Followers

Friday, February 20, 2009

Sepanjang hayat 17

PANGKAT, ATAU GELARAN ATAU PANGGILAN DALAM SESEBUAH KELUARGA.

Pangkat atau gelaran atau panggilan dlm sesebuah keluarga bagi orang Lipis dan Raub yang saya tahu dan yg saya dapat kesan masih dipakai dan digunakan dari dahulu sampai sekarang.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa orang melayu sangat kaya dengan adat resam dan setengah daripadanya sudah menjadi Petua dan tidak boleh dilanggar, "biar mati anak asal jangan mati adat". Begitulah pentingnya adat bagi orang melayu. Adat adat itu adalah seperti nikah kahwin, pertunangan, kenduri kendara, berkhatan, menempah bidan, melenggang perut dan banyak lagi. Disektor pertanian juga tidak kurang adanya, seperti hendak memulakan turun kesawah ada adat dan petua tertentu, demikian utk mula menanam benih, menuai padi dll. Namun demikian adat sebegini sudah mulai terhakis, orang sudah tidak memerlukannya lagi. Karut marut, leceh, buang masa ,tidak mengikut peredaran zaman dan zaman sekarang bukankah zaman saintifik. Tetapi bukan semua dibuang, yg penting masih dipatuhi dan dipakai lagi . Tetapi orang china masih pakai. Kalau nak ambil kira orang orang china lebih maju daripada kita, lebih terkehadapan dan mengapa mereka tak lupa dengan adat nenek moyang mereka? Kalau sesuatu kerja atau projek yg hendak dimulakan, mereka dahulukan dgn memasang colok , mendirikan tokong kecil, meletakkan buah buah dan makanan utk dijamu kepada roh nenek moyang mereka, untk dapat berkat. Bukankah itu adat!!!

Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah mengenai pangkat, gelaran dan panggilan dalam sesebuah keluarga melayu disini. Lazimnya orang melayu tidak akan menyebut nama seseorang yang hendak dipanggil itu dengan Ooi!, Eh!, dan sebagainya, setidak tidaknya dengan panggilan hai saudara!. atau dgn memberi salam atau mencuitnya dibahu. Begitulah adatnya, bahasanya, budinya dan yang muda dimudakan dan yang tua tetap dituakan.

Dalam sesebuah keluarga pula, anak yang sulung dibahasakan dengan pangkat, gelaran atau panggilan Long bagi yg sulung ( abang long atau kak long atau along sahaja).
Yang kedua dipanggil Ngah bererti yg tengah (abang ngah atau kak ngah atau angah sahaja).
Yang ketiga dipanggil Uda bererti yg muda (abang de atau kak de atau ude sahaja).
Yang ke empat dipanggil Hitam bererti yang hitam (abang tam atau kak tam atau itam sahaja).
Yang kelima dipanggil Putih bererti yg putih (abang teh atau kak teh atau utih sahaja).
Yang keenam dipanggil Panjang bererti yg panjang (abang nyang atau kak nyang atau anjang sahaja).

Yang ketujuh dipanggil Pandak bererti yg pendek (abang andak atau kak andak).
Yang kelapan dipanggil Kecik bererti yg kecil (abang cik atau kak cik atau acik sahaja).
Yang kesembilan dipanggil Busu bererti yg bongsu (abang cu/su atau kak cu/su atau busu atau ucu atau uncu).

Seterusnya ada pangilan atau gelaran lain bagi yang kesepuluh dan kesebelas iaitu Alang bereti penghalang ( alang atau kak alang) dan Ambong bererti yg sombong.

Bagi anak anak saudaranya pula membahasakan bapak saudara atau mak saudaranya seperti berikut:
Yang sulung dipanggil paklong atau paktua atau Pak awe - maklong atau mak awe.
Yang tengah dipanggil pakngah - makngah.
Yang muda dipanggil pak ude - mak ude.
Yang hitam dipanggil pakitam/paktam - makitam/maktam.
Yang putih dipanggil Pak teh - makteh.
Yang panjang dipanggil pak anjang - mak anjang.
Yang pandak dipanggil Pak andak - mak andak.
Yang kecil dipanggil pakcik - makcik.
Yang bongsu dipanggil pakcu/ paksu - makcu/maksu.
Yang menghalang dipanggil Alang , pak alang - mak alang
Yang sombong dipanggil ambong, pak ambong - mak ambong.

Alang dan Ambong ini adalah pangkat atau gelaran yg boleh diletak dimana mana selepas yg hitam dan sebelum yg bongsu. Dan jika ada lagi bapa saudara atau mak saudara yang lahir sebagai yang ke duabelas, tiga belas dan seterusnya, pangkat yang kedua yang bermula dengan pakngah dan makngah tadi boleh diulang semula dan digunakan seterusnya.

Demikianlah salahsilah kecil bagi sesebuah keluarga khususnya ditempat saya. Saya ini anak yg kedua berpangkat Abang ngah bagi adik adik, Pakngah bagi anak anak saudara dan Tokngah bagi cucu cucu. Kalau umur panjang saya akan mendapat gelaran Moyang ngah pula. Insya Allah...

