Followers

Thursday, March 19, 2009

Sepanjang hayat 39 - Lipis / Kuantan Kurrr semangat

Siapakah yang main Double Bass itu?

Pada pertengahan tahun 1957 kurang lebih, saya sudah pandai pakai seluar panjang, baju petak petak dan berkerol. Pakai minyak rambut pekat dan menyikat kiri kanan kepala terus kebelakang dengan membiarkan disebelah hadapan berjambul sedikit. Wah bukan main melaram lagi. Sudah berkerjapun sebagai Temporary clerk di PWD Workshop Raub.

Tiba tiba dapat surat panggil temuduga Kerani Rendah di Kuantan. Terus ambil cuti 4 hari.Pukul 7.00 pagi naik bas Lin Siong di Benta ke Jerantut. Dari Jerantut naik bas Leng Huat ke Kuantan via Maran. Sampai Jerantut Ferry berhenti lama di situ tunggu giliran bas naik ferry menyeberangi Sg.Pahang. Satu pengalaman baru bila bas naik ferry yang digerakan oleh jentera PWD memakan masa yang sangat lama. Setelah itu baru bas meneruskan perjalannya ke Kuantan. Dekat Maran ada satu Kuil Hindu dan Kuil itu didirikan bersekali dengan sebatang pokok besar, pokok Ara tentunya dan bas kena lalu dibawah Kuil lalu berhenti di mana seorang sami Hindu naik bas membawa sedulang tetepung warna kuning untuk di colek ke dahi. Semua orang kena. Kalau tak colek mungkin perjalanan akan terhalang seperti di timpa celaka atau kemalangan. Pulak setiap orang kena berderma sekurang kurangnya lima sen. Jadi saya pun bayar lima sen dan colek tepung itu ke dahi. Ha ha ha...

Di Kuantan sekali lagi bas kena naik Ferry. Ferry Sg. Kuantan dekat Tanah Putih. Hari sudah hampir pukul 6.00 petang bila bas sampai di Tanah Putih. Sementara menunggu giliran bas naik ferry, jam sudah hampir pukul 7.00 malam.

Aduh!, betapa sukar dan seksanya perjalanan dari Benta ke Kuantan yang memakan masa 12 jam lamanya. Sudahlah jauh jalan pula yang bengkang bengkok macam ular kena palu, berlopak lopak pula di sana sini amatlah meletihkan. Mana mana orang yang tak tahan dengan perjalanan begitu atau yang mudah pening lalu muntah, pasti minta ampun tak mahu lagi. Serik. Mujurlah bas terbuka Pendingin Hawa tentulah tak ada. Pun begitu bau muntah malah bau berak pun ada. Pendeknya orang tahanpun boleh jadi tak tahan, terikut ikut muntah sama. Nasib baik saya tidak muntah, ha ha ha...Kalau nak terbuang air kecil atau....kena jeritlah pada pemandu bas supaya berhenti. Hendak melepas katakan.

Kurr... semangat lima puluh tahun dahulu. Sekarang Lipis / Kuantan paling lambat 3 jam pecut laju tanpa peduli double line, selekoh merbahaya dan apa jua amaran trafik.

12 comments:

  1. 1)Menarik. Elok sangat Pak Cik cerita kembali pegalaman macam ini. Bagi semua golongan yang lahir selepas tahun 1980an dan selepasnye tahu.
    2)Teringat cerita aboh saya, pengalamannye sekitar tahun 1940an, berjalan kaki pergi sekolah berbatu-batu, melalui jalan denai, sekolah beratap daun & berlantaikan tanah merah.
    3)Reaksi cucu-cucunya apabila disampaikan cerita tersebut, "ye ke Aki?", "Aki tak takut ke?".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun pernah rasa naik feri kat feri jerantut .time tu aku kcik sgt. .mak ayah msuk felda sg.tekam. .perjalanan saudara hassim pasti ke kuantan pasti melalui tmpat saya. .sbb hanya itu satu2 nya jln penghubung ke kuantan pd masa itu . .mak saya org benta,jdi saya tahu betapa susah nya perjalanan org terdahulu . .apa yg saudara crita kan pengalaman ke kuantan saya tahu dari tmpat saya nak ke maran msti lalui jln bengkang bengkok.jln kcik plak sepanjang jln pnuh dgn lori balak pekan koboi tongkiat kuil hindu naik feri itu smua menjadi kenangan abadi buat sesiapa yg pernah mengalami nya. .

