Followers

Monday, February 9, 2009

Sepanjang hayat 7

Zaman dharurat memang susah tapi tidak sesusah zaman Jepun. Zaman kominis Bintang Tiga ( kominis atau bandit @ penjahat ) menjadi musuh kepada Penjajah Inggeris sebenarnya. Orang china yang menjadi kominis membawa fahaman chauvinist yang diimport dari Tiongkok. Bintang Tiga pernah memerintah Malaya selama 13 hari. Tetapi mengapa ada orang melayu jadi kominis ?.

Orang melayu yang jadi kominis itu sebenarnya bukan kominis tetapi adalah serpihan dpd.nasionalis melayu yang dipelopori Ibrahim Yaakob (IBHY) Ahmad Booestamam, Ishak Hj.Mohamad dll. yang tak sempat ditangkap oleh Inggeris, lari kehutan. Mereka bertemu dengan puak china chauvinistik, lalu membentuk satu pasukkan menentang Penjahah Inggeris di Malaya.

Selain dari Askar Melayu yg sedia ada yang ditubuhkan pada tahun 1925, Kerajaan Inggeris mengrekrut banyak lagi pelapis tentera seperti Special Constable (SC), Home Guard dll. Dengan itu ramailah orang melayu yg dapat kerja. Mereka diberi latihan yg cukup untuk menentang kominis. Yang tak tahu membacapun dapat masuk Askar Melayu. Yang capek, mata rabun, tempang dan yg pendekpun dapat masuk SC. Kerja mereka kebanyakannya melindungi tuan tuan manager estet di ladang ladang getah kepunyaan British. Memang kominis nak bunuh orangputih. Sebab itu Pesuruhjaya British di Malaya Garald Templer diambush oleh kominis dan mati.

Zaman Penjajah, zaman Jepun , zaman dharurat telah berlalu dan sekarang kita berada dizaman Merdeka. Kerajaan Perikatan kini Kerajaan Barisan Nasional yg mendakwa merekalah yang memerdekan Malaya. Betapakah halnya dengan nasionalis nasionalis tardahulu, tidak dijadikan sejarah Tanahair. Kehadiran mereka cuma dipamerkan di Musium sahaja.

Dari tiga zaman itu - Penjajah Inggeris, Jepun dan Dharurat, siapa yg lebih kejam, tanya seorang anak (blogger) saya. Kita ketegorikan kepada dua, satu dari barat iaitu Inggeris dan dua dari Asia iaitu china dan Jepun. Pada hakikatnya, kekejaman Jepun-China terasa sakitnya pada tubuh, tetapi kekejaman Inggeris sakitnya sampai ke tulang sumsum.

Nasionalis nasionalis melayu yg bersekutu dengan Kominis yang berjuang melalui kekerasan seperti Rashid Maidin, Zainab Baginda dan ramai lagi ( sudah lupa ), mana kala mereka seperti Wanali, Manaf Jepun di Pahang sejarahnya mereka terus padam, sedangkan mereka tidak pernah membunuh sesama melayu. Yang dicarinya hanya orang Inggeris.

Siapakah Wanali, Manaf Jepun, tiada siapa yang tahu. Tidakkah mereka sinonim dgn. Tok Bahaman, Tok Gajag dan Mat Kilau, juga tidak dijadikan sejarah, sedangkan merekalah yang sebenarnya menentang Pejajahan British.

Saya pernah mencadangkan kepada Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), secara tidak formal supaya membuat satu kertas Kerja utk diangkat kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi mendapatkan satu peruntukan. Kertas Kerja utk membuat Autobiography bagi semua wakil wakil rakyat Negeri Pahang dari Pilihanraya pertama sampai sekarang.
Hasil dari kerja tersebut DPMP mungkin dapat menambah kantung kewangannya yang sentiasa kosong. Macam macam alasan telah diberikan, lalu saya diamkan diri.

