Followers

Monday, January 26, 2009

Sepanjang hayat

Hari ini selepas 72 tahun, saya adalah orangtua ayah kepada 10 orang anak 6 lelaki dan 4 perempuan, datuk kepada 12 orang cucu, daripada 5 orang anak yang sudah berumah tangga. Masih ada 5 orang lagi yang belum berkahwin, 4 lelaki dan seorang perempuan.

Ibu kepada anak anak saya telah lama meninggal dunia. Allahyarhamah meninggal semasa usianya 49 tahun. Lapan tahun selepas kematinanya saya berkahwin lagi setelah didesak oleh kawan kawan, saudara mara. Anak anak tidak keberatan. Ibu tiri mereka adalah sedarhana dan boleh menerima keadaan dan suasana keluarga saya yang besar. Sehingga ini isteri saya ,ibutiri kepada anak anak adalah mesera keluarga.

72 tahun yang lalu saya dilahirkan di Kampung Bukit Macang,Budu Kuala Lipis. Jadi saya orang Lepihlah. Sempat bersekolah Jepun di Sekolah Melayu Budu.Tahun 1949 masuk sekolah Inggeris di Mahmud School Raub bermula dengan Special Malay Class hingga Tingkat 4. Masuk sekolah private di K.Lumpur tak habis, Tak ambil School Certificate. Kelulusan yang diiftiraf hanyalah LCE sekarang SRP. Semasa berumur masuk 20 tahun pada tahun 1957, dengan mudah diterima sebagai Kerani Sementara di Wokshop JKR ( masa itu PWD ) Raub selama 2 tahun sebelum diterima sebagai Kerani Negeri Pahang dan ditempatkan di PWD Bentong (sekarang JKR Bentong ). Ditukarkan ke JKR Lipis pada awal tahun 1965 dan berkhidmat disitu selama 10 tahun sebelum ditukarkan ke Kuantan. Di Lipis diangkat menjadi Ketua Kerani ( CC - Cheif Clerk ) mengetuai beberapa orang kerani dan panggilan cc itu cukup menyenangkan. Di Kuantan saya ditempatkan di Pejabat Tanah Daerah Kuantan sebagai Kerani Hasil, Kerani Lombong, Kerani Perkhidmatan. Lapan tahun di Pejabat Tanah Kuantan sebelum ditukarkan ke Pejabat Tanah dan Galian Pahang di bahagian Pelupusan Tanah seterusnya memangku jawatan Kerani Kanan selama hampir 2 tahun.
Bertukar lagi ke JKR Negeri di Indera Mahkota menanggung kerja Kanan selama hampir 3 tahun sebelum ke Treasury selama 1 tahun 2 bulan. Akhirnya bertukar ke Pejabat Hutan Daerah Lipis selama dua setengah tahun sebelum bersara. Sekarang menetap di lipis di Taman Permai rumah No.34 Jalan Damai.

9 comments:

  1. true tak true la.

    eh.

    salam pakcik.

    ReplyDelete
  2. Apa rahsia pakcik mendidik anak hingga mendapat anak seperti Pipiyapong?

    ReplyDelete
  3. Pipi dah ada kerja tetap. Kereta sport. Bolehlah pakcik pinangkan mana-mana ustazah untuk dia. Salam dari Ulu Tiram, Johor.

    Norhafizi

    ReplyDelete
  4. pak cik kenal dengan allahyarham arman sani tak?

    ReplyDelete
  5. salam, pakcik ajar tok mat tempoyang buat blog satu.

    ReplyDelete
  6. pakcik memang hebat...

    bleh tak pakcik bagi kata2 nasihat dan peransang supaya ayah saya tak takut pada pc dan sekaligus mampu mempunyai blog seperti pakcik?

