Keistimewaan Kuala Lipis selepas rumah rakit ialah ikan sungainya. Ikan sungai maksud saya ialah ikan patin, jelawat, kelah, tengalan dan baung yang boleh didapati dari Sg.Jelai, Sg. Lipis, Sg.Kechau dan Sg.Tembeling. Rasanya lebih enak berbanding dengan yg didapati disebelah hilir Jerantut membawa ke Temerloh dan seterusnya ke kuala. Ikan ikan ini telah diketegorikan sebagai ikan kelas pertama dan harganya mak tuan, masyaAllah mahalnya. Dan ikan ikan ini tidak dijumpai dipasaran terbuka.
Tetapi mengapa pula Temerloh disebut sebut sebagai "bandar Patin?" barangkali kerana kuantitinya. Ikan patin senang dipelihara berbanding dengan jelawat, kelah dan tengalan. Patin boleh diternak dalam kolam dan dalam sangkar. Sebab itu banyaklah orang menternak patin sangkar disepanjang Sungai Pahang dan tidak kurang pula diternak dikolam. Rasa patin sangkar dan kolam jauh panggang dari api berbanding patin sungai. Sedapnya rasa ikan sungai di sebelah Lipis ini oi mak datuk!!. Apa lagi kalau dimasak dengan tempoyak. Pendek kata pak dan mak mentua lalu belakang tentu tak nampak punya! Patin kolan dan sangkar boleh dibeli dengan harga RM 15. sekilo dipasar terbuka. Berapa harga ikan patin sungai sekilo? kalau tak ada seratus RM dalam dompet, jangan cuba cuba dekat. Patin sungai ada dua jenis, patin muncung dan patin buah. Kalau tak silap patin muncung lebih mahal dari buah.
Ikan kelah yang outstanding ialah kerana habitat nya terdapat di hulu hulu sungai, dimana airnya bersih, laju, berbatu dan berjeram. Ikan ini cukup liar, pantas dan gagah. Calang calang jaring atau jala rabak ditalanya. Orang Asli menangkap ikan kelah dan lain lain menggunakan "meriang". Meriang dibuat daripada buluh. Buluh buluh yang ditebang itu disirat atau diikat seperti membuat rakit kemudian diletakkan dibawah air terjun yang tingginya sekaki atau lebih. Bila disuruh beberapa orang mengharukan ikan dari sebelah hulunya, maka ikan yang lari kehilir itu terjun ke atas rakit bernama meriang itu lalu mudah sahaja ditangkap. Bijak juga mereka ya, hendak hidup katakan...
Orang Lipis yg kerjanya cari ikan, cukup kalau dapat 5 ke 6 kilo sebulan, tak perlu kerja lain lagi. Apa tidaknya, kalau patin harganya Rm 100. sekg, kelah dan jelawat RM 120. sekg. dan tengalan murah sedikit. Murah murahpun jika tak ada lima ke enam puluh RM, jangan tanya. Mereka boleh dapat empat lima ratus RM sebulan hasil ikan sahaja.Begitulah gahnya ikan sungai di Lipis.
Sekarang ikan sungai di Lipis sudah hilang sedapnya. Ada yang kata isinya pahit dan ada pula yg lain kata tulangnya bisa. Yang jelas bukan itu, zaman dah berubah. Pembangunan semakin pesat. Jabatan Alam sekitar tak sekuat tauke tauke balak, tak terlawan peneroka ladang dan lain lain kontrak pembangunan. Air sungai jadi keruh, ikan semakin pupus dan menangkapnya semakin sukar pula. Jadi sekarang orang Lipis tidak makan ikan sungai lagi. Masa sahaja yang dapat menentukan...
