Mystictism atau mystic mengikut bahasa kamus ialah: Orang mencari kebenaran diluar fahaman manusia dengan cara bersemadi. Inilah amalan Ahli ahli Sufi, Ahli ahli Suluk dan Ahli ahli Tarikat. Mereka beramal bersungguh sungguh untuk sampai ke tahap tertinggi Ilmu Maarifah. Orang yang mengambil jalan ini kenalah berguru, berguru dengan orang orang yang murshidin. Inilah jalan para wali. Sekarang kita tak jumpa lagi dengan para wali yg. sebenarnya. Kalaupun ada kita tidak kenal - "mutu sahaja yang mengenal maanikam." Tetapi yang mengaku diri mereka wali ada, lalu bertindak jadi guru. Guru guru yang membawa jalan inilah yg dikatakan sesat, ilmu salah dan sebagainya sebab ilmunya belum sampai ketahap yang sepatutnya. Merekaini tidak membawa jalan yang empat iaitu Syariaat, Hakikat, Tarikat dan Makrifat sekaligus. Ada yang memboikot masjid dan surau, tak perlu sembahyang dan berbagai lagi.
Dulu kita hanya dengar orang orang wali menurut cerita, tidak ada orang yg menulis tentangnya secara khusus. Tok Ku Paloh dari Terengganu, Tok Kenali di Kelantan, Tok Sagor di Perak, Tok Janggut, Tok Tangguk dan banyak lagi. Yang ada sekarang adalah murid muridnya, ada yg tak habis menuntut, ada yang salah bawak dan macam macam. Ada yang mengambil ilmu untuk akhirat, ada yang mengambil ilmu dunia untuk menjadi pahlawan. Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berguru kepada Tok Ku Paloh, tetapi mashurnya di Pahang. Mereka belajar ilmu kebatinan, persilatan, halimunan, kekebalan dan banyak lagi.
Sebaiknya orang sekarang patut belajar ilmu ilmu ini, bukan sahaja sebagai bekalan utk. mempertahankan diri tetapi belajar untuk ketenangan, kesabaran dan kekuatan minda. Eloklah belajar, jangan jadi orang jahil, bukan sahaja jahil akan Tuhannya tetapi juga jahil akan dirinya sendiri. Cuba kita imbas sedikit peristiwa 13 Mei, orang orang melayu di Selangor berlawan tak pakai senapang tetapi padan dengan parang sahaja. Demikian dengan rusuhan kaum cina dan melayu di Batu Malim Raub, mana ada senapang, berlambak musuh yang mati. Berapa banyak mayat dicampak ke Sg. Lipis? Orang yang tinggal disepanjang Sg. Lipis berbulan tak minum air sungai dan tak makan ikan. Itulah hakikatnya. Tetapi saya ni cerita sahaja!
Lagi satu cerita: Ayah Man Tok Wali di Kuantan. Dia orang Pekan, Pulau Rusa kalau tak silap saya. Pakaiannya Allah Hu Akbar, kain pelekat buruk, baju kot yang udah berbulan malah bertahun tak jumpa sabun, Masya Allah! Hari hari dia ada di bandar Kuantan. Dimana dia tidur, apa dia makan orang tak kesah. Ada seorang yang kesah Syed Muhammad bin Syed Alwi - SO (Settlement Officer) di Pejabat Tanah Kuantan sekarang aruah. Syed ini seorang pianist, seorang pemain piano yang handal, main partime di Hyatt Hotel waktu malam. Akhirnya dia bersara dari jawatan SO lalu berpindah ke Kuala Lumpur main piano di Royale Park Hotel. Hari hari dia bawa Ayah Man Wali ini naik kereta, berjalan kesana kemari sehingga ketempat dia main piano. Orang tak kesah, agaknya anggap sajalah Syed Muhammad ni gila, gila macam Ayah Man juga. Saya pernah bergi rumah Ayah Man ni dan waktu itu dia sudah tidak dibandar Kuantan lagi. Selalu ada di rumahnya. Dirumah itu dia duduk di selasar ( sekarang ini orang kata anjung) dicelah celah himpunan barang barang buruk yang dikutipnya. Dia ada banyak cincin dipakai disetiap jari. Sebentuk dpd. cincin itu kecil sedikit lalu menjerut jarinya hingga bengkak, hampir berkudis jadinya. Bila diajak kehospital potong cincin itu maka jawabnya, biarkan. Dia meninggal di hospital Pekan, Tn. Haji Shaari bin Ali CC Pejabat Tanah Pekan menelepon saya mengkhabarkan bahawa Ayah Man Tok Wali dah meninggal. Innalillah....