    ReplyDelete
  7. Masa lapang banyak, orang dah bersara katakan! Tapi sebaik saja pencen selepas satu bulan Tauke Kilang papan ajak saya kerja. Saya buat urusan pejabat semacam PR ke Pejabat Kerajaan Lipis, Kuantan, cari client dll. Saya dibayar seribu ringgit sebulan dan sebuah kereta. Saya kerja lama juga hampir 2tahun setengah. Lepas itu minta berhenti. Tak banyak kerja dan malu sendiri dgn. kedudukan yg ampuh itu. Lepas itu buat kerja sub-kontrak. Kononnya hendak berniaga tapi akhirnya jadi buluh kasap. Tak lama kemudian saya diajak bekerja dengan Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen Lipis.Jadi semacam PA. Susah kerja dgn.orang politik. Saya tak nak cerita fasal kerja dgn.orang politik ini. Banyak perkara akan timbul. Lebih kita tinggalkan. Dua tahun juga saya kerja dengan orang politik sebelum berhenti dan berehat.

    Betul betul rehat dan makan pencen. Masa lapang banyak. Pagi pagi pergi bandar lepak sama orang orang pencen dekat Perhentian Bas / taksi bandar baru Lipis. Minum teh, beli surat khabar dan balik. Dirumah kalau tak keluar membaca akhbar, buku buku , rencana rencana pendek dll. Sebenarnya tak berapa kuat lagi membaca, dah malas. Dulu masa muda muda di Kuantan saya orang kuat Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) . Saya pernah menulis, adalah karya saya sebuah dua cerpen yang keluar di surat kabar. Sebuah nobel berjodol Titik Bukan Noktah tidak kesampaian. Sebenarnya saya ini orang malas. Malas nak bersusah payah. Akhirnya saya jadi peminat sastera saja. Dimana saja ada program dibuat oleh DPMP adalah saya. Sampai sekarang pun. Justeru banyaklah kawan kawan penulis yang saya kenal seperti Abah Syed Ahmad, Tengku Alauddin, Dato'Zainuddin Jumaat, Hj.Rahman Yusof, Baharuddin Sidi, Ibrahim Omar, Kamaruddin Mat Lela, Yaakob Yunus,Yaakob Yahya Saimy Hashim, Saedon Ibrahim dan banyak lagi termasuklah yang telah kembali ke Rahmat Allah seperti Arman Sani, Jaafar Hussein, Pak Sako, Bung Karim dll. Kalaulah saya aktif berkarya saya juga tak kalah dengan Hj.Rahman Yusof tuanpunya Percetakan Letra. Justeru janganlah jadi orang malas macam saya. Pokoknya kalau hendak mencapai kejayaan kena rajin dan yakin pada diri.
    Selain dari rutin harian saya suka mencari member yang sealiran mengenai keyakina dan kepercayaan pada diri sendiri. Semacam mengutip semula keyakinan yang tertinggal dahulu. Kami sering bermuzakarah, bertukar tukar pendapat selain dari belajar dan beramal.
    Bagi mengisi masa lapang lagi, kebetulan ada komputer ada dirumah, saya godek godeklah sehingga Si Pipi ajar jadi blogger. Belum cukup mahir ni. Masih terangkak rangkak lagi. Bila nak pandai betul, tak taulah. Jadi macammana nak ajar orang lain?
    Si Pipi itu sebenarnya budak cerdik. Dalam kakak beradiknya yang sembilan orang lagi tu, dialah yg outstanding. Tetapi tak tau kenapa dia tak boleh lepas ke Menara Gading. Agaknya tentu diapun malas macam abahnya juga. Sekarang dia buat kerja macam orang gila, tak tau yang mana satu yang akan jadi masterpeace-nya. Jadi macam mana nak kahwin. Selain dari ada dua abangnya yg belum kahwin, saya rasa dia tak betah jadi pilihan gadis gadis apatahlagi dari kalngan ustazah.
    Nasihat saya pada orang muda, carilah ilmu, apa saja ilmu, baik ilmu diniawi mahu pun akhirat. Pokok pangkalnya kena rajin dan yakin pada diri sendiri. Jangan jadi macam saya, dah tua baru nak buka mata, baru nak celik komputer, celik agama. Rugi kta. Bila dah masuk kubur, orang baca talkin, mati tu wajb, jadi pencenpun wajip,Satu ketika nanti tak makanpun wajib, tak tidurpun wajib kalau kita nak pandai, nak dapat ilmu.

    ReplyDelete