Saya pernah terfikir utk menulis riwayat hidup Wan Ali ( Wanali ). Menulis tentang cara hidupnya, pendidikannya, faham politiknya, ilmu dunianya, ilmu akhiratnya, keluarga nya, "romance"nya dll. Sekurang kurangnya ia boleh diolah seperti cerita rambo, cowboy Roy Rogers dan sebagainya tapi tinggal angan angan tak ada modal.

8 comments:

  1. salam.
    saya rasa di India ada beratus-beratus pejuang kemerdekaan yang di ingati. kenapa tidak di malaysia?

    matapelajaran sejarah tidak diminati kerana sejarah telah ditapis demi kepentingan bangsa, negara dan agama dan juga parti UMNO...

    tak gitu?

    ReplyDelete
  2. "Pada hakikatnya, kekejaman Jepun-China terasa sakitnya pada tubuh, tetapi kekejaman Inggeris sakitnya sampai ke tulang sumsum..."

    Kenyataan Pakcik ni saya rasa amat jelas. Saya fikir, apa yang berlaku di Iraq sekarang ini adalah formula yang sama semasa zaman British dulu. Tentera Amerika merekrut rakyat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka. Saya juga fikir, Amerika akan keluar dari Iraq dan mungkin Afghanistan sebab mereka banyak hutang, sepertimana British dulu, masa hendak keluar dari negara kita. Bahkan jika orang-orang kata Amerika serang untuk hendakkan kekayaan di Iraq, British juga begitu sebab masa dahulu Tanah Melayu antara penyumbang terbesar hasil kekayaan British bahkan digunakan untuk membiayai perang. Sebelum Amerika keluar, saya yakin mereka akan pastikan kerajaan tempatan Iraq boleh menyinambungkan pememrintahan mereka sebelum keluar dan pastinya Iraq, sepertimana berlaku pada Malaya selepas merdeka, syarikat-syarikat korporat penguasaannya masih dipegang pelabur British.

    Kalau ada masa, rasanya hendak singgah ke Tmn. Permai, mendengar cerita-cerita Pakcik.

    ReplyDelete
  3. Buat Caklam:
    Silakan, mudah-mudahan saya akan terdakwah juga.Terima kasih.

    Buat AMMOSHAM:
    Pakcik tak reti nak komen. Ini kena tanya Kerajaan. Pakcik harap anak buat kajian mendalam hal ini jadikan articles atau buku.

    Buat enamdegrees:
    Silakan kalau anak sudi. Talipon dulu...talipn Pakcik 019-9790158 - 09-3124634

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Pakcik.

    insyaAllah kalau saya balik ke Sri Embun, dan ada masa, saya ke sana.

    ReplyDelete
  5. Salam pakcik,

    Orang putih kate, "History is written by the winner".

    Siapa Wan Ali pakcik? Saya memang minat dengan sejarah. Tapi, Wan Ali tak pernah pulak saya dengar ceritanya.

    ReplyDelete
  6. ayah saya ada pernah sebut pasal wan ali ngn manaf jepun ni.
    ayah saya org sg lembing, kuantan.

    ReplyDelete
  7. Saya orang Temerloh pak cik,

    kalau tanya orang tua-tua pasal komunis, tak akan terlepas mereka bercerita tentang Manaf Jepun,
    Tapi biasanya, cerita yang Manaf Jepun ada ilmu kebal. Kena tembak masa mandi kat sungai.

    Dan satu seorang lagi pejuang yang selalu disebut ialah Abu Samah dari lanchang. Pun sama, penuh dengan cerita ketinggian ilmu dia.

    Baru-baru ni saya baca buku 'biografi Abu Samah Mohamd Kassim zuriat datuk Bahaman'
    Rupa-rupanya, tulisan dalam buku tu hampir sama dengan apa yang diceritakan orang tua-tua.walaupun tak cukup detail.
    Kecuali, tidak ada bahagian yang magik dan ilmu jampi sahaja dalam buku biografi tu..

    Seronok baca tulisan pak cik, dapat tahu perjuangan mereka di daerah Pahang yang lain.

    ReplyDelete