Diantara yang menggelikan:
Selamat Ahmad Kamal: " Berapakah putera dan puteri saudara?" dengan loghat baku sedikit telor Indonesia.
Cikgu Wahab orang ditanya itu sebenarnya cikgu silat ( gurusilat):" Aaah,nanti duluh" dlm. loghat kampung Pagar Sasak, sambil mengangkat kedua belah tangan lalu mengira jari jemarinya. Semua orang yang mendengarnya tergelak berdekah dekah. Sebenarnya semua orang dah tahu, cikgu Wahab punya anak hampir 40 orang hasil perkongsian hidupnya dengan beberapa orang isteri. Pada masa itu beliau sentiasa ada 4 isteri dalam satu masa.
Cikgu Wahab adalah anggota Partai Rakyat Malaya yang pernah bertanding sebagai ADUN Padang Tengku menentang Wan Abdul Rahman. Kawasan Padang Tengku teramatlah luasnya. Bayangkan dari Merapoh ke Hulu Tembeling dan kawasan Parlimen Lipis termasuk Jerantut. Cikgu Wahab kalah dan hilang deposit. Akhirnya cikgu Wahab masuk UMNO.
Selepas mengajar Bung Selamat tidak jemu menjelajah kampung menerangkan dasar parti. Satu hari: " Ibu izinkan saya untuk pergi berjuang" pohonnya pada ibuyua juga dalam loghat baku telor Indonesia. Dolah Lisi (aruah) yang ada bersamanya terkinjal kinjal ketawa.
Itulah tokoh tokoh Partai Rakyat.
Saya sendiri telah masuk UMNO (baru) selepas UMNO diharamkan. Ada kawan bertanya, buat apa masuk UMNO, marilah ikut kitorang masuk Semangat 46. Saya jawab, bukankah kita menentang UMNO, sedangkan Semangat 46 itu UMNO lama. Ha ha ha!!!
Pakcik, sekarang pakcik dah banyak masa kan, kenapa pakcik tak teruskan novel Titik Bukan Noktah?
ReplyDeleteScript Titik Bukan Noktah itu sudah bercelaru. Pakcik dah malas nak susun . Jadi Titik bukan Noktah yang baru sedang dulis sekarang. Ikutilah Sepanjang Hayat seterusnya. Terima kasih atas perhatian anak.
ReplyDelete