Yang kamu sibuk-sibuk ikut buntut YB kulu kilir tu buat apa? Apa yang kamu dapat?. Pakwe Bogong pulak berleter ke Mat Jan.
“Sudah-sudahlah tu, Mat. kita nih orang susah. Buatlah cara orang susah. Kamu tu anak dah nak masuk empat. Berjalan pun lepas sondol dik babi ari tu tak berapa nak betul lagi. Baik kita buat kerja kita, buat kerja sendiri. Kalau menoreh, menoreh sungguh-sungguh perentan (masa) harga getah naik ni. Esok bila turun, apa nak kata! Ada duit sikit-sikit simpan untuk anak-anak aok nok sekolah besok, untuk masa depan.”
“Tak usah nak politik politiklah. Bior ke deme aje, politik ke pelir itik ke. Kita, sampai masa mengundi, kita mengundi. Sapa kita nak pangkah, itu hal kita. Rahsia!.”
“La pakwe pun, le ni jaman maju, tren maju kita kenalah buka minda sikit. Jangan orang kata, macam katak bawoh tempurung pulak”
“Takde ke tren menerennya. Kalau dah sekolah atap tak sekolah ongputih, jangan nak mengarutlah. Tengok pakwe ni, dah hidup dalam tiga jaman. Jaman penjajah, jaman jepun, bintang tiga, ongputih balik dan le ni jaman merdeka, cara perentahnya celaru semacam. Tapi pakwe tetap nasionalis. Pakwe berjuang sejak jaman Dr. Burhanuddin, Ibrahim Yaakob, Ishak Hj.Muhammad, Ahmad Boestamam menentang penjajah sampai kena tangkap, merengkok dalam penjara Tanjung Beruas 5 tahun, apa dapat?” Pakwe Bogong berleter pada budak-budak muda yang kulu kilir buntut YB.
“Kome dulu berjuang, ongputih tak iktiraf. Ongputih iktiraf Ameno maka Amnolah yang memerintah. Kita ikut ajelah kerajaan le ni. Tak payahlah songeh-songeh ikut lagak orang.” Pakwe Bogong membuka sejarah perjuangan hidupnya.
“Pakwe, lepas tahanan Tanjung Beruas, Pakwe balik, terus buat kerja kampung. Pakwe buat tanah haram, tanam getah sampai 20 ekar, sebab Pakwe tau negara kita akan menghadap implasi.”
Ambil contoh perang Korea lawan Amerika. Orang Korea Utara tak menang kalau mereka tak simpan, tak sedia barang makan untuk selama 30 tahun. Tigapuluh tahun lamanya perang itu, akhirnya Amerika lari...Jadi kita kena simpan duit buat harta sikit-sikit, beri anak-anak pelajaran. Tengok anak pakwe, semua sekolah sampai universiti, ada yang jadi DO pun. Le ni pakwe dah tua, dah tak payah kerja. Pakwe tak harap duit anak-anak. Getah pakwe ada. Makan tak perabis, hari-hari duduk kedai kopi, kata pakwe Bogong.
Mat Jan tercengang. Baru inilah dia dengar leter Pakwe Bogong. Tak sama dengan leter pakngah.

Salam!
ReplyDeletePak Cik...dah boleh buat Mat Jan The Series ni...
Pak we Bogong muncul dicelah kehidupan Mat Jan..adakah dia boleh dijadikan Idola untuk Mat Jan?..teruskan Pak Hashim..kome kalu tak ada aral akan ada kat Kuala Lepih nanti..
ReplyDeleteSalam Pakngah,
ReplyDeleteberbudi kepada tanah memang rezeki akan berkekalan,
simpan duit pun bagus jugak tapi zaman lani duit akan tenggelam dengan inflasi , apakata Mat Jan mula menyimpan emas walaupun 1 dinar ,
buleh juga dibuat tabung pendidikan anak - anak nanti,
emas setiap tahun harga naik gila - gila gitu :P
Bagus nasihat pakwe te.. aok jangan cacau pulok mat jan.
ReplyDeleteIkut YB dapat makan ciken chop,bifstik org gelor pepalih sedapnya!!
ReplyDeletesalam pakngah
ReplyDeletekah rasa pakwe bogong ni bukan calang orangnya,sorang pejuang yang dilupakan, sebenarnya beginikah nasib sorang pejuang? bila sesuatu maksud dicapai, mereka dilupakan?
malang sekali..
salam.
ReplyDeleteBukan calang2 org rupenye pakwe bogong tu..
best citer mat jan nih..
Pak.. Belum dengor leter Pak Lang lagi..hehe
ReplyDeleteabdultalib, salam...
ReplyDeleteBegitulah kira-kira, jika sampai hajatnya.
relevan, salam...
ReplyDeleteItulah Pakwe Bogong yang melihat dengan mata dan hatinya, sisa-sisa tokoh yang masih boleh bercerita.
20hb tu, kawan di Raub meraiikan majlis menyambut menantu.
endiem, salam...
ReplyDeleteMat Jan ni, silap gaya terkangkang di persimpanan. Nasiblah orang spt Pakwe Bogong masih ada.
Mazru, salam...
ReplyDeletePakwe Bogong orang lama, suku sakat Pak Sako, hu hu hu...
Pengembara, salam...
ReplyDeleteYe, kalau dengor borok Pak Lang, pecah perut kita. Kelakor het orang tua tu. Tapi kelakor-kelakor pun ada mesej, ha ha ha...
Ida, salam...
ReplyDeleteEmas tak susah di Lepih ni. Rajin dengan malas je. Tapi Mat Jan jangan haraplah. Kerja tak tekun. Kalau kerja orang, tulangnya ringan. Kerja sendiri macam abedi. Macam mana nak senang!...
Ubi, salam...
ReplyDeleteSalah YB tu, dapat makan chicken chop. Dapat roti canai sekeping teh tarik segelas, macam tarik trekter...
Kelompen, salam...
ReplyDeletePakwe bogong pejuang lama yang tak bermakna. Orang macam pakwe tu tinggal sikit je bilangannya le ni. Sekali sekali bidasnya bisa juga, dia boleh kupas doktrin sosialisnya macam hafal sifat 20...he he he
Salam.
ReplyDeletePak Tua, maaf lari topik. Pak Tua ada bagi kritikan pada entri terbaru saya kan, saya kurang faham Pak Tua. Boleh terangkan lagi sekali supaya saya boleh perbaiki?
Terima kasih =)