Followers

Monday, May 3, 2010

Sepanjang hayat 148 - Lembu Mat Jan

Mat Jan tiba-tiba dapat surat pergi kursus. Ini cerita lama. Dah lebih setahun cerita kursus itu, baru sekarang timbul balik.

"Cakap aje nak beri 10,000 RM. Senang ke nak keluar RM 10,000. ," bebel Mat Jan dalam hati.

"Kerajaan akan memberi bantuan RM10,000.Sepuluh ribu bukan sikit," kata pegawai yang memberi kursus dengan muka serius. Dua malam satu hari Mat Jan dan tiga puluh sembilan yang lain dari seluruh negeri dijemput menghadiri kursus di Cherating. Makan free, tidur free dan mandi lautpun free.

"Dengan bantuan tersebut kerajaan akan sediakan projek.Kamu boleh pilih satu sama ada ternakan lembu, kambing, ayam, itek telur atau pertanian seperti tanaman pisang, tebu dan sayuran." Jelas pegawai kursus itu.

"Wang sepuluh ribu ini tak perlu bayar balik. Jadi kamu kenalah jayakan projek itu masing-masing dengan sempurna. Jangan sia-siakan duit kerajaan." sambung lagi pegawai kursus itu dengan muka menyampah.

"Saya pilih lembu," kata Mat Jan tersengih.

"Saya pilih ayam," bangun pula Mat Jamin.

"Saya kambing," songeh Mat Jak. Semua para kursus tergelak.

Dan seterusnya peserta kursus memilih projek masing-masing dengan riuh rendah sebutir dewan. Semuanya riang dan girang. Masing-masing akan dapat wang RM10,000.

<<<<>>>>>

Pada suatu tengah hari, sedang Mat Jan berkeruh dianjung, bininya mengaih-ngaih kerak ayam dikepala Mat Jan dengan sikat dan anak-anak mereka bermain dilaman, tiba-tiba berhenti sebuah lori dihadapan rumah mereka. Keluar dua orang pegawai, barangkali pegawai rendah sebab tidak pakai tai,sambil mengepikm fail lalu bertanya sama ada rumah yang mereka datangi itu rumah Mat Jan.

"Iya, jawah Teh, "Ada apa encik."

"Ayooooh," jerit anak sulung mereka memberitahu ayahnya ada orang datang.

"Ada apa encik?" Mat Jan bingkas sambil menggesek mata dengan dengan belakang tapak tangan.

"Ada lembu bantuan kerajaan untuk cik Mat."

"Oh!" Mat Jan baru teringat kursus yang mereka pergi dulu dah lebih setahun lamanya.

Pegawai itu mengarahkan pemandu lori supaya undur ke laman rumah. Nasib baik ada tebing sikit maka bolehlah lembu-lembu itu diturunkan dengan selamat. Mat Jan tersenyum puas sambil mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bersusah payah itu.

"Cik Mat bertuah, sebab yang sekor yang gemuk sikit tu bunting."

<<<<<>>>>>>

Dua hari Mat Jan tak keluar kemana-mana. Asyik mengembala 5 ekor lembu yang diberi kerajaan.

"Lembu ayoh deme nih kurus amat," kata Teh. "Entah lembu mana disembat orang tu beri ke aok"

Mat Jan menggaru kepala tak bercakap. Pulaknya, lembu betina yang gemuk sikit tu yang dikatakan bunting tu tak mau makan. Mulut dan hidungnya nampak berlenja sejak semalam. Dalam hati Mat Jan bersungut: sakit agoknya, nok mampus kok.

Dua hari lepas itu, lembu betina yang gemuk sikit yang dikatakan bunting itupun menghembuskan nafasnya.

17 comments:

  1. Aduh..Mat Jan..kasihan!..harap bagi lagi 5 ekor lembu kepada Mat Jan..bagi lagi lembu betina yang sedang bunting..

    ReplyDelete
  2. 5 ekor = 10000 RM? memang rugi mat jan

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah,
    huk alos Mat Jan gak,
    hari tu gi kursus buat tok tahu menda la pulok....

    orang kerajaan pun satu hal,
    nak kerja dia jer beres, lepas tangan
    tak ada peluang Mat Jan, nak buat kandang lembu... kasi panas sket.
    hooh tak ada pulak orang pertanian turun padang ke ?
    4 ekor lembu tu jantan ke betina ?
    hahahaaaa....

    ReplyDelete
  4. X pe mat jan...Mintok bantuan dr Noh Omar menteri pertanian..ganti balik lembu tu...jgn putus asa.. Langkah kejayaan tu bermula dari langkah pertama.. Hidup Mat Jan...

    ReplyDelete
  5. kena penyakit kuku dan mulut..

    ReplyDelete
  6. biarlah mati, kurang sedikit beban Mat jan nak menyediakan makanan utk lembu-lembunya...

    ReplyDelete
  7. salam pakngah
    sian ngat weh mat jan nteh, gone gelo gitu...semangat dah ende, cita cita ttinggi jadi org berjaya, jangan patoh semangat weh..hidup mat jan..

    ReplyDelete
  8. harap2 yg 4 ekor tu x le menerima nasib yang sama...kalo x, naya mat jan!!

    ReplyDelete
  9. Org bela lembu daging,lembu tenusu,,mat jan bela lembu sup..ha..ha..

    ReplyDelete
  10. Relevan salam,

    Mat Jan tak menyangka dapat lembu,cerita kursus dah setahun lebih.
    Kira-kira beruntung jugalah Mat Jan nih...

    ReplyDelete
  11. lorihantu, salam...

    Lima ekor lembu kurus katakanlah RM4000.
    sewa lori RM500.belanja kursus RM200. Elaun pegawai menghantar RM300.Habislah RM5000. Mana pegi RM5000.lagi?

    ReplyDelete
  12. Ida,salam...

    Orang pergi kursus Mat Jan pergi kursus.
    Peg. tu tak cakap suruh buat kandang. Lagipun cerita dah setahun lamanya. Mat Jan tak menyangka tiba-tiba lembu kurus samapi ke laman tangga.

    Setakat tu jelah tuah Mat Jan...

    ReplyDelete
  13. Salam Pengembara,

    Mat Jan bersykur amet dah dapat lembu kurus tuh.Kata dia sealam-alam kampung tuh mana ada orang dapat bantuan lembu, dia sorang je, ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. Orangkasai, salam...

    Tak taulah orangkasai. Nampaknya dah termula mati tuh, yang lain gayanya akan mengikutlah...

    ReplyDelete
  15. kelompen, salam...

    Mat Jan kata, mana ada orang lain dapat lembu dlm kampung tu melainkan dia sorang. Nampok gayanya tak menorehlah Mat Jan. Asyik berkalor dengan lembu kurus tu, hi hi hi...

    ReplyDelete
  16. hai, salam...

    Harap-harap gitulah. Berkat tuah anak-anak. Tak tau gok, buat jantan ke seme, aduh! Mat Jan. Nampok gayanya kena sembelih sekor utk memegang puasa nih...

    ReplyDelete
  17. Ubi, salam...

    Lembu sup!!!
    Ini kena pukul canang, bior seme orang tahu. Mat Jan pelihara Lembu Sup, ha ha ha...

    ReplyDelete