Followers

Thursday, February 26, 2009

Sepanjang hayat 21

MENONGKAH ARUS:

Bertolak dari pengkalan yang rapuh saya meninggalkan alam persekolahan berbekalkan sekadar boleh membaca dan menulis, menguak daun pintu untuk melihat alam maya yang penuh pancaroba bernama alam remaja.

Tinggallah sudah seluar pendek warna biru dan kemaja putih serta kasut kanbas puteh, berganti dengan seluar panjang dan kemeja kotak, bergaya dengan kawan kawan yg sebaya dan yang telah sama sama meninggalkan alam persekolahan, kehulu kehilir, tanpa tujuan.

Selama manakah keadaan boleh bertahan, sedangkan permintaan untuk terus bergaya, utk terus ada duit dalam kocek, menjadi beban yang semakin mendesak menghantui fikiran. Lalu kami beberapa orang keluar mencari kerja, apa saja kerja asalkan ada imbuhannya. " Kita ke Lipis", kata Syed Ghalib anak Tauke getah, "kita minta kerja dengan aki pak alang, jadi forest labourer. Kebetulan aki pak alang seorang Renjer Hutan di Lipis. Samsudin anak aki pak alang turut sama. Disitu kami disergah dengan lecture dan motivasi yg panjang lebar. " Yang sekolah orang putih ni nak jadi buruh juga?",, tuding aki pak alang pada syed Ghalib, Samsuddin dan saya. Kami tersengih aja. " Yang dua orang ni boleh tulis surat", senyum orang tua itu pada Othman dan Abdul Ralim, yg lulus darjah 6 sekolah melayu, maka jadilah mereka berdua buruh Jabatan Hutan

Bukan tidak ada tawaran kerja yg kami pernah terima iaitu menjadi guru. Jadi guruuu???
Lalu saya terbayang betapa ayah saya seorang guru, yang sepanjang keriernya meredah dari satu ke satu kampung, bergalah mudik dan berkayuh hilir sungai, berjalan kaki dari satu sekolah ke satu sekolah demi tugas dan mengisi perut anak anak isteri. Itulah tawaran kerja iaitu menjadi guru untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah sekolah melayu. Semua kami yang lulus Lower Certificate of Education (LCE) ditawarkan untuk menjadi guru. Saya tidak terkecuali tetapi tidak menerima tawaran itu atas rasa sedar dan insaf akan keadaan ayah, selain berasa malu dengan sindiran sinis cikgu cikgu di sekolah. Mereka yang diterima dihantar ke Maktab Guru dan Teachers Day Training Centre (DTC). Samsuddin dan Mohamad yg menerima tawaran itu akhirnya jadi cikgu dan Mohamad di atas kapasitinya sebagai guru terus sambung belajar hingga ke Universiti dan akhirnya menjawat jawatan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan. Saya, kalaulah saya. . . . .pasti saya juga seorang guru dan tidak mustahil saya sampai ke Menara Gading.

Jadilah saya akhirnya seorang Kerani - Kerani Sementara di Raub Public Works Dept. (PWD , sekarang JKR) melalui satu temuduga yang dibuat sendiri oleh Ketua Pejabat seorang Engineer berbangsa Inggeris. Saya berkhidmat dengan Kerajaan Pahang sebagai Kera- ni selama tigapuluh lima tahun lamanya.

5 comments:

  1. Pakngah,
    sudah tentu PakNgah ada motivasi yang tinggi untuk terus kekal dalam jabatan yang sama selama 35 tahun.

    Saya ni, cikgu dari pukul 8pagi - 5petang...
    2 tahun pertama saya mengajar mengikut pengalaman dan percaturan saya sendiri , selepas itu barulah mengikuti KPLI di taja oleh MARA. Secara peribadi saya dapati ilmu dan pengalaman yang diperolehi secara tak formal lebih banyak membantu saya untuk terus kekal dalam bidang ini.

    Mungkin ini juga yang diperjuangkan oleh PiPi...

