Followers

Tuesday, September 21, 2010

Sepanjang hayat 161 - Rumah Kecil Tiang Seribu menubuhkan Persatuan.

Pakngah mengucapkan ribuan terima kasih malah lebih dari itu atas riaksi kamu semua,wahai kawan-kawan - blogers mengenai kejayaan saya mengumpulkan adik beradik, anak-anak, anak-anak saudara, cucu-cucu dan cicit-cicit ke dalam satu perhimpunan pada hari ke 2 Idilfitri yang lalu.

Usaha ini telah dirancang bersama dan ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk jadi kenyataan. Bukanlah sesuatu yang mudah rupanya.

Rumah kecil tiang seribu itu, pastinya mudah-mudahan akan menjadi besar dan tiangnya akan berganda-ganda lagi banyaknya. Harapan pakngah ialah kepada barisan pimpinan (AJK) yang terdiri dari ipar duai, anak-anak dan anak-anak saudara. Pengerusinya tetaplah saya. Timbalannya ipar saya seorang pesara guru - bekas pengetua sekolah menengah. Setiausaha Kehormatnya anak saudara saya juga seorang guru, kini menjawat pangkat PPD. Pembantunya yang banyak menjalankan kerja-kerja asas ialah seorang Juru X ray di Ibu Kota manakala Bendaharinya pula seorang anak saudara yang berkelulusan Perakaunan. Setiap orang dari 12 keluarga (adik-beradik pakngah) dilantik ahli jawatankuasa. Lalu dengan bangganya tertubuhlah sebuah persatuan keluarga yang dinamakan Persatuan keluarga ZaZa sempena nama Almarhum Hj.Mohd.Zabidi dan Almarhumah Hjh Zaharah (ayah dan ibu saya, atuk dan nenek kepada anak-anak kami semua).

Diantara rumusan yang diwar-warkan ialah menubuhkan sebuah koperasi keluarga - Koperasi ZaZa Berhad. Ipar saya seorang Pengetua Politeknik yang dilantik sebagai AJK akan merangka undang-undang koperasi itu nanti.

Waduh! diatas kertas persatuan kami ini sangat hebat. Harap-harap ia terus berjaya dan maju, tidak hangat-hangat tahi ayam. Mudah-mudahan...

7 comments:

  1. salam pak ngoh..

    Insyallah..
    sy doakan semuge Persatuan Keluarge ZAZA akan berjaya mencapai matlamat dan tujuannye dan terus berkembang.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Hashim..Semoga koperasi ZAZA sukses nanti..

    ReplyDelete
  3. salam pakngah,

    semoga segala usaha murni pakngah sekeluarga akan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam PakNgah.Moge Koperasi Zaza akan memantapkan lagi ikatan kekeluargaan...

    ReplyDelete
  5. Mazru Majid,
    relevan,
    Fadh &
    Jejaka Desa,

    Salam semua...

    Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan diatas sokongan tuan-tuan itu.
    Ya! terima kasih...

    ReplyDelete
  6. salam...
    tahniah atas usaha itu semoga berjaya...saya tumpang seronok je!!

    ReplyDelete
  7. macamana cara nak join jadi ahli keluarga zaza ni?

    ReplyDelete