Monday, July 13, 2009

Sepanjang hayat 92 - Cucu saya yang baru

Dalam entri saya terdahulu, saya kata saya dapat cucu baru. Jantan pulak tu. Wah! besar hati saya. Dan dengan yang terbaru ini saya telah punya tujuh cucu perempuan dan enam lelaki.

Cucu lelaki yang baru ini telah diberi nama Thakif Nasaie bin Muhammad Safullah oleh ayahnya. Thakif, bila disebut ia berbunyi Takif atau Sakif. Jadi nama asalnya tidak akan disebut dengan sempurna sampai bila-bila.

Pelik bukan? Begitulah orang sekarang, menamakan anak mirip Arab yang membawa maksud dan makna, kononnya lebih afdal, lebih sempurna dan barakah. Harapan dengan psikologi menyedapkan hati sendiri, tidak akan membawa erti apa apa. Harapan tanpa ikhtiar samalah seperti " Ikhtiar itu wajip tetapi tidak memberi bekas".

Akhirnya nama-nama melayu seperti Sintul, Awang, Gendut, Juah, Bedul, Bulat, Jendul dll. dan yang perempuan seperti Wok, Ayang, Manja, Kintan, Sitih dll. lambat laun akan terhakis. Akan terhakis bersama melayu, bangsa dan bahasanya.

Bagi saya, nama apa kepada nama. Nama sekadar menunjukkan orang yang empunya diri. Sesempurna nama bagi saya ialah Jalal, Jamal, Kahar, Kamal.

Itulah cucu saya...

17 comments:

PINATBATE said...

Tahniah !
Mudah-mudahan Thaqif Nasaie akan menjadi anak soleh penyejuk mata penenang jiwa.

Baby Tiger said...

apa makna nama cucu atuk tu??

terrarosa said...

Salam Pakngah,
jadi tak hairanlah nama sesedap Firdaus Abdillah akhirnya menjadi pipi ? oh lupa pipiyapong nama penuhnya...

hahahahaaaaa...

hai said...

Salam Pakcik,
Memang dasyat nama anak2 orang sekarang...pastu suma pun panjang2.Tapi saya heran la org dulu2,bagi nama anak dah ok,cuma panggilannya kelakar mcm 'pot','tik','bik'..dulu,saya ada kawan yang dok kat bentong..nama adik beradiknya bermula dgn pangkal 'tun',ada kena mengena ke dengan pangkat di pahang ni...macam 'nik'&'wan' di klntan tu???

endiem said...

Pak Hashim.. salam
Baguslah nama sebegitu...mungkin jenerasi akan datang nama seperti samad, daud, jalil, sudin dah tak digunakan lagi..

Bobo Brazil said...

salam pakcik,

thakif nasaie ok lagi. Jangan lebih 3 perkataan sudah. nanti payah pulak dia nak isi form bile dah besar nanti. hehehehe

saya berminat letak nama anak saya Amir, Amar. Simple...

Hashim Zabidi said...

PINATBATE, salam...

Demikianlah doa dan harapan ayahnda bundanya. Mudah-mudahan diperkenankan Allah SWT. T.kasih

Hashim Zabidi said...

Baby Tiger, salam...

Cucu atuk Thaqif maknanya 'bijak dan cepat memahami' manakala Nasaie ialah 'rawi hadith'

Hashim Zabidi said...

Ida, salam...

Pakngah tak panggil dia Pipi. Pakngah panggil dia Daus. Sedapkan, ha ha ha...

Hashim Zabidi said...

hai, salam,..

Orang dulu letak nama anak ikut dan, ikut sedap mulut dan ikut fisikal kekanak tu. Kalau bulat montel akan dinamakan Bagak atau Debak. Kalau badan halus kecil dinamakan Cik, Etek dan begitulah...

Tun, pngah agak keturunannya. Pngah pernah terjumpa nama bermula dgn Antun...bin Antun.... Barangkali orang seberang. Di Pahang cuma ada 'Wan' saja. 'Wan' Lipis dgn 'Wan' Chenor dan Tembeling tak sama.

Hashim Zabidi said...

endiem, salam...

Nama-nama sebegitu mungkin hapus tak lama lagi. Agaknya nama orang melayu mula terhad, sebab banyak sangat yg serupa, baik namanya atau bin nya. Sedikit hari lagi mungkin ada konsultan tntg memilih nama. Syarikat komersial memilih nama anak, ha ha ha...

Hashim Zabidi said...

Bobo, salam...

Iya tak iya juga kata bobo tu. Buat apa nama yg pelik-pelik. Pendek-pendek cukup.

Kamu bila nak beranak? Dah jumpa ke belum buah hati pengarang jantung, ha ha ha...

Cari memang tak jumpa. Tapi klu jumpa jangan lepas, ha ha ha...

Bobo Brazil said...

salam pakcik,

dah jumpe. skali terlepassss daaaaaaaa

boon_cheet said...

Salam.. Pak Ngah.. Lama tak dengar berita Pak Ngah..dah lebih dari 24 tahun tak berjuma ya... terjumpa blog pakngah ni... masih berjiwa seni lagi Pak Ngah kita ni.. Alhamdulillah dan tahniah atas kesihatan kurnia Allah swt ..

Zahaba said...

Tiba-tiba
teringat dan terkenang kan
sasterawan yang hilang
dan kini muncul semula

teringatkan
mengendong dan mengusung
sasterawan yang terkejang
diperjalanan ke Gunung senyum.

Hashim Zabidi said...

boon cheet, salam,..

24 tahun satu masa yg sangat panjang, suatu pertemuan yg diluar jangka, buat p,ngah betul-betul tak keruan, bagaikan sebuah mimpi yg tidak tertadbir, anaknda lahir di depan laman kaca yg amat teruja. Tak terkutip dan tak terpungutkan oleh pngah akan cerita sesusia itu. Bolehkah anaknda menambah cerita biar ia lebih jelas dan nyata?

Hashim Zabidi said...

Zahaba, salam...

Sebuah dongengkah ia jika begitu,
bagaikan mati hidup semula, bersua
dalam episod yang baru,
dilaman kaca.

Teringat sebuah legenda zaman purba,
seekor ikan kering,
jatuh ke sungai berenang semula,
aduh! ini lah dunia sastera.

Rupanya boon cheet dan Zahaba, bukannya
pelanduk dua serupa,
perpanjangkahlah wahai anaknda
biar kesah menjadi cerita.

Post a Comment