Bercakap mengenai kawan, kita tak lekang dek kawan. Dari kecil sampai ke tua kita dikelilingi oleh kawan kawan. Macam macam kawan. Kawan masa kecil, kawan sekolah, kawan sepermainan, kawan belajar, kawan mengaji. Lepas itu bila besar sikit ada pulak kawan berseloroh, kawan menceceh, kawan bergaduh, kawan berjalan, kawan melepak,kawan belajar, kawan kesekolah, dan bila besar sikit lagi, ada pulak kawan mencuri, kawan berjudi, kawan mengorat, kawan mencarut, kawan seiringan, kawan sejalan, kawan senasib, kawan perempuan, kawan lelaki, kawan sejati dan macam macam kawan. Kategori kawan adalah umum.
Akhirnya diantara kawan kawan tadi, ada kawan curang, ada kawan penipu, ada kawan pembelit, ada kawan ambil kesempatan, ada kawan yang menikam belakang dan macam macam kawan yang durjana.
Diantara kawan kawan yang bermacam macam itu, timbullah sahabat. Sahabat ini pun macam macam juga termasuklah sahabat pena, sahabat diperantauan, sahabat karib dan sebagai lagi. Sahabat dalam kategori ini lebih bermakna dan adakalanya lebih baik daripada adik beradik. Tanggungjawab sahabat lebih dari jiran. Kalau kita berjauhan dengan ibu bapa, sahabatlah yang mengambil berat tentang kita semasa kita dalam kesusahan dan dalam keadaan yang amat memerlukan bantuan dan sebagainya. Sahabatlah saudara kita.
Didalam persahabatan lahirlah kasih. Kasih dan sayang. Lalu diibaratkan orang seperti:-
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa,
Kasih saudara (adik beradik) sama sama berada,
Kasih sahabat menudung malu.
Itulah sahabat. Pengertian sahabat menudung malu sukar dicari. Dalam seribu satupun payah dapat. Apabila kita bersahabat terlalu ramai, sahabat itu akan jadi serupa balik dengan kawan kawan. Jadi istilah dan makna sahabat tidak dapat ditakrif sebagai yang benar benar genuine. Oleh hal yang demikian berkawan kawanlah untuk mendapatkan sahabat sejati.
Salam Pakngah,
ReplyDeletekat mana saya belajar atau bekerja , sahabat saya biasanya 2 - 3 orang sahaja , selebihnya adalah kawan. Sahabat kalau nak bercerita , dia akan tapis dulu ceritanya supaya tidak menyinggung perasaan sahabatnya yang lain. Dia juga sangat peka dan sensitif kepada apa yang sahabatnya tengah alami.
Tapi mengapa selepas kawin , ramai yang putus sahabat ya ? (biasanya sahabat perempuan)
p/s cuti saya tak sama dengan cuti pelajar , selepas peperiksaan akhir ,saya ada pembentangan markah .Selepas cuti sekolah baru saya 'free'.Mak kata hujung bulan Mei ni, ada sepupu dari Raub nak datang. Masa balik Sega dulu ,kami memang ada pergi rumahnya. Sekarang sesi membalas kunjungan pula. hehehee... Insyaallah , kalau balik Sega nanti ,saya singgah rumah Pakngah. Hutang saya dengan stesen keretapi Lipis pun belum selesai lagi.
sahabat sejati adalah sahabat yang sukar dicari ganti. chewah... hahahaha
ReplyDeleteSahabat sejati,masih dihubungi dan tetap dihati...tetapi
ReplyDeleteSejarah berkawan dengan orang yang paling 'hipokrit'dan 'berhati busuk'merupakan pengalaman pertama sepanjang hidup ini...cukup menyakitkan.
As’salamualaikum Pak Hashim,
ReplyDeleteDalam komen sy sebelum ini perkataan “ MERABAN “ mungkin menjadi satu persoalan bagi yang tidak tahu apa ke maksud perkataan tersebut , saya nampak Pak Hashim dapat memahami nya. Saya sengaja mengunakan ayat tersebut, kerana saya memang suka kepada perkataan2 antik yang hanya ada dalam kamus bahasa orang-orang “ Lepeh” , kalau dalam bahasa persuratan 100 buku pun belum tentu ada yang mengunakan perkataan itu ,kalau disebut pun memang orang tak faham kecuali orang -orang yang “pior “ Lepeh.
“ MERABAN “ bukan “ MERHABAN” bunyinya hampir sama tapi maknanya tak sama. Dalam istilah lograt lepeh “MERABAN” memang sesuatu yang biasa tidak ada kepelekkan, ianya mempunyi pengertian yang hanya di fahami oleh mereka2 yang menyebutnya sahaja.
Sorry Pak Hashim apa yang sy sebutkan dibawa tak ada kena mengena dgn Pak Hashim..
