Followers

Thursday, February 5, 2009

Sepanjang Hayat 2

Bertukar ke Kuantan setelah 10 tahun di JKR Lipis. Lapor diri di Pejabat Tanah Kuantan pada 1.1.1975. Pertukaran itu adalah satu " mess transfer" dimana lebih 50% kakitangan di Pejabat Tanah Kuantan bertukar. Saya dicekuk untuk mengisi kekosongan tersebut. Sebelum pindah ke Ktn. saya aktif dalam aktiviti sosial yang dikenali dengan persatuan pemuda pemudi ( dikampung ).
Di Bentong (JKR Bentong) ( 1959 - 60 ) Ahli Sri Persekutuan Melayu Bentong. Kemudian AJK, lalu memimpin ( bukan pemusik ) Penceragam yang dianggotai Hashim Dirun (aruah) Arshad(aruah) Din Rongak pemain drum, Hashim Mohamad(?), Rashid Imam Chun pemain clerinet ( sekarang di Tmn.Muhibbah Kuantan), Baharuddin Musa dan banyak lagi.Masa itu bujang tinggal di bilik belakang Kelab Sri Persekutuan Melayu Bentong . Bayangkan kenakalan masa bujang. phuuuh!!!
Di Lipis ( 1965 - 74 ) kami menubuhkan Majlis Angkatan Senibudaya ringkasnya MAS. Diketuai oleh En.Jaafar Awang ( ADO dan terakhirnya Setiausaha Kerajaan Pahang lalu bersara dan meninggal dunia tak lama selepas itu) Setiausahanya En. Alias bin ?. Pegawai Hutan Daerah Lipis - DFO ) dan beberapa orang lagi kakitangan Kerajaan yg kebanyakannya saya sudah lupa. Mas cukup aktif diantara aktiviti terbesarnya ialah menganjurkan pertandingan drama pentas seluruh Pahang. MAS akhirnya mendapat tekanan daripada ahli politik setempat. Kononnya MAS berbau sosialis semata mata kerana Pengerusi dan beberapa orang AJKnya berjanggut. Impak daripada itu MAS berpindah tangan lalu dipimpin oleh Wakil Rakyat - ( YB Khairuddin Kawi sekarang Dato') YB Wan Abdul Rahman ( sekarang Orang Kaya Maharaja Perba Jelai ). Apabila berketuakan orang politik, MAS tidak berjalan lancar, almaklum orang politik banyak kerja, rutin hariannya sukar di programkan. Mesyuarat sering tertangguh. Akhirnya MAS menemui ajalnya. Oleh kerana sangat sayangkan Majlis Angkatan Senibudaya itu, sempenanya saya ambil sebagai nama anak kedua saya - Masmawati - sekarang cikgu di Dungun.

8 comments:

  1. wow. ending yang nostalgia berkekalan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum pakcik.

    Saya suka mendengar kisah-kisah orang lama.
    Rasa nostalgia dan kagum.. terbayang kehidupan nenek datuk saya yang tak pernah sempat saya dengar.. kerana mereka sudah lama tidak ada.

    Apa kata cerita kisah-kisah zaman kecil.. main permainan apa, makanan apa yang menjadi kegemaran, dan lain-lain 'trend' pada waktu muda pakcik. Tentu lain daripada orang zaman sekarang.

    Sekadar idea :)

    ReplyDelete
  3. Pakcik, tidak ada istilah terlambat untuk kita mengetuk keyboard komputer dan melayari internet ni. Pakcik di kira mempunyai kemahuan yang sangat tinggi sehingga mempunyai sebuah blog untuk berkongsi bermacam-macam cerita.

    Pakcik teruskan berceloteh di sini. Insya-Allah saya akan menjadi salah seorang pembaca setia blog pakcik.

    ReplyDelete
  4. Bagi It4Ch1:
    Terima kasih kerana mengikuti blog Pakcik. Harap Pakcik tidak akan jemu menulis.

    Bagi Sexy-underwear:
    Masa Pakcik kecil kecil dulu, main bola juga, tapi bolanya kalau tidak bola betul, kami gunakan buah limau abong, atau bola yang dibuat daripada getah (latex) kemudian dibalut dengan sekerap. Selain itu, kami main guli,main baling kotak rokok atau main tuju "rubber band" dan banyak lagi spt. main lastik, buat jebak burung.
    Jangan lupa Fatihah sama datuk & nenek. Dari sekarang anak kena tahu Datuk 4 dan Moyang 8.

    Bagi Emblem of Purity:
    Pakcik berterima kasihlah atas galakan dan sokongan anak itu,. Mudah-mudahan, Pakcik terus bercelotih dalam Sepanjang Hayat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. salam...
    nh 1st time sy comment kt blog nh...

    hbatjuga atuk(boleh rasanya saya panggil atok) ni...
    saya sebenarnya sedang mengkaji daerah kuantan,dalam mencari isi untuk projek saya,saya terbaca blog ini...
    saya tertarik dengan tempat atuk tinggal.
    abah saya berasal dari KL(kuala lipis) juga...
    atok saya tinggal di kg dusun,dekat dengan kawasan kechau 1...

    saya berminat untuk bertanya mengenai kawasan negeri pahang...
    harap atok boleh ceritakan lagi...

    emel saya..

    ajimkazama@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Salam Saudara Hashim Zabidi. Hal-hal yg diutarakan dalam blog saudara amat mengesankan. Saya amat gembira jika kita berkesempatan untuk bertemu dan berbicara mengenai beberapa hal nanti.

    Saya mencari-cari alamat emel atau hp - nampaknya tidak kelihatan. Mungkin saudara boleh nyatakan alamat emel atau no hp.

    Saya boleh dihubungi melalui emel : warisanperba@gmail.com Tq.


    ReplyDelete
  7. Saya mencari sahabat tuan.. Abdul Rashid Imam Chun.. kalau tidak keberatan boleh dapat contact numbar dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum pak cik..

      sy boleh dihubungi melalui email rmz019@yahoo.com

      Delete