Followers

Monday, May 9, 2011

Sepanjang hayat 182 - Mencari Bahan 5

Kembali ke zaman rumah rakit bagi orang zaman kini tentulah kamu beranggapan ibarat jatuh ke zaman entah berentah, atau
kembali ke zaman datuk nennek kamu yang baru bernikah atau baru saja pudar inai dijari,
Tentu kamu rencam berfikir: Oh! Aku terlepas ke sebuah negeri asing,
Senyap sunyi bagaikan terhindar dari riuh rendah, hiruk pikuk dan bising.

Tidak ada sistem elektronik yang canggih apatah lagi internet.
Tidak ada yang terburu-buru, menggapai itu ini apatah lagi saling bersaing.

Orang dahulu songkoknya mereng, berkerol licin, orang sekarang berpakaian intim keterampilannya alim kucing.

Orang dahulu bernasi beras bendang, berlauk patin, orang sekarang beras impot berlaukkan masakan kurang manis dan kurang masin.

Sekalipun jarak zaman sudah berlalu nisbah berahi tiada yang kurang,
dahulu senjatanya tajam ampuh berbujang
sekarang banyak berhelah, rambang dan curang.

10 comments:

  1. Terkenang semasa dulu... hati ku merasa rindu...
    mungkinkah dapat bertemu pada cahaya mata ku... :)

    ReplyDelete
  2. Glurpp..telang air liur


    Ringkas, padat dan bersahaja


    Salam uncle, tumpang baca :)

    ReplyDelete
  3. rega gula dah naik , kalau dulu 65 sen tapi sekarang dah RM2.30 sen, sebab itu kena kurang gula.

    ReplyDelete
  4. Sin,

    terkenang semasa dulu
    hati gundah kerana rindu
    cahaya mataku & cahaya matamu
    mek mek rakit ketiak berbau.

    ReplyDelete
  5. Aduhai sesuci sutera
    intai-intailah selagi ada
    entri uncle entri biasa
    perintang waktu membuang masa.

    ReplyDelete
  6. endiem,

    bercakap mengenai gula
    tetap dibeli biarpun harga berganda
    tanpa gula badan tak ceria
    umpama orang sakit tua
    jaman dulu jaman purba
    penyakit kurang daibetes tak ada.

    ReplyDelete
  7. orang sekarang berikan keli bela..

    ReplyDelete

  8. بسم الله الرحمن الرحيم نحن فى شركة الكمال نقوم بجميع خدمات نقل العفش والاساس بافض الطرق تحت اشراف

    فريق كبير مدرب على اعلى مستوى من المستويات مع الفك والتركيب
    شركة نقل اثاث بالطائف
    شركة نقل اثاث بجازان
    شركة نقل اثاث بحائل
    شركة نقل اثاث ونقل عفش بحائل
    والسلامة عليكم ورحمة الله وبركاته

    ReplyDelete