“MERABAN “ dalam bahasa yang saya fahami bermaksud, Tak tentu hala, kalau bercakap main hentam “ MERAPU” macam orang “nyayuk” membebel meracau entah apa2. Adalah lagi satu perkataan yg agak cangih ia itu “ LAKLOK “ betul Pak Hahim ..”Laklok” ada macam-macam tak kira muda ke tua, bila dah kena penyakit “ Laklok” tak guna cakap lagi..tepinga-pinga apa kita cakap di buat “ DEK” aje..itu kalau yang muda, bagi yang tua bangka lagi satu hal..duduk tak kena, ‘TERPONGGENG “ pun tak kena, berdiri pun tak kena sakit lutut ,kain terlondeh pun tak perasan ..buruk bebenor kata orang Perak..
Pak Hashim, saya sebenar amat kagum dengan kepelbagaian bahasa orang “Lepeh” memang unik, sebagai contohnya perkataan “ LUKAH “ lograt Lepeh berbunyi “ LUKOH “ sejenis alat menangkap ikan yang di letakkan “ MENOKAH “ arus anak sungai, perkataan ini menjadi lebih hebat bila “ LUKOH” di tambah dengan “ MELUKOH “ akan tergambar lah keadaan “ BERSERABAI “ hingga ternampak lah benda2 terjuntai,tergantung dan beserabut..itu bagi yang tua, bagi yang muda pula silap-silap gaya biji mata “ TERJOJOL “ banyak lagi perkataan yang nak saya kongsi bersama Pak Hashim selepas ini. Pak Hashim sebagai seorang penulis veteran pasti lebih arif…
Bercakap pasal “ MERABAN “ saya memang kaki“ “ MERABAN “ blog saya “Alls in One” memang ‘ MERABAN “ …sebab apa buat macam tu ??…sebab saya bukan penulis, saya tak suka menulis saya tak pandai buat cerita biar orang buat cerita .. sekolah pun darjah satu setakat baca ALIF, BA, TA boleh lah rangkak-rangkak sikit-sikit tu boleh lah… cakap german, sikit, cakap france sikit bahasa Polish sikit .. bercakap tentang bahasa2 di Negara Europa, sememang banyak pengalaman selama 8 tahun di Euro…maaf Pak Hashim saya tak boleh cerita panjang nanti ..banyak andaian…Cuma untuk kita mengenali secara lebih dekat dan membolehkan Pak Hashim mengekses my Family blog..saya ingin dapatkan alamat email Pak Hashim itu pun kalau boleh, “If we don't recognize each other.. balik kampong berlangar lutut pun tak kenal…???...Salam.
Ida,
ReplyDeletehai,
salam,....
Bersahabat biasanya memang tak ramai. Yg menjadikan sahabat itu pasti ada permulaan, sebab musabab. Sebab musabab itulah yg mendalam dihati kita yg tak dapat nak lupa dan elak. Terhutang budi, baik hati, timbang rasa,tolong bantu yg akhirnya timbul kasih. Bila dah kasih susah nak lerai. Biar buruk pd org lain pd kita tetap baik. Itulah peringkat sahabat.
Sahabat sekalipun terpisah atau berpisah, akan kekal dihati. Pada satu masa bila mengadakan kenduri kendara pasti akan dicari, setidak tidaknya dihubungi.
Peringkat itu jrg berlaku, buat kata PRamli, jarang jarang. Kadang kadang saja.
saya tertarik dgn penerangan md suak,mengenai 'meraban'.memang bahasa pahang ni sgt unik...perkataan lipis yg pertama saya penah dengar"budak ni kang,aku tampor,berdamo".dan keduanya,perkataan 'kaput'...cth ayat,segan nak tulis pasal org yg ajar tu,bagi cth yang mungkin sensitif pada org yg nak mengadap makanan..hahaha...
ReplyDeleteBlog md suak,mmg lain dari yg lain...
Mdsuak dan hai, salam...,
ReplyDeleteSaya bersetuju dgn anda mengenai bahasa daerah, loghat tempat kita di Raub/Lipis. Ada kalanya memalukan. Ulu sangat. Memang kita ni orang di ulupun.
Meraban yg beerti tidak tentu arah adalah tepat, mmg digunakan di daerah ini.Barangkali ia berasal dari perkataan Marhaban itu sendiri yg apabila menyebutnya tidak ikut ejaan atau melagukannya tidak ikut 'tune'nya. Jadi meraban
lari dari benda/keadaan/kedudukan sebenar.
Meraban adalah 'common' org sini faham belaka. Saya sendiri kadang kadang meraban aje, membuat sesuatu benda tak mengikut tatacara, sebab bebal, nyanyuk, letih dsbgnya.
Meraban sekaligus menjurus kpd merapu, laklok, membawa maksud yg sama iaitu tak tentu hala hingga berkelakuan tak senonoh spt terponggeng /tertonggeng,menonggeng, melukah dsbgnya.
