Followers

Saturday, February 14, 2009

Sepanjang hayat 11

Pahang negeri saya, Kuala Lipis tempat lahir saya dan bandar Lipis tempat duduk saya, nafas saya masih mampu masuk dan keluar disini sementara menunggu hayat padam. Negeri Pahang yg unik ini banyak peliknya. Sungai Pahang yg ada kuala tetapi tiada hulunya. Dimana hulunya?. Tiada siapa yg tahu. Tidak ada orang yg hendak ambil tahu. Kalau ia berhulu ke Hulu Tembeling kenapa ada kualanya. Kalau hulunya Sg.Jelai, mengapa pula disebut orang Hulu Jelai tidak Hulu Pahang. Demikian dengan Kuala Lipis yang tiada hulunya. Ada kuala tiada hulu. Sekadar disebut orang Hulu Sungai.

Dimana orang sejarah, sejauh mana dan sesaujana manakah usaha mereka mencari hulu sungai Pahang? Sekurang kurangnya tunjukanlah pelan tindakan mereka, ha ha ha tapi saya.....

Apakah ini satu rahsia umum? Memang ada orang bercakap mengenainya. Pembesar pembesar sering berucap mengibaratkan topik ini sebagai wadah intelectual tapi tiada cendikiawan yang menerima cabaran. Wakil wakil rakyat juga menjadikannya ucapan yang lunak dan bisa tetapi sekadar halwa menyedapkan telinga yang mendengar. Cukup, biarkanlah ia menjadi misteri sepanjang hayat.

Pernahkah anda ke Kuala Lipis, buang masa sedikit berkereta ke Jalan Bukit Bius? Disitu banyak bangunan bangunan lama peninggalan kolonial Inggeris, tempat tinggal mat salleh mat salleh selaku ketua ketua Jabatan pada zamannya. Rumah rumah banglo itu masih utuh tetapi terbiar. Kerajaan Negeri Pahang bagaikan tak mampu menyelenggara bangunan bangunan lama itu yg sepatutnya boleh ketengahkan untuk dijadikan Tapak Warisan Kebangsaan. Sekarang banglo banglo itu sudah menjadi "haunted house" . Sang rempit dan pemadat pemadat pun tak sanggup kesitu.

Bukan itu saja. Residency rumah kediaman bekas Resident British di Pahang Hugh Clifford masih tersergam indah. Untunglah Pihak Berkuasa Tempatan memindanya menjadi Rumah Rehat. Bangunan ini terjaga dengan beberapa tambahan tetapi keasliannya masih ada. Kalau tak percaya datanglah tengok sendiri. Tetapi jaga, ada penunggu misterinya, salah beri salam, salah langkah, salah masuk bilik, lemah semangat kalu, semput. Orang ghaib yang menjaganya bernama "datuk pengelima Sakti" kurus dan tinggi lampai bentuk tubuhnya, kawan saya... ha ha ha...

11 comments:

  1. Pakcik,
    dulu masa sekolah rendah tiap - tiap tahun balik Kg Sega , Raub dalam tahun 80an dan 90an. Dari Wakaf Bharu naik keretapi kelas 3 , (keretapi yang tingkapnya... selalu kepit tangan budak - budak tu...)turun di stesen Kuala Lipis. Lepas tu jalan kaki ke stesen bas untuk ke kg arwah datuk... dalam perjalanan itu rasanya , ada masuk pekan(bandar Raub)... lalu juga selekoh yang dikatakan tempat komunis suka serang hendap...

    kakak dan adik memang selalu muntah kalau naik bas tu... kadang - kadang dapat tempat duduk, kadang - kadang kena berdiri... bila berdiri.. alahai kena hidu bau pakcik - pakcik india la pula...
    konduktor bas , masa tu...ramai yang pompuan..
    tapi yang pastinya bukan citarasa PiPi hahahaa :)

    dulu Raub dalam subjek geografi dikatakan banyak emas... apa pendapat pakcik tentang hal ini ?
    adakah Kuala Lipis juga terkena tempiasnya...

    yang pasti , sungai pahang dalam kampung arwah datuk ada buaya... sebab arwah datuk selalu perangkap udang di sana...
    orang kata dimana ada udang , disitu ada buaya..