Dahulu sebelum ada rumah rakit ikan patin dan lain lain ikan sangat sedap. Cuba teka mengapa agaknya. Pertama air sungai yg mengalir dari hulu itu sangat jernih. Ikan ikan yang berkeliaran diair itu boleh nampak jelas dari daratan. Kedua orang orang yg tinggal disepanjang sungai belum fasih menggunakan tandas mangkuk, tandas curah melainkan melepas di sungai belaka. Yang ketiga harganya murah. Bila orang Jepun datang ke Lipis, harga ikan sungai memuncak naik macam peluru. Mereka upgrade ikan Sg Lipis, Sg Jelai, Sg.Kechau dan Sg. Tembeling terutama patin sebagai paling sedap didunia. Bagus juga, orang kampung dapat cari makan tapi yang untung orang tengah juga.
Berikutan dengan kenaikan harga ikan sungai, ikan ikan lain yang dahulunya tiada kelas, orang kampung pun tak makan seperti kenerap, belida, lawang, lampam, kerai dan lain lain, sekarang turut bersaing dipasaran menjadikan orang melayu kurang memakannya melainkan orang yg ada pitih sahaja. Apakah projek alternatif Jabatan Perikanan, Alam Sekitar, Parit & Saliran boleh mengembalikan keadaan dan suasana kemewahan dan keceriaan supaya orang miskin dapat semula makan segar terus dari sungai seperti dahulu. Tiada siapa yang tahu

pakcik tahu asal-usul kampung tempoyang? bleh cite tak?
ReplyDeleteSalam Pakcik.
ReplyDeleteItula dia, walaupun saya bukan orang Pahang tapi ikan masak tempoyak memang saya into.
Di Klang Gate ini ada restoran baharu, namanya Restoran Ikan Sungai. Belum pernah pergi lagi sebab bak kata Pak Hashim, tak ada pitih jangan cuba nak pergi haha.
Kalau di bazar Ramadan, di Melawati ada jual yang pada saya sedap lah juga.
salam pakcik,
ReplyDeletesy pernah merasa ikan fresh dr sungai pahang.ini kerana sy berkahwin dengan org Lipis.Mentua sy penggemar ikan sungai phang ni.dia juga sanggup membeli ikan yg harganya beratus RM.bg sy Lipis adalah bandar yg unik.Mendamaikan...
Pakngah...
ReplyDeletehahahaha.... saya pernah merasa zaman tandas "direct" ke anak sungai tu... kalau nak membuang memang tensen !! apatah lagi, kalau sakit perut dimalam hari.. dengan spesies Pacat yang sentiasa menunggu .. adus.
mesti kena pergi berdua , sorang buat projek, sorang jadi pengawal... tapi masa tu, yg tinggal belakang sekolah kami sekeluarga ja...hasil buangan kami tu plak, menjadi kegemaran ikan yg mirip ikan keli hehehe...
Pakngah pernah tangkap udang menggunakan sistem tempurung ?
mak saya pernah bercerita ,ada juga ikan yg besar mampu membaham anak2 monyet ? ikan apa tu yer ? ikan baung kot?
dalam 8 orang adik - beradik, hanya saya dan abang sulung jer yg gemarkan ikan keli dan patin masak tempoyak,ini memberi kelebihan kepada kami berdua untuk merantah ikan hasil air tangan mak.
darah petani, sebenarnya masih mengalir dalam tubuh saya... saya pernah masuk kursus ternakan lintah , ternakan cacing... dan tengah cari masa terluang untuk masuk kursus tanaman cendawan !
Pakngah lepas pencen ni, tak berminat ke nak bercucuk tanam ?
p/s saya dah buka balik blog saya, kalau pakngah nak kenal saya , sudi - sudilah menjenguk ke blog saya pula...
Siew:
ReplyDeleteBiar saya betulkan: Kalau yg siew makan di Lipis tu bukan dari Sg.Pahang. Dari Sg.Jelailah tu. Masak steam, phuuuh! sedaaaap.
Kalau balik temerloh mesti singgah tepi jalan beli patin atau tengalan.
ReplyDeleteTapi yang hairannya, mak andak saya anak jati temerloh tak makan ikan sungai. Rugilah mak andak.