“Macam mana pakwe boleh terer sangat cakap politik ni pakwe”
“Iyalah pakwe ni, bercakap macam orang ada tokoh aje, pakwe belajar kat mana?”
“Sapa guru pakwe?”
Budak-budak bertanya pakwe Bogong. Ada penuntut-penuntut IPT, budak-budak maktab yang mengerumuni pakwe. Mereka budak kampung yang balik cuti semester.
“Pakwe mana ada pergi sekolah, jawab pakwe. Lepas zaman Jepun umur pakwe baru masuk lima belas tahun. Orangtua pakwe hantar pakwe pergi mengaji pondok. Dipondoklah pakwe boleh mengaji Quran, belajar hukum-hukum hakam, fekah, tauhid, tasauf dan belajar bersyarah pun. Bila pakwe menjangkau umur sembilan belas, dua puluh tahun, pakwe tertarik dengan gerakan menentang penjajah ‘Mat Saleh Gampang Celaka’ tu. Dari situlah pakwe mula berjuang, bukan berpolitik. Perjuangan kami ada garis-garis tertentu, ada ideology, ada doktrin. Perjuangan kami bukan ikut nafsu macam orang sekarang. Diatas kesedaran, kami berjuang untuk bebas dari belenggu penjajahan yang zalim. Kami sanggup mengangkat senjata untuk mempertahankan tanahair yang tercinta ini."
Tapi, dalam masa sama, ramai pulak orang melayu yang belot. Sokong orang putih. Mereka desak raja, nasihatkan raja, orang putih bagus.Mereka sokong kerana nafsu, pangkat dan wang ringgit. Dalam hati mereka tidak ada kesadaran yang mendalam. Tidak ada semangat jiwa bangsa macam Sukarno, macam Gandhi, macam Muhammad Ali Jinnah. Tidak patriotik. Perkataan patiotik pun baru sebut dalam masa sepuluh duapulah tahun ini aje. Kami dah sebut perkataan patriotik lima, enam puluh tahun dulu.
Lalu pejuang-pejuang hilang punca , bercempera. Mana yang tak sempat lari, kena tangkap. Pakwe kena tangkap masuk kem Tg.Bruas 5 tahun. Dalam kem pakwe belajar macam-macam selok belok politik. Kami belajar meramal masa depan politik dunia.
“Apakah kemerdekaan kita sekarang ini didapati dari cara yang salah, pakwe?” tanya budah-budak tu.
“Pakwe tak kata gitu”
“Dari segi moralnya,” sambung pakwe lagi, “kita telah menjadi bangsa (melayu) yang lemah, senang diperkotak-katikkan. Kita tidak ada kesedaran yang mendalam. Kita tidak ada pegangan dan konsep perjuangan yang boleh dibanggakan sampai bila-bila. Kita sekadar bergantung dengan orang lain.”
“Tapi, kita dah merdeka sekarang pakwe. Kita sudah berkerajaan sendiri.”
“Benar, pakwe tak menyangkal semua tu. Mana boleh nak tarik balik mende yang dah lepas ke depan. Mustahil. Apa yang pakwe nak tekankan ialah kita mesti ada tanggungjawab dan kesedaran yang gigih. Kita kena buktikan bahawa orang-orang melayu betul-betul merdeka di tanah airnya sendiri.”
“Macam mana pakwe?”
“Maknanya kita hidup di atas tanah air kita sendiri, buat kerja sendiri, kita tak mengharapkan bantuan orang.
“Betul apa, pakwe. Memang menjadi amalan kita... kerajaan kita...”
“Apa yang pakwe tengok le ni, orang-orang macam Mat Jan ini sampai kiamat pun tak akan dapat tahap merdeka. Ikut buntut YB apa jadah. Dapatlah makan free, duit rokok free.”
Terbeliak biji mata Mat Jan memandang Pakwe Bogong.
“Apa yang kita mau, kita peralatkan YB tu untuk kita berjaya.”
salam..
ReplyDeleteHebat pakwe ni orgnye..
salam pakngah
ReplyDeletememang pakwe bogong ni hebat, dari segi pengalaman, pemikiran, dasar perjuangan dan pemafahamannya tentang patrioitisma yang tinggi. Orang semacam pakwe inilah pejuang sejati, tanpa maksud selindung makna sebuah perjuangan ..
tapi sayangnya,org macam pakwe dah semakin pupus...sebab ramai yang suka jadi macam mat jan...
ReplyDeleteSebenornye ramai yg mcm pakwe ni..tapi tersapu ke bawah tikar, terselindung di balik cahaya...
ReplyDeletebetul cakap pakwe tu, mat jan..Kita undi YB, YBlah yang kena tolong kita, bukan kita yang tolong YB.
ReplyDeleteSiapa sebenarnya pak We Bogong ni..
ReplyDeletesalam mazru,
ReplyDeletePakwe Bogong orang lama.hebat juga yek.
Patriotik macam MDL,sekarang semakin pandai berniaga gayanya..ha..ha..ha
ReplyDeletesalam kelompen,
ReplyDeleteOrang-orang spt. pakwe bogong sudah semakin habis. Mereka adalah nasionalis tanahair kita yang dilupakan. mereka adalah patriotik. Tidak ada sejarah untuk mereka dan tidak ada tempat dihati bangsa (melayu) kita.
salam hai,
ReplyDeleteKalau kamu ingat Abd.Rahim Noh suaminya kak Capah Gali Lurus itu, ayahnya pada si Sahak, maka dia adalah diantara pejuang-pejuang kebangsaan yang dimomok-momokkan sebagai komunis oleh Inggeris.
salam Pengembara,
ReplyDeletebenar kata cikgu tu. Mereka adalah intan yang berselerak dalam kaca.
endiem salam,
ReplyDeleteSepatutnya begitulah. Budak-budak kita yang kurang berpakat. Kalau kena gaya YB mesti boleh tolong. Kerajaan dah cakap, satu kampung satu projek. Lama-lama satu orang satu projek. Kekayaan kita le ni disapu oleh orang-orang indon, bangla. Le ni budak-budak perempuan kita pun mulai ketagih kat negro Afrika.
salam relevan,
ReplyDeletePakwe Bogong adalah sisa-sisa nasionalis yang ada.. Banyak dah kembali kerahmatullah. Untuk pengetahuan relevan Dato' Khairuddin Kawi yg ada di Jerantut itu dan Orang Kaya Purba Jelai Wan Abdul Rahman itu adalah adalah antara pejuang-pejuang
nasionalis tetapi mereka terlepas dari dicekuk Inggeris lalu cepat-cepat masuk Ameno.
ubi salam,
ReplyDeleteLe ni dah nak merebak ke tepi-tepi jalan highway Lipis / G. Musang. Baca SINAR 25 Mac.