. Saya harap usaha yang baik ini tidak akan di halang. Justeru, kepada anak anak muda, atau kumpulan belia melayu yang berminat yang tinggal di sekitar bandar Lipis, patutlah ambil kesempatan ini sekarang. Kepada siapa yang berminat sila hubungi Encik Abu Bakar bin Nordin di Pejabat RISDA Daerah Lipis.

12 comments:

  1. silat, identiti yang semakin di tinggalkan. signifikan yang semakin pudar. falsafah yang semakin lemah. fakta menjadi sejarah, sejarah menjadi cerita, cerita menjadi lagenda, lagenda menjadi hikayat, hikayat menjadi dongeng...

    mungkin ada di suatu sudut masih ada anak muda menghargai pusaka bangsa ini.

    ReplyDelete
  2. Aki Atur bin Tujuh Lapis tu anak Tuk Tujuh Lapis ke? Nenek saya pernah sebut nama Tuk Tujuh Lapis. Tapi taklah pulak diterang secara detail....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya tak benarkan anak saya masuk silat,sebab zaman skrg ada yang mengambil kesempatan mencampur adukkan dengan perkara2 yang bertentangan dengan islam.Jangan marah kalau saya salah,tapi saya memang tak berani.

    ReplyDelete
  4. tawawfayakof,
    Untuk sampai ke tahap dongeng saya rasa, prosesnya akan memakan masa setidak tidaknya 100 tahun lagi. Contoh: orang cina yg budaya / silat mereka telah diamalkan lebih lama dri kita pun masih belum jadi dongeng lagi. Demikian dgn org India.

    Silat bagi saya, boleh memberi keyakinan dan kekuatan minda, seterusnya menjadi berani dan tekad. Keberanian dtg dr meditasi persilatan spt yoga misalnya. Persilatan Islam lebih kpd tawakal Alanllah yg bermula dr Bismillah...dan diakhiri dgn Takal balallah....lengkap dgn pantang larang dan adat yg bersendi Hukum.

    ReplyDelete
  5. Bobo,
    Aki Atur bin Tujuh Lapis, ada asalnya, keturunan dan salasilahnya. Saya syak beliau keturunan Tok Baginda Demu. Saya masih mengkajinya. Kalau tiada halangan saya akan buat satu entri mengenainya.

    ReplyDelete
  6. hai, salam...
    Masuk kumpulan silat bukan satu paksaan. Ianya adalah untuk mengalih hala tuju sesetengah dr belia kita yg kini hanyut oleh keadaan. Ianya juga boleh katogerikan kpd Seni untuk seni atau Seni utk masyarakat, untuk dipelajari dan terpulang.....Itu saja.

    ReplyDelete
  7. Salam PakNgah,
    saya sempat belajar silat masa tingkatan satu dulu, tapi sebelum dapat sebarang tali pinggang... saya dah berhenti, takut dengan sesi permarkahan , tak kuasa nak kena guling - guling dan berlawan sesama kawan - kawan...

    hahahaaa... tiada semangat pahlawan langsung !

    ReplyDelete
  8. Salam pakcik,
    pakcik pernah dengar tak 'nasrul haq' saya tak pasti ini silat ke?masa saya kecik dulu saya pernah tengok diorang ni buat demo. Bunga 2 dia cam silat jugak.Mereka hanya gunakan zikir 'allahhuakbar' dan pihak lawan belum sempat sampai dekat pun,dah tercampak jauh dengan sendirinya.kemudian saya dengar ianya di haramkan.Syarat menyertainya mesti sembahyang 5 waktu,tapi apa masalahnya.Boleh pakcik citer sikit,kalau pakcik tau la.

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Ngah,

    Sabtu lepas, ayah saya Hj Abdul Manaf Mat Saman telah meninggal dunia di Temerloh. Harap maklum.

    Bayam

    ReplyDelete
  10. bayam, salam...
    Inna llilah wa inna ilaihi roji on...
    Pakngah mengucapkan setinggi tinggi takziah kepada anak anak dan keluarganya. Mudah mudahan Allah tempatkan almarhum bersama sama orang beriman.

    ReplyDelete
  11. bayam,salam..
    Banyak orang di Lipis ni tidak tahu mengenai kepergiannya Allah yarham. Sudah hampir seminggu, kalau bayam tak beritahu, mungkin kami disini terus tidak tahu. Jangan kamu tangiskan kepergiannya melainkan banyakkan membaca Al Fatihah untuknya,Amin...

    ReplyDelete
  12. hai, salam....
    Sebenarnya saya tidak begitu faham dengan Nasrul Haq. Saya tidak belajar dan tidak ambil tahu. Tapi saya dengar Nasul Haq tidak sepantas Gayung. Berkemungkinan Nasrul Haq ada unsur unsur tinggi diri sikit. Selebihnya saya tak berani komen. Sama juga dengan ilmu Kajidiri - Ketuhanan. Majlis Agama mengharamkan ajaran ini, tetapi ajaran ini banyak pengikutnya. Siapa tak belajar tak tahu. Wallah hu aalam...

    ReplyDelete