Meraban adalah special atau khusus untuk MdSuak ( Sori ya Md, saya buat entri special buat menjawab komen Md mengenai entri saya yg ke 76 mudah mudahan kita dapat berkongsi sama dengan member member lain yang mungkin boleh menarik perhatian mereka untuk dipolmikkan).
Meraban (1)
Raban kalau kita sebut dua kali "raban raban" ia tidak membawa apa apa makna dan kalau disimplifaikan ia akan membawa kepada meraban juga. "Raban (kacaubilau) betul budak budak kas, entah kemana peginya, asik berjalan meraban, asik bercakap meraban, macam orang tak betul kepala".
Meraban boleh disinambugkan kepada perjalanan dan percakapan"
Jalan meraban dan cakap meraban.
Meraban (2)
Demam kura ialah deman ketor (ketar) atau demam sejuk opposite of demam panas. Demam ini berpunca dari banyak makan buah asam - mangga muda, kelubi, kundang dll. Ubat demam kura ialah kulit langsat - kulit langsant rebus dan minum. Air kulit langsat, pepalih pait melepang rasanya, sepahit pitawali. "Demam kura janganlah weh, sejuk, ketor melambung lambung, menggelegeh sejuknya. Dua tiga helai gebor tak padan. Kalaulah tak sembuh dalam sari dua ni raban kawas, mati kawas".
Akibat daripada makan buah asam, selain dari kena demam ketor / kura boleh buat perut megeroyeh, memulas mulas sakit perut. Sekali rasa hendak ke jamban dan bila ke jamban tak pulak hendak keluar.
Meraban (3)
Tekelehung - seminggu lepas baik demam, nampak benar badannya turun. Kurus. Nampak mata, pipinya tekelehung (lekuk berlubang) dek kurusnya akibat demam kura.
"Kalau demam kura kas berjangkit, raban pulak deme, kena mencari kulit langsat".
Meraban (4)
Melopong dan terlopong. Melopong seolah olah baru sedar, hairan, terkejut dan baharu tahu. Bila dalam keadaan begitu, mulutnya ternganga sedikit - melopong terlopong. "Ituuu, budak boshia tu daaah bawak dek Budin, meloponglah awak Ali" Raban Ali terlopong mulutnya,kesian dia, terlepas dan tak memulas hendak ke budak boshia itu.
Terkehel sama ertinya dengan terkucil atau tergeliat. " Tu si Siti tu tadi pakai kasut tumit tinggi, agoknya terpijok ke lubang, jatuh reboh, terpeleot, raban betul. Mau tergeliat kaki. Entahkan terkehel lutut entah apa, buat raban belaka budak budak ni. Ramai yang menengok. Ada yang terlopong".
Ungkapan ungkapan di atas adalah ungkapan biasa orang kampung disebelah sini, sebelah Lepih sahaja. Kalau orang lain atau orang luar dengar, raban kerjanya. Manalah mereka faham. Orang Pahang sebelah Lipis / Raub ( bukan semua ) bercakap tak pakai tajuib. Meyebut sesuatu sambil lewa. Contohnya: Akal berbunyi akai atau aka. Betul berbunyi beto atau betu atau betui. Abang berbunyi abaa. Terlopong berbunyi telopo. (Ng) (lam) tidak di idhgamkan. Wallah hu aalam...

Salam,
ReplyDeletepenerangan yang sangat jelas..hahaha. ada perkataan yang tak pernah dengar.(terkelehung)org belah sana juga suka menukarkan huruf 'o' kepada 'u'dan menjadikan perkataan sekolah-sekulah.bodoh-budo..kole-kule..dan perkataan yang sgt famous ialah 'pandey'...
abah saya pernah marah adik saya yang meraban tah kemana.."tak reti nak balik! berjalan sepapak alam"...
Pakcik,baru2 ni saya ada terbaca kisah rej.10 di
ReplyDeletehttp//matamin.blogspot.com/.saya nak minta pandangan pakcik samaada pakcik tau ke kisah mereka ini.sebabnya kebanyakan dari mereka ni asalnya orang Temerloh.mereka mengatakan mereka adalah pejuang kemerdekaan tapi telah dilabelkan sebagai pengkhianat.saya tertarik juga dengan pandangan pakcik aritu,tentang mat kilau yang juga dikatakan pengkhianat.Saya makin terkeliru dengan sejarah yang ada...
hai, salam...
ReplyDeleteRejemin 10 ialah Tentera Rakyat Malaya (TRM) berjuang bersama Parti Komunis Malaya (PKM) untuk memerdekakan Malaya.
Orang melayu sendiri telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu (PKM) yg dipelopori oleh Mokhtarudin Lasoh dan Dr. Burhanuddin Al Hilmy tetapi telah diharamkan oleh Kerajaan British kerana parti agak keras, hendakkan kemerdekaan secara keras. Apbila diharankan anggota nya yg terlatih keras itu ditangkap. Setengahnya lari ke hutan utk berjuang dari hutan secara militan.
Gerakan ini ekonominya tidak kuat lalu mereka bergabung dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yg juga diharamkan oleh Penjajah British. Akhirya kumpulan ini dicap sebagai penjahat dan disokong oleh Elite melayu termasuklah Dato Onn Jaafar, Tengku Abd.Rahman dan Dato Razak Hussin yang kemudiannya menubuhkan UMNO.
Untuk menimbulkan Elite melayu ini sebagai hero org melayu maka perjuangan yg dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu itu dipadamkan dari sejarah.
