Followers

Thursday, August 6, 2009

Sepanjang hayat 99 - Memancing.

Puasa Rukun Islam yang ke tiga, satu ibadah,
Ada orang tenang,
ada yg berang,
dari pagi sampai petang memikirkan apa jadah nak berbuka,
ada yang leka tak sedar bulan puasa,
ada yang asyik membuta,
yang asyik berbual dan bercerita, tak herau waktu dah tiba,
ada yang renyot, pantang disapa. Muka Allahu Akbar, macam singa.

Puasa satu ibadah,
buatlah dengan bersahaja,
banyakkan amalan, satukan yang lima itu dalam lima waktu lengkap mermkumi
Kalimah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji,
carilah puncanya yang semuanya bermula dari dalam diri,
banyakkan zikir supaya tenggelam dalam diri sendiri.

Wallahu 'alamu bis sawab...

Ini satu cerita lama, cerita zaman muda, penuh dengan humour yang bercelaru, keliru dan memalukan, iaitu:

Pergi memancing di bulan posa 40 tahun dahulu, berumpankan roti.
Ikan tak dapat, perut yang kenyang,
balik ke rumah usik-usik bini,
bini bertanya, lapar bang?
Azan pun berkumandang....

14 comments:

  1. Kome dulu pakat bekal roti paun bila mancing.. he he..nak pulok pd bulan puasa..

    Tp padan pun ikan tak dapat.. rezeki jd mahal..sebab engkar suruhan Tuhan..

    ReplyDelete
  2. salam pakcik,
    memancing bulan pose mmg best. sedar-sedar je tinggal lagi sejam nak berbuka. itu jam baru kucar kacir nak balik. sampai rumah terus berbuka. baru kene!

    ReplyDelete
  3. salam pakcik,
    berbalik kepada 40 tahun lepas tu..lepas azan berbuka kurma atau dot dot dot?
    hahaha!

    ReplyDelete
  4. Pakcik...muka macam singa tu sebab lapar tu. Jangan ditegur2, silap2 kena marah hehehe...orang berpuasa macam tu la ye.

    ReplyDelete
  5. salam pak ngah,

    pengalaman sendiri ke? he he he

    saya dulu penah terperangkap dlm kesesakan lalulintas di kuala lumpur dlm bln puasa...waktu berbuka dah masuk tapi satu apa pun xde nak dimakan atau minum...last2 korek hidung jer ha ha ha

    ReplyDelete
  6. salam..
    nasib baik umpan roti.. kalau umpan cacing gemana?
    Pak Hashim .. selamat menyambut bulan puasa..

    ReplyDelete
  7. salam pak hashim,
    masa bulan pose ni akan muncul ramai pelakon2 hebat abad ini!!!khasnya dari kaum lelaki...hehehe...

    ReplyDelete
  8. relevan, salam...
    Jadi, beli roti buat umpan ngail, kes lama. Masih diamalkan sampai sekarang. Nostalgia!

    ReplyDelete
  9. Bobo, salam,...
    Kalau betul-betul memancing takpe gop. Amal memancing sebenarnya bagus, mengasuh kesabaran. Tapi kalau doh bawok roti buat umpan.... hanyut...

    ReplyDelete
  10. relevan, salam...
    Jadi, beli roti buat umpan ngail, kes lama. Masih diamalkan sekag. Nostalgia!.

    ReplyDelete
  11. ben, salam...
    Ssshhhh... pelan-pelan sikit, dengor dek mkngah kang, pecah tembelang...Jangan buat weh duk sebelah rumah tukang roti...hehehe

    ReplyDelete
  12. Emblem, salam,...
    Apa lagi, sebab laporlah tu. Silap-silap anok di terkamnya kang.

    Tunggu lepas bebuka kang,heh molek aje. Tindih lanyok di anak-anak, tak maroh pun, dah kenyang...

    ReplyDelete
  13. Fadh,salam,...
    Eh! buat apa nak cerita hal orang, tak baik, hahaha. Bulan puasa jangan duk bawak bekal, tak sempat naik bas, selamat....

    ReplyDelete
  14. hai, salam,...

    Memang soh dah. Pelakun-pelakun lelaki terbaik, kedua terbaik dan seterusnya akan menyerlah. Orang pompan, kalau tak pose, tak nampok pun...
    Gitulah kelakar bulan pose he he he...

    ReplyDelete