Followers

Tuesday, May 11, 2010

Sepanjang hayat 150 - LEMBU MAT JAN BUKAN JENIS DAGING, TENUSU TETAPI SUP.

Berduyun-duyun orang kampung datang menengok lembu Mat Jan. Mat Senyum datang , Haji Derus datang dan Pakwe Bogong pun datang. Cerita ni kalau Pakngah tahu, diapun mungkin datang . Tak ada lagi dalam sejarah, orang kampung dapat bantuan lembu kerajaan macam Mat Jan. Mat Jan dikira bertuah. Banyak yang memuji dan tidak kurang pula yang mengeji. Biasalah orang kampung.

“Macam mana aok dapat lembu nih Mat, Sapa yang tolong. Kenapa aok sorang je kena panggil kursus.” Mat Jadi menarik Mat Jan ketepi mendesak, macam mana dia dapat, siapa menolongnya. Mat Jadi ada gaya tak puas hati sebab Mat Jan seorang saja yang dapat. Apa hal dengan orang lain. YB tak patut. Kena jumpa YB ini, sungut Mat Jadi bersungut kehulu dan kehilir..

Tak terlayan Mat Jan dek pertanyaan orang yang bertalu-talu dan macam-macam itu. Orang parti pembangkang pun datang buat komen.

“Ini lembu bantuan yang aok dapat, Mat! Empat ekor lembu sakit kurus melengking,” komen Haji Derus mencemuh. “Orang dapat bantuan lembu daging, Lembu tenusu, aok dapat lembu SUP, ha ha ha...”

<<<>>>

Mat Jan balik dari kedai, tersenyum, menyengih sampai ke telinga. Hati Teh macam tergeletek melihat gelagat lakinya.

“Matnya aok tersengih nih macam kerang busuk je!” tegur Teh gelihati.

“Tadi, Pakwe Bogong beri keh seratus, suruh baiki kandang. Pas tu, dia kata suruh keh pergi ke Pejabat Haiwan minta nasihat, mintok ubat lembu.”

“Haah! Itulah aok, maroh-maroh ke Pakwe. Gaya je Pakwe tu bengkeng tapi marohnya mende betul. Kalau Pakngah tau entah berapa pulak dia beri,” Teh memberi harapan pada lakinya, biar dia sedar sikit.

Senyum Mat Jan terus memunjut. Hatinya kembang bagai selasih direndam. Dia memuju-muji pakwe, bapak saudaranya itu dalam hati, hingga tak tersedar dia terdorong bininya sampai jatuh terkangkang atas katil.

“Eh!.. Eh!.. Eh!.. Matnya aok nih dah gile ke...”


12 comments:

  1. Mat Jan lama tak dapat tu. tu pasal buat2 terlanggar bini dia....

    ReplyDelete
  2. Giteh lah Mat Jan..hati banyak senang, lembu dapat, duit pun dapat...buat2 terlanggat bini... Maka berlakulah apa yg harus berlaku....

    ReplyDelete
  3. Memang tak patut kepada yang pihak memberi lembu kepada Mat Jan itu..

    ReplyDelete
  4. hati mat jan berbunga riang..angannya kini,pasti akan jadi penternak berjaya satu ari nanti....

    ReplyDelete
  5. buleh jadi pembekal tulang kepada kedai masakan panas mat jan

    ReplyDelete
  6. salam pakngah..
    koi cadangkan ke mat jan, bawok lembu2 dia pegi makan dalam sawit felcra, banyok rumput sane, kok mane tau berkat rajin usaha dia nanti, lembu makin banyok, makin biok..gone nteh?

    ReplyDelete
  7. Ben,

    Pengembara Silam,

    relevan

    kilaT,

    hai,

    Perentas masa,

    kelompen,

    Assalamualaikum semua,

    Saya agak terlambat menjawab komen tuan puan kerana sibuk sikit. Maafkan saya.

    Mat Jan ni dalam bingung-bingung tuh ada bijaknya. Kadang-kadang telus kadang-kadang tidak. Angan-angannya tinggi maklumlah orang dari keturunan Mat Jenin.

    Namun begitu, kalau ada pendorongnya atau mentor yang sudi mengambil berat Mat Jan mungkin berjaya dalam hidupnya.

    Dia tak perlu terikut-ikut dengan rentak dan arus yang tak menentu pasang surutnya.Teh isterinya yg tak berpendidikan tinggi tu udah mulai berubah, mudah-mudahan kalau Pakwe Bogong dan Pakngah kerap datang, tak hairan pasangan tersebut boleh maju.

    ReplyDelete
  8. salam,

    seronok la mat jan dah ada lembu pulok,semuga mat jan sukses sokmo.

    ReplyDelete
  9. Pak Hashim: Kenapa tidak serial ini kembali diolah sebagai sebuah novel?

    ReplyDelete
  10. selang beberapa ketika,,mendatang Mat Jan bekira nak mecari lembu buat aqikah pulok gamoknya sebab bini jatuh terkankang..ha..ha

    ReplyDelete
  11. Salam pak ngoh.
    Untung laa Mat jan dapat lembu boleh buat bake kut esok beranok pinok emboh jadi kaya.

    ReplyDelete