Kuantan tahun 1957. Saya dan dua kawan lain bernama Abu Samah Salleh dan Shamsuddin Kasim, kalau tak silap, lepas temuduga di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kami sewa basikal dengan bayaran dua ringgit limapuluh sen sehari. Kami round bandar Kuantan sampai melepuh kaki dan sampai melelas peha. Bandar Kuantan kecil sahaja, kereta tak banyak dan yang banyak hanyalah beca roda tiga dan basikal. Motocycle pun tak banyak, kalau adapun jenis besar, seperti Triumph, Norton BSA semua 500 cc . Jalan Teluk Sisik panjang sampai ke TC dan bandarnya cuma dari panggung wayang REX dekat Kelab Kuantan hingga simpang ke Baserah ( sekarang Trafic light - simpang tiga - Baserah/TC/ Tg.Lumpur ). Jalan Mahkota dari Balai Polis sampai Post Office dan sedikit Jalan Bukit Ubi, pendek saja yang ada kedai cuma Aziz Cafe. Depan Aziz Cafe ada Malay Club ( sekarang Shazan Hotel) Kayuh punya kayuh, kami sampai ke TC, jumpa laut, kali pertama tengok laut. Wah! tak nampak tepi lalu jalan tepi pantai, kecap air laut masin rasanya.
Jalan ke TC dari simpang tiga (sekarang ada Istana raja), jalan naik bukit. Basikal tak boleh kayuh lagi, kena tolak dan batu jalan punyalah besar besar ada yang sebesar betis. Kalau kayuh juga tentu jatuh punya. TC tak ada bangunan. Yang ada sebuah kedai cina, rumah papan jual minuman, kalau sekarang tentunya Restaurant. Tak ada orangpun di TC, tak ada orang mandi manda, Mat Salleh pun kami tak nampak. Kiri kanan jalan hutan rimba. Orang kata ada harimau melintas di situ. Kami mana tahu!
Tahu di mana SUK? Dekat Rest House lama ( sekarang sudah jadi Pejabat Hutan Daerah kalau tidak silap, terletak diluar pagar Wisma Sri Pahang tak jauh dari CIMB Bank dan masa saya aktif dalam DPMP dahulu, tingkat atasnya ialah Pejabat Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP) . Pejabat SUK hanyalah rumah kayu setingkat, Bangunan sementara setelah Ibu Negeri Pahang dipindahkan dari Kuala Lipis ke Kuantan dan tapak itu sekarang dibangunkan Ibu Pejabat Polis Pahang. Rasanya Masjid ala bangunan Makmal itu belum ada lagi.
Sayang masa itu belum ada camera, tak tahu guna camera dan belum mampu beli camera pun.
Salam Pak Hashim,
ReplyDeleteCatatan Pak Hashim semuanya Ok,saya setuju,secara tak langsung Pak Hashim cuba memperkenalkan Lipis kepada pengunjung blog Pak Hashim secara lebih dekat, tentang masa lampau dan keadaan masa kini, malah meliputi hal-hal kupu-kupu dan kutu malam. Jika sebelum ini anak Salmah Bacik menjadikan Lipis begitu terkenal namun pengenalan itu hanya berkisar kepada latar penyanyi yang di minati mereka. Saya akui ada rakan2 blog lain yang bercerita tentang Lipis namun gaya bercerita dan penulisan adalah cara tersendiri. Catatan Pak Hashim mengikut cara orang lama yang sudah berhujan berembun di bandar Lipis sejak zaman sebelum 60an. Nama-nama Jalan seperti:-
1. Jalan Cenderas.
2. Batu Kurap,
3. Sg.Kerpan
4. Residency
5. Pahang Club
6. Bandar Diraja,
7. Pangung Paradise
8. Kedai Ah kau
9. Mee Hailam Hotel Chong kok,
10.Pancaragan Pak Bacik dan Kugiran yang di
Ketua oleh Jamal(Pemain Gitar,Utama )
Mustaffa Pemain Drum, Rahim Pemain Bass Gitar, Zakatia Kidal ( Pemain Gitar ) Penyanyi Hashim Pendek (Jefriden Kuala Lipis) Penyanyi kegilaan budak2 Lipis ketika itu Seperti Salmah Bacik,Normah Bacik,Nahariah Hj Ismail,Rashidah Hamid(isteri Wan Hamid )dll
13.Pesta Pukul Bantal di Sg.Jelai
12.Kumpula Taiko " Dahlan and the Geng "
dan banyak lagi....???