    Anak murid saya lepasan SPM... macam - macam yang difikirkan oleh mereka, lebih - lebih lagi jika mereka datang dari keluarga yang bermasalah, tak boleh diberi tekanan sangat,

    kalau dia orang buat kesalahan dalam pengiraan Math atau salah salin nota , saya selalu perli mereka :

    "awak tahu sebab apa awak buat silap ? sebab awak sekarang ni tengah melalui zaman tak dengar kata, nak marah tak boleh "
    mereka selalu tergelak dengan sindiran saya ini...

    p/s kalau tak keberatan ,jangan lupa masukkan sedikit cerita macamana PakNgah kenal arwah mak PiPi hehehehe :D

    ReplyDelete
  2. Salam Pakcik.

    Saya pula nak bertanya. Tetapi sebelum itu saya nak minta maaf dulu sebab kebanyakan soalan saya tidak tetap. Soalan yang pelbagai bidang. Menyusahkan Pakcik saja.

    Kali ini, saya nak bertanya mengenai bola. Si Pipi pun ada menulis mengenai hal ini. Kenapakah prestasi bolasepak negara makin merosot?. Adakah disebabkan pasukan negara lain makan handal dan kita pula semakin lemah?. Ataupun sememangnya rakyat Malaysia kini secara amnya memang sudah tidak handal bermain?. Jika dahulu di Tanah Melayu macam mana?.

    Saya sakit hati tengok di stadium, orangnya tiada, tv pula masih beri ruang. Buat apa?. Kalau dah tiada penonton baik alihkan kepada sukan lain seperti lumba kereta ataupun futsal sahaja.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Terra:
    Salam...
    Ikuti sepanjang hayat seterusnya, mungkin ada sedikit motivasi didalamnya.

    Sebagai k'tangan kita terikat dgn prosidur. Selebihnya kita kena bijak sendiri menangni masalah, apa jua masalah s'ada dalam atau luar prosidur. Justeru, kena banyak baca mengenai jiwa dan pemikiran manusia - psycology. Nampaknya Terra bijak juga mengendalikan sesuatu, baguslah tu, jadilah seorang bijak.

    Pakngah.

    Si Pipi tu pernah bersungut semasa dia mengajar di Segi College dlm bidang automotif. Dia kena pantau sendiri utk mengatasi kekurangan peralatan di sekolah.

    ReplyDelete
  4. enamdegrees:
    Salam...

    Pakcik memang suka tengok bola, penyokong Pahang tak berbelah bagi. Luar negeri pun suka t'utama World Cup, sanggup berjaga sampai pagi.,ha ha...

    Masa di Ktn.dulu, transit Qrs.memang dekat stadium. Pantang cerah stadium, bebayar ke percuma ke semacam.

    Zaman Rosmaini, Hamidon Phg agak ok. Mereka boleh jadi juara patutnya utk beberapa tahun, tapi, banyak tapinya... tak boleh cakap, nanti orang marah. Zaman Yunus Alif Ahmad Yusof dan ada pemain import Pahang top juga. Lepas tu hampeh, sampai sekarang.

    Mokhtar Dahari, dia memang super, yg lain lain jadi bagus kerana skill dia. Dia bermain dgn ilmu bukan terjah terjah saja. Sama spt Awang Bakar striker S'pura pada tahun 40an 50an pakcik tak ingat lagi, Mereka main bola sampai mati dan jadi legenda.

    Negara lain handal, sebab mereka betul betul main dengan semangat & patriotik, mengikut ulasan. Bagi pakcik, bola senonim melayu demikian vice-versa, spt. orang cina main basketball. Orang melayu main bola kerana main main keluar peluh. Mereka main bola utk main main. Jadi pakcik cadangkan kalau nak main bola janganlah main main.

    Si Pipi tu dia tak puas main bola di sekolah hingga keluar sekolahpun masih main bola. Dia bukan main bola betul, tapi cuma main main. Oleh kerana dia suka main mainlah dia tak maju disekolah.

    Itu sajalah pakcik boleh komen. Jangan marah kalau tak betul.

    Pakcik.

    ReplyDelete
  5. pokcik...ader gambo lamer2 maser muder belia...peh tu kiter nak nengok goman nyer..

    ReplyDelete