8 comments:

  1. kecik adalah nama kucing saya...
    walaupun dah jadi bapak kucing, namanya masih lagi kecik hehehe.....

    ermm... dalam keluarga saya lani, abang ipar saya yang sulong , saya panggil along ,abang ipar no 2 panggil angah... abang yg sulong? panggil "abe" - sebab dia jer abang yang saya ada, nampaknya habis sudah pangkat keturunan Raub saya..
    cuma mungkin bakal suami saya nanti ,adik beradik akan panggil dia Uda :)

    ReplyDelete
  2. Terra:
    Jadi kamu anak yg ketiga, tak ada adik lagi kah? Kalau tak ada kamu boleh Uda, atau Busu atau Acik mengikut gelaran disebelah Raub ni.
    Bakal suami dah ada ke belum, kalau belum ada, cuba cubalah ke Pahang, Raub / Lipis misalnya, ok!Salam pakngah pd emak kamu. Katakan Pakngah ni kawan uncle kamu Ishak, Zaidun Idris sebelah rumah atuk kamu tu dan kawan juga dgn sepupu emak kamu tu yg bernama Dahari ( bekas polis dah meninggal di K.Krai. Sepupu pakngah, Sallehuddin pernah berkahwin dgn sepupu emak kamu bernama Shamsiah dapat dua org anak dan bercerai. Sallehuddin dan Sahmsiah itu kahwin sepupu.
    Cukup dulu, nanti sambung lagi lain kali.

    ReplyDelete
  3. salam Pakngah,
    saya anak ke 4 dari 8 adik - beradik,
    atas saya ada sorang abe dan 2 kakak,
    semua dah kawen kecuali saya (nak tunggu siapa
    entah,saya pun tak ketahuan heheheh)

    nak tunggu PiPi ? alahai peminat dia keliling pinggang ,pinggang plak, ramping yg amat hahaha..

    okay, nanti saya sampaikan salam PakNgah pada mak saya, kalau Pakngah datang ke kelantan, nanti saya bawa Pakngah jalan - jalan :)

    ReplyDelete
  4. salam pakcik, rasanya lagi sedap kalau cerita pasal riwayat hidup pakcik.

    ReplyDelete
  5. Pakcik, kalau di sebelah Temerloh susunan dia berbeza sikit je.

    Pakwe
    Pakngah
    Pokde
    Pakteh
    Paklang
    Pikanjang
    Piktang
    Pakandak
    Pakcek

    Tak lari banyak sangat.

    ReplyDelete
  6. Pak Hashim sebenarnya dok kat mane ?? Kg.Tempoyang ke kat Benta ? Pak Hashim tau semuanya ?? kenal ke Pak Hashim nama2 orang lama ( maksud sy orang tua2 ) baru-baru ni sy terbaca tentang upacara pengkebumian ayahnya Siti Norhaliza Pak Hashim hadir sekali kut ??

    ReplyDelete
  7. Salam pakcik, baru ketemu dengan blog ni. Hati rasa terpaut untuk lebih mengenali. Lebih-lebih lagi bila terbaca sasterawan yang hilang. Dulu pernah terdetik untuk menjadi salah seorang sasterawan ;-) tapi kini mungkin tinggal cita sahaja.

    Pakcik, dalam keluarga saya turutan pangkat tu ada berbeza sedikit dengan yang diberikan. Saya asal lipis. Ayah dan ibu juga berasal dari lipis. Arwah nenek dan atuk juga Lipis.

    Dalam keluarga saya, ateh dahulu kemudian itam. Dan anjang dulu kemudian andak.

    ReplyDelete
  8. Terra:
    Terima kasih. Kalau pakngah ada peluang kesana pakngah beritahu. Memang anak anak saudara seppupu pakngah ramai di Salor. Demikian kalau kamu balik ke Sega, say hello kat pakngah.

    AMMOSHAM:
    Tak berapa glamor, Sham. Tak ada yg betul betul menarik. Nanti pakcik selitkan dimana mana dlm.Sep,hayat. Ok!

    Emblem of Purity:
    Betulah tu, 'lain padang lain belalang' bezanya tak banyak, sikit sikit aje, ha ha ha.


    mohdsuak:
    Rumah pakcik di Tmn.Permai, atas bukit. Dari sudut rumah pakcik boleh nampak rumah ayah kamu
    tu. Hari pengkebumian ayah Siti tu ramainya orang,syukurlah!!. Pakcik pergi sekejap dan tak tunggu sebab hari dah maghrib. Lagipun jenazah dikebumikan selepas maghrib. Orang orang dekat Tempoyang yg paling tua yg pakcik kenal adalah spt. Aki Wel (Ismail) Pakteh Berahim (bekas Amil), Hj.Buyung, Tok 4 Abu, Jaafar (suami pd.mak.sdra. Siti), ibu pada YB Rahman, Ibrahim pasir, Wan Zainun dan suaminya Tafri tukang tongkat dah meninggal, dan tak berapa banyak dah. Kg.Tempoyang tu kecil saja. Sekali sekali kamu baliklah, bukan emak kamu di Cheneras Jaya!


    ASN Survivor:
    Pakcik ni memang peminat sastera dari dulu lagi.Dek banyak aktiviti sampingan masa menulis terbuang begitu saja. Tulis, tulis tinggal, buang. Masa di Kuantan, ada dua tiga sajak pakcik yg dimuatkan dlm. TIADA WAJAH SEINDAH SUARA, Antologi Puisi DPMP Kuantan 1984. Dua tiga buah Cerpen disiarkan di akhbar Utusan dan Bintang Timur. Lepas tu tak aktif lagi.
    Berkaitan pangkat dl, keluarga mengikut susunan, memang terdapat perbezaan, barangkali mengikut sedap. Tetapi pokoknya, apabila kita menyebut warna, kita kena sebut, hitam putih, begitu juga dgn ukuran, panjang pendek. Tak begitu?

    ReplyDelete