Ideology sosialis tidak dapat diterima di Asia khususnya di Malaysia. Kata orang melayu, sosialis itu kominis. Kominis tak ada agama. Ada satu kawan cakap, selagi kita turun ke tanah terpijak sayur, mengharung air terpijak ikan selagi itulah sosialis tidak wujud di- tempat kita ini.
Kita sekarang dalam zaman ( Age) apa? Kalau kita baca ideology atau zaman atau "age" yang bermula dengan zaman batu, kita sekarang baru berada dizaman Materialism, bermakna ada dua lagi zaman atauIsme yang akan dilului oleh dunia iaitu sosialis dan kominis.
Saya masih ingat saya pernah belajar mengenai sosialism daripada seorang melayu bekas tahanan Tg. Beruas. Beliau orang Chebong, Tembeling Jerantut. Dia mengajar tak pakai teks, muridnya juga tidak dibenarkan mencatat sebarang nota. Kalau boleh ingat, ingatlah. Dalam kata lain, macam kita belajar menghafal Muqadam atau Sifat Duapuluh.
"Abang belajar dari sapa?" tanya seorang kawan.
"Seorang tokoh politik dari Indonesia lulusan Leninggrad" jawabnya bersahaja.
Beliau bukan sapa sapa dalam partai, tak ada jawatan / pangkat, " keja kawan menebas lorong dalam hutan aje," katanya tersengih.
Banyak lagi ungkapan dan pandangan jauh yang diceritakan oleh beliau. Pada tahun 60 han, sekitar tahun 1966-67 ( kalau tak silap). Beliau pernah berkata, " kita sekarang berada di ambang implasi, sebab itu kita kena cari harta sekarang." Lalu beliau memberi contoh Perang Korea. Bagaimana orang Korea tidak kalah dengan Amerika, sebab sebelum perang mereka sudah bersiap sedia menghadapi perang. Mereka telah menyimpan barang makanan dan senjata untuk digunakan selama 30 tahun. Bukankah perang Korea memakan masa 30 tahun?
Bagaimanakah seorang melayu yang tinggal di Hulu Tembeling yang tidak berpendidikan tinggi, jarang jumpa surat khabar, tak dengar siaran radio, tak ada jalan raya, keadaan hidup miskin tegar boleh membuat analisa politik sejajar dengan orang sekarang yg tinggi kelulusannya. Kenapa beliau memilih jalan kiri ? Boleh jadi dia lebih perihatin pada orang disekelilingnya yang lebih miskin dan lebih mengharap sesuatu perubahan. Agaknya pada masa itu orang bodoh, miskin, tak ada pelajaran tak boleh angkat muka dengan orang kaya dan orang berdarjat.
salam.
ReplyDeleteyg perang korea tu yg perang antara korea selatan dengan korea utara ke?saya tak berape ingat.hehe.
tp saye suke bace blog pacik.
Kalau tak silap, Perang Korea itu ialah perang untuk menentukan Utara dan Selatan. America memihak ke Selatan. Daripada kekalahan itulah terbahaginya Korea kepada dua iaitu Utara dan Selatan. Kalau salah, maafkan pakcik. Anak boleh buat reserch lagi jika perlu.Terima kasih
ReplyDelete