Followers

Sunday, May 22, 2011

Sepanjang hayat 184 - Bandarku Lipis.

Oh! air sungaiku!
Jelai dan Lipis keruh sejak
Kemerdekaan diiystiharkan,
Kepalang lama bukan!

Ikan-ikannya, patin, jelawat, kelah, tengalan dan dll.
hilang sisiknya
berpindah gahnya ke tempat lain.

Rumah rakit teratak kita
Asyik maksyuk lambang cinta
dibanteraskan selagi ada.

Pembangunan! Kata pemimpin
Tak apalah, kita relakan
buat kesenangan orang asing.

Apa lagi yang ada sayang!
Habis semuanya bu, cuma tubuhku
lacurkanlah dulu, sayang!
esok kok ada pemimpin baru.

6 comments:

  1. sayang semua itu telah tiada...air sg petani lg la teruk pakngah..hitam legam..busuk

    ReplyDelete
  2. Semoga lepeh terus segak bergaya :)

    ReplyDelete
  3. Rasa rindu lagi nak ke Kuala Lipis..

    ReplyDelete
  4. Pak Hashim: Tahniah kerana tetap terus berkarya.

    MARSLI N.O

    ReplyDelete
  5. Sampai kat Muzium Lepih pun tak banyak modal yang meperihalkan Lepih..ha..ha..

    ReplyDelete
  6. wah...sudah bertemu dgn laman sastera yg indah n damai...InsyaAllah akan berkunjung lagi...

    ReplyDelete