Mdsuak,salam....
ReplyDeleteSaya menulis adalah mengikut apa yg saya tahu dan apa yg saya alami. Saya bukan super, jangan angkat tinggi sangat nanti jatuh...ha ha ha...
1.Jalan Cheneras bukan Cenderas. Tmn Cheneras Jaya,
2.Batu Kurap kini Desa Jeram Batu,masih ditakuk lama.
3.Sungai Kerpan masih sama. Persekitarannya telah banyak taman spt Tmn Pertama Tmn Perwira, Tmn Lipis dan Tmn Aman selain Flat LKNP, PAKR Sg.Kerpan 3. Yg masih kekal Bkt ABO (Org Asli),Rumah 50. Tmn Perwira ada kedai sederek & ada Pekan Malam setiap selasa/malam Rabu.
4.Residency - Satu satunya bangunan kolonial yg di jaga rapi. Kini Rest House milik Maj. Tempatan. Ada restauran yg agak terbaik disitu.
5.Pahang Club - bukan lagi spt dulu dimana ada bilik mahjung, meja billiars dan bar. Ia lebih kpd.Dewan perhimpunan dan tempat mesyuarat dan dijaga dgn baik.( Rumah JKR No.1)
6.Bandar Diraja - Lipis bukan bandar diraja.
7.Panggung paradise tidak ada lagi. Tapaknya dibangunkan kedai tiga tingkat. Antara peniaga ialah KFC, Public Bank dan Klinik Dr.Rohaiza.
8.Kedai Ah Kow - sebenarnya Kantin Ah Kow. Sudah lama ghaib.Tapaknya didirikan Bangunan UMNO (lama)( tingkat bawah dijadikan Pej.JBA, Klinik Hijrah & kedai Mamak. Bangunan UMNO baru didirikan diatas tapak Rest House lama di jln Bkt Bius.
9.Mee Hailam - 20 tahun dulu memang terkenal di Hotel Tong Kok, Southern Park. Sekarang kedai makan cina tidak lagi menjadi sasaran org melayu
10.Perkara 10 diluar pengetahuan saya mungkin saya berada di Ktn masa itu (1975-1990)
12.Dahlan the taiko-Legendanya sudah tamat.
13.Pesta Pukul Bantal Sg.Jelai merupakan acara tahunan di Karnival. Rasanya event tersebut terhenti sejak tradgedy menyelam dimana pemenang pertama terus tidak timbul lalu menjadi aruah 2 hari kemudian.
Wassalam...
Saya mengucapkan berbanyak-banyak Terima kasih di atas penjelasan Pak Hashim...saya ambil kesempatan ini semoga Pak Hashim sentiasa sihat sejestra dan berbahagian bersama seluruh keluarga....salam
ReplyDeleteMdsuak,salam....,
ReplyDeletePakcik ucapkan setinggi tinggi terima kasih kembali. Selamat Muhammad dunia akhirat. TQ
Bong, sebut Bangunan Rumah Rehat Lama, teringat saya sekitar tahun 1983 - 1993 ketika saya diberi amanah sebagai Setiausaha Agung DPMP. Dalam tempoh 10 tahun tu banyak cerita kita berdua kongsi bersama di bangunan itu terutama ketika Hari Sastera Malaysia 1987. Saya akan tulis memoir tentang itu, tapi setelah bersara kelak.
ReplyDeleteArisel, salam...
ReplyDeleteHari Sastera 1987 amat menyakitkan hati bila saya gaduh dgn Saiyed Badar fasal ada kaitan dgn Pengerusi E.Tan Alauddin yg perengus dan Abah S.Ahmad yang berlagak.
Kenangan di Pej.DPMP masih segar. Saya pernah berseorangan disitu, menaip, buat script dan tulis nobel Titik Bukan Noktah yang yg berkecai.
Saya sangat mengalu-alukan jika sdr berhasrat untuk menulis memoir mengenai zaman itu.
Salam Pak Hashim,
ReplyDeletePak Hashim kenal tak arwah Abdul Malek bin Said, orang panggil beliau Cikgu Malek.
salam tok hashim itteww.. dah lamer me tak pi kuantan
ReplyDelete