Followers

Wednesday, December 2, 2009

sEPANJANG HAYAT - ANGIOGRAM

Di IJN pada 30 Nov.2009 yang lalu selepas berhari raya sakan dengan lemang, rendang ayam, daging, sate perut dan beranika hidangan hariraya korban saya pun didorong ke bilik 'Stress Test'.

Saya mampu menjalani test tersebut, untuk stage pertama selama satu minit setengah sahaja. Keputusannya saya akan di Angiogram pada 15 Jan 2010. Doktor kata dua daripada saluran darah saya ke jantung telah trersekat dan kerana itu ianya perlu di Angiogram. Mahu tak mahu saya pun menandatangani borang yang berkenaan. Katil untuk saya di IJN sudah ditempah dengan bayaran sebanyak RM3,000. tetapi oleh kerana saya pesara kerajaan saya tidak perlu membayar fee tersebut. Alhamdulillah!.

Kini saya sedang mencari helah bagaimana saya tidak perlu menjalani Angiogram tersebut. Saya tidak mahu tubuh dalaman saya diterokai oleh benda yang bukan sepatutnya oleh manusia ( secara medic ) sebab saya berhajat untuk kembali ke Rahmatullah dengan ruh dan jasad yang ini juga.

Oleh hal yang demikian, saya ada masa selama satu setengah bulan saja lagi untuk menyelesaikan perkara ini.

19 comments:

  1. sedak juga pesara kerajaan ni yek ?

    ReplyDelete
  2. Jangan risau... Angiogram bukan kekal dalam jasad..Angiogram hanya sekadar diagnosis untuk melihat salur darah mana yang tersumbat...

    ReplyDelete
  3. salam,
    kena cuba cari perubatan alternatif la macam tu..

    koi doa kan semuga segalanya berjalan dengan baik..insyallah.

    ReplyDelete
  4. salam pak ngah,

    moga pak ngah sihat2 selalu...jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Yang pasti setiap penyakit itu ada ubatnya..maka berikhtiarlah kita...moga2 kita dapat disembuhkan dan memohon doa kehadratNYA jua insyaallah.

    ReplyDelete
  6. salam pak hashim.. semoga sihat selalu... nak cadangkan ikhtiar lain susah sikitlah.

    ReplyDelete
  7. salam pak cik hashim,
    saya ni tak tau apa2 pasal medic. redz de tsar kat atas tu terer la. tapi jangan risau2 sangat pulak pasal ni. moga sihat2 la selalu. dapat juga kami baca tulisan orang2 lama yang baik macam pak cik ni.

    ReplyDelete
  8. Pak..Makan tu berambi sket..jgn tala je..Moga macam biasa-biasa aje..

    ReplyDelete
  9. Salam Pakngah,
    saya pun tak tahu apa dia Angiogram itu, bunyi macam nak kena masukkan wayar dalam badan jer,
    takperlah Pakngah, sebagai hambaNya , selagi hayat dikandung badan ,kita masih boleh berusaha untuk mengubah nasib hidup,
    Insyaallah apa sahaja keputusan yang Pakngah ambil nanti , akan membawa kebaikan kepada Pakngah sekeluarga.


    adeh ! tiba - tiba takut pula nak komen tentang ini, sebab Pakngah lebih arif dalam asam garam kehidupan :)

    ReplyDelete
  10. Salam, Pak Hashim...

    Anggaplah proses tu sebagai salah satu usaha ke arah kebaikan...

    Semoga Pak Cik steady selalu...

    ReplyDelete
  11. Semoga Pak Hashim menghadapi segala ni dengan tabah..Angiogram ni tak sakit macam bersunat..

    ReplyDelete
  12. salam ziarah abang hashim.. org lipih sehat senalor... komh doa kan agar abang sihat dan sentisa di permudahkan urusan.. di lindungi allah selalu

    ReplyDelete
  13. Salam En. Hashim,

    "moga kesihatan terus di tahap terbaik, pilihan di tangan sendiri (mungkin) kalau pun mungkin tak setara dengan pendapat pegawai perubatan atau ahli keluarga yang lain".

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum wrth...

    Saya dgn hormatnya merujuk kepada entri saya angiogram.

    Tak terucap balas oleh saya respon sdr-sdr, adik-adik, anak-anak dan teman-teman blogging sekalian di atas saranan, pendapat, kata-kata hikmat dan semangat yang dinukilkan buat saya. Sesungguhnya saya amat hiba dalam bangga. Sesungguhnya saya masih kuat dan cukup kuat untuk menghadapi semua ini. Percayalah.

    Terima kasih
    gunx
    Redz d Tsar
    mazru
    Fadh
    Yassin
    endiem
    rahimin
    Pengembara
    terrarosa
    abdultalib
    relevan
    RMY - abdelitokjoro
    Zulkifli Mohamed

    Saya doakan (jika tidak songsang) agar sdr sdr, adik-adik,anak-anak dan teman-teman sekalian sentiasa selamat, sihat walaafiat dan ceria selalu. Amin

    ReplyDelete
  15. Kita hanya merancang, Tuhan penentu segalanya..
    Inyallah..

    ReplyDelete
  16. pakngah

    semoga pakngah sihat sntiasa

    aminn

    :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.
    Angiogram tu tak sakit.Tak sama dengan operation.Tak ada organ badan yang luak.Saya dah buat 15/10/09 yang lalu.Masatu saya dah 53 th. Seronok lak dapat tengok injap jantung yang bergerak melalui skrin TV.Dengan izin Allah Azzawajalla saya selamat.Kini kesihatan sangat baik jua dengan izinNya.Tempat rawatan sangat selesa.Dr & nurse pun sangat baik.Moga selamat dan sihat hendaknya. Amin...

    ReplyDelete
  18. salam pak hashim,

    kalau pak hashim leh tahan nafsu (makan) sikit, sila gantikan nasi dengan oats. gantikan teh/kopi dengan jus. kalau nak minum teh juga, tanpa gula.
    ikut nasihat doktor.

    mama saya hari tu pun sama tak sehat. dia amalkan buat macam tu, sambil minum "HERBALIFE".

    saya doakan Pak Hashim sihat dan gagah!!

    ReplyDelete
  19. bagaimana sekarang ?... saya baru sahaja menjalaninya...

    ReplyDelete