    ReplyDelete
  2. Terrarosa:
    Anak salah tu, Kalau turun k'api dari mana manapun sama ada Utara atau selatan, di setesen k'api K. Lipis, hendak ke Kg.Sega, terus saja dengan kereta berhenti di Sega . Tidak melalui bandar Raub. Kalau nak ke Raub sambung perjalan dari Kg.Sega menghala ke KL. Ingat tu, nanti sesat.

    Tentang kedapatan emas di Raub dan Lipis, nanti pakcik cerita. Ikuti Sepanjang hayat.

    Kalau kg.datuk anak di Kg.Sega, sungai itu bukan Sg.Pahang, tetapi Sg. Lipis yang tak berhulu tetapi ada kuala. Siapa nama datuk anak? Pakcik pun sebenarnya berasal dari sana.

    ReplyDelete
  3. salam kembali pakcik..
    naik kereta ? hmmm ? macamana saya tak ingat adegan naik kereta... ? dah hampir 10 tahun saya tak balik kg..selepas kematian datuk dan nenek..
    yang tinggal kat Sega hanya mak sedara dan pak sedara jer... rumah datuk pun dah roboh.. tak boleh diduduki... malah turut diduduki pula dek makluk lain.. bapa sedara selalu datang KB menceritakan perubahan disana..

    ooo... bukan raub ker ?
    hahaha... habis tu pekan apa ya ?
    Pernah juga ke Raub sekali .. tapi masa tu macam tiada apa - apa... tiada apa - apa untuk kanak - kanak seperti saya kot :)

    Pakcik nak jejak kasih ? boleh...
    nama arwah datuk YAA'COB B GENDUT , nama arwah nenek Saibah bt. Abdul Rani ,seingat saya rumah arwah datuk belakang sekolah tapi lupa namanya, Kg Tat Sega lain ke gan Kg Sega ?

    ReplyDelete
  4. la tu pekan benta lah geng...
    dari lipis jumpa benta
    baru jumpa sega...
    aku budak benta hu hu...dulu sekolah menengah sana...
    la ni duk bentong

    ReplyDelete
  5. terrarosa:
    Kalau begitu ceritanya mudahlah bicaranya. Beri pakcik clue sedikit lagi. Beritahu siapa ayah terrarosa, siapa nama pak sdr.yg selalu dtg.ke Kltn.itu.

    Utk.pengetahuan, Sega ialah sebuah Mukim di daerah Raub. Dalam Mukim Sega banyaklah kampung kampung seperti Kg.Tat, Teridi, Jeruas, Sega Lama, Chenua, Hulu Renggol, K.Atok, Hulu Atok, Tersan, Besu dan banyak lagi. Pekan sehari dan SK Sega letaknya di Kg.Tat. Dibelakang sekolah ada pdg.bola. Kesebelah kanan pdg.bola ada dua tiga buah rumah.Barangkali disitulah kampung datuk terrarosa.

    Cuba tanya ayah, kenalkah dia dengan Pakcu Gusti(Renjer Hutan - sudah bersara dan aruah) Kalau tak silap Gusti dengan Yaakob itu adik beradik. Pakcik sendiri sebenarnya tak berapa fasih fasal "family tree" dikg.kerana pakcik dari muda sampai sekarang tak duduk di kampung.Walau macam manapun beri sedikit clue lagi, kita boleh selesaikan jejak kasih ini,ok!

    ReplyDelete
  6. dwen_psf,
    hahaha betul pekan Benta !! baru tanya mak saya tadi... ramai betul orang Benta masa tu...bila dorang turun bas, baru la kami sekeluarga boleh dapat tempat duduk dalam bas...dan tiba-tiba juga bas berbau wanngi hehehe....

    Pakcik Hashim,
    selepas tanya mak, baru saya pasti...kami tidak menaiki kereta/teksi ke stesen bas... cuma jalan kaki jer ... mungkin pada masa tu , kami tak mampu untuk menaiki teksi terus ke rumah datuk .

    sebenarnya ayah saya dah meninggal tahun 1999 , arwah ayah orang Kelantan, mak yang asal kat Kg TaT ... saya di lahirkan di hospital Daerah Raub..

    cerita tentang Pekan Sehari... dekat situ lah buat pertama kalinya saya makan karipap goreng berlada.. yg intinya ada sayur... ala karipap yang Siti Nurhaliza suka makan tu :P

    saya masih ingat...dulu masa sekolah rendah, saya pernah tanya arwah datuk tentang "family tree" , arwah pernah sebut tentang Pakcu Gusti... memang Pakcu Gusti dan arwah datuk adik - beradik...
    bila pakcik cerita tentang padang bola sepak dan 2 - 3 rumah tu... tiba2 saya rasa sebak ...
    memang itu laluan saya ke rumah arwah datuk..
    rumah datuk , yg hujung sekali...
    belakang rumah hanya ada pokok buah - buahan/pokok getah/babi hutan/anjing
    depan rumah ada tali air/anak sungai/sawah padi/ikan sembilang

