Followers

Tuesday, February 10, 2009

Sepanjang hayat 8

Simposium DPMP: Siapakah Tok Peramu?
Simposium siapakah Tok Peramu: Adakah orangtua itu Bahaman atau bukan atau siapa!!! Inisiatif ini ditaja oleh DPMP pada tahun 1976-77 ( kalau tak silap) dengan membuka kepada semua ahli ahlinya, Ahli ahli sejarah dan siapa saja yang tahu mengenai seorang tua yang tinggal di Kampung Peramu itu. Kg. Peramu terletak diseberang Sg. Kuantan kira kira berhadapan ( opposite) hospital atau Kompleks Teruntum.. Ada dua jalan ( masa itu) untuk sampai ke Peramu, satu menaiki bot ( tambangnya masa itu 50 sen seorang bagi satu perjalanan) dan satu lagi dengan menaiki kereta atau bas. Jauhnya perjalanan dengan kereta lebih kurang 20 batu dari bandar Kuantan.

Hasil daripada kajian tersebut ramailah yang memberi pendapat. Ada yang mengatakan Ya dan ada yang mengatakan Bukan. Hasilnya 50 - 50. Kerajaan Negeri, sudah tentu tidak dapat menerima kerana pro dan kontra nya sama. Sekiranya Tok Peramu itu Bahaman, pastilah struktur Orang Besar Berempat Negeri Pahang menjadi kacau bilau.

Apa yang hendak saya ceritakan ialah episod rombongan 10 orang yang hendak menemu bual orangtua itu termasuk saya. Sebaik sampai dihadapan rumah Tok Peramu, ketua rombongan memberi salam. Salam dijawab oleh pengasuh lalu mempersilakan kami naik. Orangtua itu berbaring diatas katil dengan selimut sampai keleher dan memakai cermin mata hitam. Disebelah kepalanya terletak sebuah radio yg terus berkumandang tanpa tepat pada channel. Kamipun duduk. Tanpa berlengah ketua rombongan membuka mukadimahnya, " pada tahun sekian sekian blah blah blah, Tok Aki duduk dimana?" Itulah pembukakata yang awal dan akhir. Selepas setengah jam kemudian pertanyaan ketua rombongan tiada responce, kamipun sapu punggung lalu balik.

Ada member yang tak puas hati. Minggu hadapannya, saya sendiri bertindak sebagai ketua rombongan lalu membelah arus Sg.Kuantan ke rumah Tok Peramu. Sebelum pergi, saya minta orang rumah saya, ibu pada si Firdaus, buat pulut kuning dan ayam panggang. Sesampai saja dihadapan rumah orangtua tu, saya memberi salam. Salam di jawab oleh pengasuhnya lalu mempersila kami naik, sambil berkata, " ini anak cucu datang bawok pulot kuning" Phuh!!! orangtua itu terus bangun lalu berdoa. Panjang doanya. Kamipun berceloteh. Susah nak faham celotehnya, pekat loghat Kelantan purba. Member Kelantan yang sama dlm. rombongan itu juga tidak faham. Diantara lain yg. saya dapat fahamkan bahawa katanya, Mat Kilau tu orang handal. Sepelepah daun nyior gugur, dia dah tahu berapa banyak regisnya (lidi). Dari ungkapan itu saya yakin bahawa orangtua itu sebenarnya Datok Bahaman, bekas Orang Kaya Semantan, orang besar berempat Negeri Pahang.

Menurut cerita seorang Imam yang tinggal di Peramu, sebelum Jepun masuk orangtua itu tinggal di Padang Lalang. Dulu kampung sekarang sudah jadi kawasan Industri. Tahu dimana Pdg.Lalang. Kalau kita nak ke Tg. Lumpur melalui jambatan Sg.Kuantan dan sebelum naik jambatan ada simpang ke kiri jalan menghala ke Tg. Api & Kg. Selamat. Di situlah Padang Lalang. Katanya: apabila Jepun mendarat di Kuantan, semua orang Kg.Pdg.lalang lari ke seberang ke Tg. Lumpur dan Peramu. "Aki mohlah naik perahu kita lari keseberang," kata salah seorang orang kampung mengajak orangtua itu naik perahu. " Mohlah deme dulu, aki ikut kemudian," jawab orangtua itu. Apabila rombongan pelarian dengan perahu itu sampai keseberang, didapati orangtua itu sudah ada berdiri ditebing sungai.

Anih bukan! Jadi betullah dan saya yakin bahawa To Peramu itu adalah Datuk Bahaman.

8 comments:

  1. Apa lagi yang dibualkan dalam pertemuan kedua itu?

    ReplyDelete
  2. orang dulu-dulu kuat bela jin..tak ada apa yang nak hairannya.

    pakcik baca tak tamar jalis? siri bercakap dengan jin.

    dia laa yang cakap...

    ReplyDelete
  3. Buat emmrab:
    Dalam perbualan kedua itu, saya dah tak ingat.Buku hasil simposium punya pakcik dipinjam orang. Hilang entah kemana. Saya akan ikhtiarkan salinannya dari kawan lain. Insya Allah dia akan beri.

    Buat AMMOSHAM:
    Bagi orang yg mengkaji, soal Jin ni penting. Tidakku jadikan Jin dan manusia melainkan menyembah aku - hadith. Maknanya Tuhan jadikan Jin dahulu dpd. manusia tujuh puluh ribu tahun sebelum Lembaga Adam ditempa. Anak jangan tanya banyak sangat tentang Jin nanti anak sendiri tidak faham. Maaf.

    ReplyDelete
  4. Pakcik ceritalah lagi, memang seronok baca cerita lama-lama.

    Dalam buku teks tidak terperinci.

    ReplyDelete
  5. Buat enamdegrees
    Buat Md.Suak
    Insya Allah, pakcik akan terus menulis dlm bentuk ini selagi daya. Terima kasih atas comen anda semua

    ReplyDelete
  6. teruskan menulis cerita-cerita sebegini. susah nak dapat masa sekarang.

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah untuk Pakcik Hamzah @ Hashim Zabidi.

    ReplyDelete