Hari ini masuk haribulan ke 4 Rejab bersama 27 Jun 2009. Semalam 3 Rejab bersamaan
26 Jun 2009 seorang insan lelaki lahir ke dunia pada waktu masuk pagi jumaat l.k jam 3.00 pagi. Insan lelaki itu ialah CUCU saya yang ke 13 orang. Dilahirkan oleh ibunya menantu saya isteri kepada anak saya yang ke 6 bernama Muhammad Saifullah yang sangat popular dengan nama Acai dikalangan kawan kawannya. Dia sudah punya dua anak sekarang. Yang sulung perempuan dan yang ini sekarang lelaki.
Lahir normal dan sihat dan sudahpun keluar dari haspital Lipis.
Apa lagi yang saya hendak? Saya sudah punya semuanya. Anak dan cucu. Kalau lima lagi anak saya yang belum kahwin itu kahwin, pastinya cucu cucu saya akan bertambah lagi.
Wowww, saya benar benar seorang datuk, ha ha ha...

tahniah Datuk dan Datin :-)
ReplyDeletesalam pak ngah,
ReplyDeletedatuk ini lebih bermakna dari dato' atau datuk berian sultan kerana datuk ini kurniaan Allah. moga pak ngah terus sihat dan bahagia di kelilingi anak dan cucu untuk menumpang seteguk kasih mereka selagi hayat di kandung badan.
p/s: teringat cucu saudara saya.
Ini Datuk bergelar C. Bukan A atau B. :D.
ReplyDeleteTahniah!
Tahniah!Datuk...
ReplyDeleteSalam Pakngah,
ReplyDeletewah nampaknya pokok keluarga Pakngah dah ada dahan baru.... tahniah dari saya,
cucu memanggil pakngah dengan gelaran apa ?
atuk ?
aki ?
atau Datuk H ?
hahahaaaaa....
p/s boleh berkongsi cerita tentang Karnival Lipis ?
Emblem of Purity, salam...
ReplyDeleteTerima kasih diatas ucapan, mudah-mudahan cucu saya akan bertembah lagi.
Fadh, salam...
ReplyDeleteTerima kasih Fadh. Masa ayah saya meninggal, jenazahnya diusung oleh cucu-ccunya sahaja sejauh 1/2 km. Pngah harap sama sepertinya. Mudah-mudahan...
theulek, salam...
ReplyDeleteDatuk ini genuine, ia kah? Ha ha ha ...Terima kasih.
hai, salam...
ReplyDeleteJangan nak cemburulah ke orang dapat cucu, ha ha ha. Cucu ayah saya tak termasuk cicit semuanya 71 orang. Hebatkan!
Ida, salam...
ReplyDeleteYang ketigabelas ni, nampaknya p,ngah kena buat kenduri. Sembelih kambing kot, ha ha ha...
Tentulah atuk, sebab yg pertama panggil atuk yg keseterusnya paggil atuk jugalah. Anak kamu nanti pun kena panggil atuk juga, ha ha ha.
Karnival Lipis? P,ngah tak jengukpun. Entah, dah tua tua ni tambah pula dapat cucu baru, tak rasapun nak pegi. Siaran TV pun tak tengok. Tadi siang pngah pergi jalan jalan ke kampung & pekan sari Pdg Tengku. Bagi pngah Karnival tu untuk org-org muda saja.
Tahniah atas kelahiran cucu baru Bong Hasshim.
ReplyDeletewah.. bahagianya atok nih..
ReplyDelete**tiba2 rindu atok pulak. nak call atok saya kejap lah!**
Berbahagia hidup bersama cucu-cucu dan kalau panjang nyawa bergelar moyang.Bersyukur dengan anugerah Allah.Kami belum tentu lagi dapat gelaran atuk.
ReplyDeleteArisel ba, salam...
ReplyDeleteLama tak bersembang dgn aok. Kas nampok aok sibuk ngat, malas kacau.
Walaubagaimanapun kas ni dah datuk ke 13. Hurrrah hurraah!!!
Baby Tiger, salam...
ReplyDeleteSayanglah pd atuk dan nenek. Mereka bukan nak apa-apa, cuma nak tengok wajah cucu-cucunya saja. Mudah-mudahan semua cucu-cucunya berjaya dalam segala lapangan. Yg bercakap nipun atuk juga kan?
ha ha ha,,,
Photographer Razak Ramli, salam...
ReplyDeleteJangan risaulah. Jangan dikejar gunung berlari, hilang kabus nampaklah ia.
Kalau tak dapat datuk cucu, Dato' bergelar akan mendatang, ha ha ha....
Atuk sentiasa mendoakan...