Lukah = benda (jerat ikan)
Melukah = memasang lukah, biasanya mulut lukah menghala ke hulu - ternganga.
Lukah dan melukah juga membawa makna kpd org yg tidak ceremat berpakaian (pakai kain).Tersalah duduk terbuka kain lalu nampak anunya yg berserabai, terjuntai, tersengih, berlambak, ha ha,ha...
Bila org tu melukah, terpandang oleh kanakkanak dan ketawa. Org tu naik marah lalu menampar bdk tu berdamo dimukanya.
Banyak lagi ungkapan daerah yg tidak terkutip dan diketengahkan.
Hubungilah saya bila bila masa. Saya banyak masa lapang. Email saya Hamzah5131@Gmail.com
Salam...
:)
ReplyDeleteAsm wbt pak hashim,
ReplyDeleteSaya amat tercuit dengan lubuk belida kali akhir menjejak kaki bersama arwah ayah saya Mohd Teh Abdullah pada tahun 1975 .Saya sedang mencari saudaraapakah Pak hashim dapat membantu?
Fara Dalela
dqss.06@gmail.com
DQSS, salam,....
ReplyDelete1975 bererti 34 tahun yg lalu kali pertama ke Lubuk Belida.Cukup lama. Lubuk Belida, k.kechau dan K.Lanar tidak jauh dgn bandar Lipis tetapi perhubungannya sukar kecuali K.Lanar. K.Lanar yg terletak dikanan hilir Sg.Jelai telah direntasi jalan K.Lipis / Jerantut. Lubuk Belida /K Kechau yg terletak di sebelah kanan hilir sungai hanya dibubungi oleh jalan kecil Luar Bandar.
Harap beri sedikit klu lagi mengenai siapa yang anda kenal di sana, bapa atau emak saudara ke, Insya Allah saya boleh tolong carikan.
Sebenarnya, saya tidak begitu rapat dgn org sebelah hilir sebab saya org sebelah hulu. Bagaimanapun saya akan cuba sebolehnya.
alhamdulilah diatas jawapan kekanda pada tahun 1975 kami menaiki bot dari kuala lipis ke lubuk belida rumah yang kami lawati ialah rumah mak konok seberang padang selepas naik bukit turun dari bot saya tidak ingat kaitan keluarga dengan mak cik itu orang nya rendah rendah sahaja.mengikut cerita atuk saya penghulu lubuk belida pada tahun 1890 ayah de saya arwah Hj Ismail Abdullah tinggal digali lurus raub anak beliuau Hajjah Asmah Ismail ketua wanita Raub dahulu dan suaminya Hj Abdul bendahari umno bahagian raub.Saya hanya berharap dapat mengenal saudara terutama sekali anak anak saya agar mereka tahu usul mereka bantuan kekanda amat saya hargai
ReplyDeletewassallam
fara dalela
Kekanda,
ReplyDeleteAyah saya lahir tahun 1916 dan bersekolah di sekolah clifford sebelum ke trade school kuala lumpur pada tahun 1936 beliau berkahwin dengan ibu saya orang melaka tetapi adek kepada OCPD kuala lipis ketika itu iaitu OCPD Encik Ramli mereka tinggal di rumah kerajaan sungai kerpan ayah saya terus merantau dikampar 18 tahun kemudian melaka dan akhir nya johor (segamat dan kluang) sehingga beliua meninggal dikluang pada tahun 1977 namun sebagai anak bongsu saya dipesan mencari akan saudara lalu ketika ini anak sudah membesar saya rasa saya harus tunai niat arwah ayah kata akhirnya walau banyak harta didunia tidak sama dengan nilai saudara
semoga kalau ada yang kenal ayah saya harap harap dapat mencari titik usul kami
Fara
askm pak cik,
ReplyDeletecari sahabat memang benar payah.
macam mencari sabar. hehhe
DQSS, salam....
ReplyDeleteSaya akan cuba mendapatkan informasi mengenai sdra sdra di Lubuk Belida tetapi memakan masa sedikit.
Hjh Asmah bt.Ismail dan Hj.Abdul (Kedua2 sdh aruah)saya kenal. Saya kenal mereka sebagai orang Gali shj.
Mengenai pencarian, sila beritahu siapa nama ayah sdr dan nama Penghulu Lubuk Belida pada th 1890 itu.
alhamdulilah diatas keperihatinn kekanda hanya allah sahaja yang dapat membalas budi baik kekanda namun maaflah saya mengambil ruang blog kekanda kearah lain .
ReplyDeleteDatuk saya bernama Abdullah (maaf saya tak tahu bin dia) isterinya Wan Mas.anak mereka Hj Ismail (1896) dan Mohd Teh (1916)
Perihal Hjh Asmah beliau masih hidup dan tinggal dikuantan hanya suaminya hj abdul yg sudah meninggal.
Diakhir kata salam hormat saya buat kekanda sekeluarga
Wassallam
Fara dalela