***************
Saya kenal Ahmad Boestamam semasa saya berumur belasan tahun. Masa itu saya tinggal dengan Wahab Majid, adik kepada Abdullah Majid bekas Wakil Rakyat Parlimen Kawasan Raub selepas Datuk Hamzah Abu Samah (Menteri). Bukan sahaja Ahmad Boestamam, bahkan Pak Sako, Hasnul Hadi malah Lee Kuan Yew pernah sampai ke rumah Wahab Majid ( rumah sewa ) di Jalan Hamzah Kampung Baharu Kuala Lumpur. Apa yang mereka bual dan bincang saya mana tahu, saya masih lagi bersekolah masa itu.
Wahab Majid orang Partai Rakyat, orang sosialis, Tanduk Lembu. Dan saya ambil peluang membaca banyak buku di rumah Wahab Majid. Jadi tak hairanlah saya terikut memihak kepada fahaman sosialis. Tambah pula zaman saya kecil di Kg.Budu Kuala Lipis, saya pernah mendengar Ahli KMM ( Kesatuan Melayu Muda) menyanyikan lagu Darah Rakyat beramai ramai dan berkawad ala tentera, bersemangat dan menyeramkan.
Saya turut sama menyanyi tetapi saya sudah lupa liriknya. Ha ha!
Cerita mengenai Boestamam saya kurang fasih. Kalau kita baca "Tujuh Tahun Malam Memanjang" mungkin boleh dapat sedikit kesah perjuangannya. Pak Sako bagi saya adalah caca murba, orang politikkah, Sasterawankah, Senimankah, susah saya nak imbas. Tetapi yang jelas beliau adalah seorang Sasterawan - Sasterawan Negara. Bacalah ISHAK HAJI MUHAMMAD Penulis dan Ahli Politik sehingga 1948 karya Abdul Latif Abu Bakar, Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan, terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 1996. Pak Sako sudah menjadi lagenda umum, semua orang tahu, orang kampung pun sudah tahu. Sebuah tugu patut dibena di Buntut Pulau.
pakcik, boleh elobrate more pasal rusuhan kaum cina kat raub tuh? kire banyak la darah kat sungai lipis dlu ek...
ReplyDeletebanyak juga orang pahang yang hebat-hebat rupanya
ReplyDeleteTuan, Sesuatu yang baru saya ketemui di laman sesawang:
ReplyDeletehttp://ikhwan-daily.com
http://ikhwantoday.com
http://ikhwan-insight.com
sak~ said...
ReplyDeletebanyak juga orang pahang yang hebat-hebat rupanya <--baru nak tahu?Aku dari kecik dah tahu
tentang Pak Sako tu,
Nama jalan sempena nama dia pun dah banyak dah kat Temerloh ni. Kalau buat tugu, jangan kat Kg Buntut Pulau, buat tengah bandar lagi kool.
Satu aje tak puas hati,
Kat library Temerloh cuma ada 2-3 keping je buku tulisan dia. Lagi banyak buku Harry Potter dan Alaf 21 dari buku Pak Sako sendiri.
Apa cerita?
Chaklam,
ReplyDeleteChaklam cuba mengembara mula dari Merapoh daerah Lipis sampai ke K.Lipis. Lepas itu ambil pula dari Hulu Sungai, Raub hilir ke Kuala Lipis. Lepas itu hilir terus sampai ke K.Tembeling. Temerloh, Maran dan terus ke Pekan, Chaklam akan jumpa bermacam slang (loghat bunyi). Lagunya macam air hilir. Kalau dihulu airnya laju dan ia semakin mendatar dan tenang sampai ke kuala. Cantikkan!
ingin jgk nk carik guru,
ReplyDeletetp itu lah..
keadaan..
Insya Allah akan diusahakan...
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan tuan.
penceritaan yg menarik
ReplyDelete;)
Pakcik kenal dengan ayah man? Sempat berguru?
ReplyDelete