Followers

Tuesday, June 21, 2011

Sepanjang hayat 185 - Lipis Bandarku

Kuala Lipis
dahulu, tangga batu dijalan silang
Jalan lurus ke inderaloka
ada teratai, akar tak jejak
pucuk menjulang.

Kini, bangunan indah pra-matang
Berwajah lesu serinya hilang
niaga tak maju
orang tak datang.

Kita berhenti sekejap bu
di sini,
keringatku luluh tumpah di sini
demi tamuku, menabur janji.


*****

Sejarah itu berulang, kata orang
Yang lama dikenang yang baru dijulang,
laung orang berulang-ulang.

Sejarah baru pula dikarang
Sama motifnya persis larangan
Meskipun berkata ‘tidak’
kepada yang curang.

Namun bandar tua itu
Mengukir terus manisnya
medan gelendangan segala nafsu
menjual maruah, meraih untung.

Sakitku belum pulih bu!
Apa ubatnya?
Sabar dulu nak, sayang
Biar ibu yang cari pelanggan.

*****

Jelai, Lipis airnya tidak lagi mengulangi sejarah
(meski, sejarah itu berulang)
Sekalipun pembangunan dilipat ganda.

Keruh airnya bermula dihulu
Prejudis! Oh! bukan, demi pembangunan
biar keruhnya jadi penentu.

Namun kota pacar itu
Membuka dada warga
Pemimpin datang dan pergi
Menabur janji.

Hari ini kita makan apa bu?
nggap ada,sayang
Esok, ibu dengar ada keramaian
hias bibirmu, biar tampang .

13 comments:

  1. dalam maksudnya...terbaik pak ngah..wa caya sama lu..

    ReplyDelete
  2. Saya seronok membaca catatan tuan.

    ReplyDelete
  3. Bong Hashim: Hantar sajak-sajak ini ke inbox AP Lipis, YB Dato Shahrom Osman, ada pertandingan, tema Lepih. Hantar juga ke emel DPMP: dpmp238_pahang@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. DPMP,

    Saya telah cuba berkali-kali meng-email ke dpmp238-pahang@yahoo.com Malangnya tiada respons.

    ReplyDelete
  5. Bong bukan dpmp238-pahang@yahoo.com. Yang betul ialah dpmp238_pahang@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. saya percaya nukilan paktua boleh menang

    ReplyDelete
  7. ayat yg bersahaja...sungguh mendalam maknanya...
    saya suka=)

    ReplyDelete
  8. mendalam.sambil membca teringat kenangan hutan terenggun,bersama kelibat mail memecah kesunyian hutan.. Cayalah

    ReplyDelete
  9. titik bukan noktah.

    saudaraku Hashim Zabidi,
    sasterawan yang hilang
    biarkan dia hilang
    asalkan menjadi permata cemerlang
    dilangit terang

    selepas hari ditamat nanti
    teruskan perjalanan panjang ini
    meniti diriyang dicinta cita ini

    bagi diri mu sendiri.

    ku doakan agar berjaya.

    #kegagalan bukan berarti kejatuhan#

    sekian terima kaseh

    mahayuddinmohamedmat
    mohamed bin mat.
    (mohamed,m,z,)
    desa perian k lipis phg.
    19,12,2011.

    ReplyDelete