TKasih byk Pak Hashim kerana menyediakan ruang untuk “ Meraban” saya berpendapat “ MERABAN “ kita perlu ‘Meraban’ dalam bloger, kena banyak berfikiran ‘Meraban ‘ kalau tidak nak dapat ider macam mana ? kena ‘ Meraban’ tak kira lah ‘ Meraban’ baik ke atau ‘ Meraban tak tentu hala“ yang penting kenalah ‘ Meraban “ sama ada nak jadi “ OKU” atau pun “ OKB” bukan OKU “ Orang kurang Upaya “ mereka itu perlu diambil perhatian dan di bantu, bagi OKB pula bukan “ Orang Kaya Baru “ kerana mereka memang suka saman menyaman “ ada tak ? orang miskin papa kedana saman orang miskin ? sepuluh satu pun belum tentu ada, kalau ada pun orang mikin saman OKB itu pun kalah, kalau ada yang menang pun melalui bantuan OKB yang “ KD’ bukan KD yang kutip bola golf yang di pukul oleh OKB secara ‘Meraban’ tapi OKB yang pernah saman menyaman sesama mereka, tetapi ‘KD’ kaki dengki ‘ …hasil kepada itu maka ujudlah puak-puak “OKU” “ Orang kaki umpat” dan “ Orang Kaki Ungkit,. Daripad berbillion-billion bloger di seluruh dunia adalah “ Meraban” kebanyakan terdiri daripada : -
ReplyDeleteOKU
Orang kaki Umpat
Orang Kaki Ungkit
Orang Kaki Ubat
Orang Kaki Urut
Orang Kaki Utang
Orang Kutip Utang
Orang Kuat Undang2
Orang Kena Upah
Orang Kena usir
Orang Kaki Untut
Orang kena Usung
Dll
OKB
Orang Kena Bodoh
Orang Kena Bedal
Orang Kena Bomoh
Oleh Kerana Bebal……….sambung lagi…
satu lagi perkataan yang saya baru jumpa bila bercampur dengan orang Lepeh...kerayan!!
ReplyDeletesedak pulok nyebutnyer...sampai tersebut bila b alik ke Maran.
mertua saya, orang panggey Pak Hitam. dulu keje bawok ambulan hospital Lipis, skang niaga keropok kat sekitar Lepeh. aktif jugok berkugiran. Heheh...dia tinggal di Kg Charok Serdang.
MdSuak, salam...
ReplyDeleteMeraban yang kita istilahkan sebagai tak tentu hala itu sudah tepat. Kalau kita meraban ia boleh diertikan sebagai berkelana, berkelana ke pelbagai sektor sama ada ia disalah mengertikan oleh orang lain atau kita saja yg tahu.
Kalau kita perhatikan manusia dari kalangan atau gulungan beramal, amalan torikat misalnya, mereka sanggup menjadi orang dibenci, dihina dan dianggap gila.( Cara pengabdian terhadap Tuhannya)
Orang orang yg meninggalkan kemewahan dunia justeru kerana amalannya itu, mereka kelihatan meraban. Meraban mereka ini ada sesuatu yang hendak dicarinya. Makna meraban mereka itu ada gunanya dan berfaedah.
Jadi kita boleh meraban samada untuk faedah diri atau orang lain.
Gunx, salam...
ReplyDeleteJadi, Gunx ni aak menantu kpd. Pak Wil (Ismail @ Ibrahim) pesara pemandu Ambulans, yg duduk di Charok Serdang, adalah seorang pemusik sekaligus pengamal Tarikat Dan Hakikat Ketuhanan..Saya lebih dari kenal dgn Pak Wel ni.
Perkataan kerayan takde dlm Kamus Dewan. Agaknya org Lepih aje yg tahu. Nampaknya kena beri tahu RODHONG COIL untuk menambahkan koleksi loghat Pahangnya.
Maknanya lebihkurang antara cemas, terkejut dan cuak. Tak begitu?
Salam Pakngah,
ReplyDeleteApakata Pakngah minta tolong anak2(.. hah suruh pipi, nampak free je tu..)
untuk letak chatbox dalam blog Pakngah ni,
bukan apa ,mudah saya dan pengunjung lain sekadar nak bertanya khabar...
ini cadangan jer , saya lepas 3 tahun jadi blogger, baru ada hati nak letak chatbox itu , kalau pakngah letak sekarang... dah boleh setaraf dgn orang2 muda tu... hahahaaaa.
Asalamualaikum pak hashim.. minat beno koi membace blog pakcik ni,mmg mantap dgn segala macam maklumat dan ilmu..tahniah,terasa bangga jadi org pahang..koi duduk di kerayong Bera,mertua koi org sega tat..kerap juge balik ke belah sana tp jarang koi berjalan ke lipis..g2 la ceritenye..
ReplyDeleteAssalamualaikum wr wb,
ReplyDeleteTuan Haji cerite tentang Raban, kalau Tuan Haji tengok gambar mukadepan blog kawan tu, "Tasik Chenderoh di Raban". Raban merupakan suatu kampong di tepi Tasik Chenderoh, dekat dengan Lenggong.
Jadi fahamlah kawan makna raban tu sekarang.
Ada seorang orang Lenggong dah jadi warga tetap Lepih, dengar khabo dan meninggal (?) iaitu En. Ghazali bin Salleh (Pejabat Tanah Lepih).
Wassalam,
Idris Talu