Raub dan Lipis adalah sinonim dengan emas. Raub the golden town. Orang putih sudah melombong emas di Raub sejak sebelum perang dunia kedua lagi. Bukit Koman pusat operasinya lebih kurang 5 km dari bandar Raub. Sebuah syarikat Australia yang bernama The Raub Australian Gold Mind yang mengankut kekayaan dari bumi Raub sampai kering kontang. Kesan dari operasi tersebut masih dijumpai kalau kita ke Bkt.Koman. Sistem kerjanya ialah sama dengan Lombong Bijih Timah di Sungai Lembing, Kuantan iaitu dengan membuat terowong dibawah tanah sejauh beratus ratus kaki dibawah permukaan tanah. Kata orang terowong terowong itu telah sampai kebawah bandar Raub.
Suatu ketika jentera pengepam air dpd.sebuah lombong tersebut telah rosak. Air telah memenuhi lombong tersebut dan ramai pekerja pekerja terperangkap dan mati didalamnya.Pihak berkuasa lombong tersebut mengambil masa berbulan bulan untuk mendatangkan jentera yg baru dari England. Apabila air dipam, terdapatlah mayat mayat yang masih tersangkut pada tangga naik. Kejadian ini berlaku semasa saya masih bersekolah lagi di Mahmud School Raub, kira kira dalam tahun 1950 kalau saya tidak silap.
Di Empang Jaleh, Kuala Lipis sebuah Firma Perlombongan sedang beroperasi disana. Lombong tersebut sudah beroperasi lebih sepuluh tahun dan menurut anak saya seorang dpd pekerja disitu menngatakan 10 tahun lagi mungkin tak habis. Sebuah lagi Firma perlombongan emas sedang berjalan di Kuala Medang. Demikianlah banyaknya emas didua daerah ini. Melombong secara dredging atau open cast tidak ekonomik, sebab itu kita kurang dengar pelombong pelombong tempatan yang menjadi taukeh taukeh lombong emas.
Justeru, kekayaan Negara kita terus dikaut orang asing. Namun, pakar pakar yang mengendalikan operasi itu kebanyakan orang tempatan. Maknanya rakyat negara kita mampu tetapi mungkin belum boleh diharap.
Empang Jaleh itu sudah dibena lebih seratus tahun dahulu oleh orang putih yg menjalan kerja kerja melombong emas. Sekarang mereka datang sekali lagi. Mengapa tidak ada orang tempatan yg boleh. Boleh jadi konsesi tersebut tidak ada tarikh mati.
Bukan tidak ada orang melayu mencari emas, ada. Cara mereka selain dari mendulang secara persendirian dan sembunyi sembunyi, ialah dengan menggunakan bomoh. Menarik emas, kata mereka. Ini kerja misteri. Seorang kawan saya kepingin sangat hendak tahu sama ada betulkah dalam empang itu ada emas, bertanya kepada seorang bomoh. Lalu diberi mentera untuk dibaca ditepi tebing empang itu pada waktu senja. Apalagi tiba tiba timbul seorang yg. besar tubuhnya berpakaian putih dari tasik itu menatang dikedua belah tangannya jongkong emas sebesar batu bata. Phuuuuh! terkejut besar dia lalu lari lentang pukang. Bila ditanya bomoh itu mengapa lari, mengapa tak minta, orang dah beri mengapa tak ambil. Kawan saya tu tak bercakap lagi, pucat toreh tak berdarah. Taubat!!!

Salam Pakcik.
ReplyDeleteSaya nak tanya mengenai pengaruh Kelantan di Pahang. Terutamanya ialah kenapa ada Kg. Budu di sana dan di Merapoh, jika diperhatikan ibarat Besut. Penuh dengan orang Kelantan. Sejarah Besut menjadi Terengganu adalah sebab kalah judi tetapi Merapoh ini apa pula ceritanya?.
Lagi satu ialah bahasanya seperti aok [awok], deme [demo] dan jika diperhatikan seperti di Kg Damak, ada kg orang Pahang dan orang Kelantan.
Wow Pak Hashim..segala sejarah tentang Kuala Lipis habis Pak Hashim terokai..memang susah nak cari orang lama macam Pak Hashim menghayati cerita-cerita sebegini.Tapi bila Pak Hashim sebut pasal Empang Jaleh nama tersebut begitu senoning dengan Kg. Suak..Tahukah Pak Hashim tentang " SUAK " pada zaman darurat Suak Ujud di hutan belukar di daerah Lipis..saya pecaya Pak Hashim tentu arif dengan nama Ulu Teris satu lagi nama kampung yang tidak pernah di sebut okeh sesiapa....
ReplyDeletePakngah..
ReplyDeletedulu masa sekolah rendah , disebabkan kemiskinan saya selalu bermimpi terjumpa emas, tapi selepas melihat tanah2 terbiar dikampung... istilah emas saya bukan sekadar merujuk kepada logam yang berkilat itu sahaja...
kita juga boleh beli emas dengan hasil bumi yang lain... apakah yang menyebabkan sawah padi/pokok getah tidak diuruskan oleh penduduk tempatan.
Lewat tahun lepas, Pak Teh( Uncle John) ada menceritakan projek ternakan lintah yang bakal dijalankan di Kg Tat... tapi tak tau la apa citernya sekarang...
saya juga berminat untuk mengetahhui bahasa yang digunakan sekitar Lipis/raub... dulu kalau bercakap dengan Wan(nenek), dia kena ulang cakap banyak kali, baru saya faham...
hanya Aki(datuk) sahaja yang bercakap bahasa melayu standard... Uncle John pun kalau dia bercakap laju, ada juga frasa - frasa ayat , yang saya tak faham, tapi saya balas sahaja dengan anggukan sebagai tanda faham sekadar menjaga hati heheh
enamdegrees:
ReplyDeleteMohdsuak:
terrarosa:
komen saudara agak panjang dan kenalah pakcik ulas panjang juga. Pakcik akan cuba elaborate dalam satu episode Sepanjang hayat esok atau lusa, ok!
emmm betul kata demeh semua, kaweh pun muskil macamana ada orang kelantan kat kg damak jerantut, sg atong dan juga mela dan kerambit..
ReplyDeletekalu merapoh kat blah atas lepeh tu keh tak heran sangat sebabnya sempadan ngan lepeh...
tp satu ada juge kg yang kurang pengaruh kelantan , kat kawasan kg melaka, sg mun, sentang, pagar sasak, kg bukit , kg petola, dan kg dada kering, kome penuh tanya wan kome pesal takde orang kelantan kat sinih...sedangkan taK JAUH DARI CHEGAR PERAH dan merapoh...
wan kome kata zaman dulu, org kampung sini, memang tak kasi orang kelantan bertapak , tu ler kisahnya...tapi orang kedah ada kat kg dada kering... adalah 4-5 keluarga...tulah kisahnya... kg kome kg bukit
Seronok baca. Saya yang berasal dari lipis tak pernah tahu cerita-cerita tersebut. Mak dan ayah pun tak pernah cerita. Masa wan dan tok masih hidup pun saya tak pernah tanya. Bagus jugak bila dapat tahu cerita2 disebalik nama tempat tersebut. Masa tingkatan 3 (kerja khusus) diminta untuk mencari sejarah sesebuah kawasan. Adalah megkaji sedikit sejarah kg. Relong. Tapi kg. saya kg. berchang. Saya pun tak pernah tahu macammana bleh dapat nama berchang.
ReplyDelete