    Pak saudara yang selalu datang ke KB.. nama sebenarnya BAHARI dan nama gelaran di kampung...UNCLE JOHN ,dia suka merantau, umur dalam 70-an , rambut masih lagi panjang melepasi paras bahu dan belum kahwin sehingga kini...
    mujur dia yg ada untuk jaga arwah datuk dan nenek dulu...

    jadi... ada tak kemungkinan saya dan PiPi berada dalam "Pokok Keluarga" (family tree) yang sama ?

    ReplyDelete
  7. terrarosa:
    Dah selesailah pencarian kita. Jadi kita ni memang dalam satu family tree. Kita bersaudara. Hang dengan PP pun bersaudara.Kena panggil saya ni Pakngah dan dengan Uncle John itu pangkat adik beradik dengan saya. Pakngah selalu usik Uncle John itu, bila lagi nak kahwin dan macam macam. Dia buat dek aje. Yang jadi kawan pak ngah ialah uncle awak nama Ishak dah meninggal lama. Emak awak saya tak ingat, tak ingat langsung. Datuk awak saya panggil Pakwe Akob.

    ReplyDelete
  8. Salam Kembali Pakngah...
    tak sia - sia saya "follow" HilangPunca selama ini... saya pernah bagi tau PiPi tentang asal usul saya, tapi anak muda macam PiPi mungkin tidak arif dengan "family tree"
    dan mungkin juga ,dia tidak pernah tengok tupai terbang mahupun ikan todak dalam sungai.

    Uncle John tu saya panggil Pak Teh, arwah datuk panggil Aki dan arwah nenek saya panggil Wan...

    mungkin PakNgah boleh cerita sedikit tentang panggilan - panggilan ini , yang biasa digunakan oleh orang Pahang dalam "family tree"

    Bila ditanya Uncle John, kenapa tidak potong rambut... dia kata malas, sebab kalau dia mula potong rambut, ramai yang menyakat dia... potong rambut sebab nak kawin, jadi sampai sekarang dia jaga rambut dia, cuci kat salon lagi... kali terakhir dia datang KB hujung tahun lepas,
    anak - anak sedara yang tak kenal dia, terus lari ketakutan hahahaha...

    tentang arwah pakcik Ishak dan mak saya ,nanti saya ceritakan dalam email.. Pakngah ada email ?
    email saya angkasabunga@yahoo.com
    kalau tak menyusahkan, boleh saya telefon Pakngah ?

    hahaha... tak sangka saya bersaudara dengan penulis blog yang popular itu... tiba - tiba saya dapat rasakan, impian saya untuk ke malam MASKARA hampir tercapai...

    terima kasih Pakngah kerana berjaya menyelesaikan jejak kasih ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam...maaf menyelit..saya ni ada kena mengena gak ngan uncle john ni..utk pengetahuan dia dahmeninggal awal tahun ari tu 2014..saya ni klu kat kg orang panggil atan anak naib,,mak orang panggil akak minah...rumah kat belakang sekolah arab ..dulu la ..sekarang dah tak de

      Delete
  9. wah akhirnya terrarossa besaudarlah dengan penulis blog ni eik...
    seronok iyer jumpa saudara yang kita tak pernah kenal...moga hubungan yang putus dijalin kembali...dan berkembang mekar... cewah.. macam best jer aku ni he he..
    actually risau ni isteri dah masuk wad bersalin nak tunggu tak bleh... kena waktu melawat kang... so layan blog ler

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Mula baca kisah tuan Haji, kawan dok lama (1972 - 1979)di Bukit Residen ini - rumah no 208, paling hujung sekali. masa tu, rumah pertama cikgu Patrick.

    Masa tu rumah resident dijadikan rumah setinggan kakitangan JKR Lepih, dia orang buat bilik sendiri.

    Di belakang rumah kawan, dalam hutan tu, banyak pokok bangkung, salak hutan dan keranji.

    Tak tahulah macam mana rupanya Bukit Residen sekarang.

    Wassalam.

    ReplyDelete