      Delete
  2. Salam PakNgah,
    Mak saya dilahirkan pada tahun 1957 , bulan 5 sebelum merdeka, anak bongsu Aki .
    Mungkin ianya detik yang terindah untuk arwah Aki dan Wan suatu ketika dulu.

    Kalau ada ruang , boleh Pakngah ceritakan bagaimana sambutan kemerdekaan yang pertama di Lipis/Raub.

    Bagaimana dengan kemudahan bas di Lipis sekarang ? Di kelantan bas dalam negeri sudah maju dan berhawa dingin. Cuma tambangnya mestilah naik dan naik lagi dek kenaikan harga minyak.

    Anak - anak sedara dah mula ketagih nak naik bas, setelah beberapa kali diberi peluang naik bas. Sekarang saya tengah sediakan peluang untuk bawa mereka naik keretapi, dari Wakaf Bharu ke Pasir Mas pun cukuplah
    hahahaha...

    ReplyDelete
  3. Salam Pakcik.

    Harap Pakcik sihat hendaknya bersama keluarga.

    Saya nak bertanya mengenai jalan pada zaman dahulu. Kenapakah jalan-jalan zaman dahulu bengkang-bengkok? Adakah ianya kerana keadaan geografi seperti sungai,bukit dan gunung ganang?

    Waktu saya kecil, Ayah saya selalu melawak, katanya orang British buat jalan di mana tempat ayam bergerak atau melintas dengan laju.. Ha.. Ha.. Jadi, di mana Ayam melintas dengan laju di situlah diturapnya tar. Sebab itu jalannya bengkang bengkok. :-)

    Terima Kasih.

    Muhammad@enamdegrees

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Hashim,

    Komen saya di Sepanjang Hayat .36 masih menunggu jawapan...??

    ReplyDelete
  5. Caklam, salam....,
    Pakcik akan cuba sebolehnya utk menceritakan kesah lama, yang org zaman ini kurang tahu. Pakcik pernah pergi sekolah Jepun sempat 1 tahun. Masa itu memang takde kasut. Jika aboh Caklam cerita pengalaman tak pakai kasut, ke sekolah jalan kaki ikut denai memang benar. Itulah sebenarnya keadaan masa itu.

    ReplyDelete
  6. Terra Ida,salam.....,
    Pakngah dah bekerja emak kamu baru lahir. Sambuta Merdeka memang pd tahun 1957 bukan? Pakngah tak berapa ingat keadaan menyambut kemerdekaan masa itu. Sebab P,ngah sebenar orang pentas, jadi dah lupa yg mana satu. Banyak sangat kot!.
    Kemudahan bas disini sama aje. Kalau express tentunya hawa dingin. Bas jln kampung takde.tapi entahlah p'ngah jarang sngt naik bas. Naik k'api dah lama tidak. Ada juga ingat nak naik k'api sekali sekala. Entahlah tak tau bila. Nanti p,ngah buat surprise sekali pergi KB naik k'api. Ok!

    ReplyDelete
  7. enamdegrees, salam....
    Jalan bengkang bengkok tentunya kerana geography.
    Jalan utama dr KL ke KLipis ialah melalui Btg. Raub ke Lipis via Genting Sempah/Bkt.Tinggi. Dr Benta ke Ktn melalui Jerantut via Ng Tong Kiat. KL/T'loh belum ada. T'loh/Ktn pun takde. Org T'loh nak ke ktn kena naik k'api ke Jerantut, pastu naik bas ke Ktn. Kalau tidak mereka kena naik bot dr.T'loh ke Lubuk Paku baru naik bas dr Maran ke Ktn.

    Kerja buat jln guna cangkul & penggali. Mana ada bulldozer/tractor tp jalan tahan sampai sekarang.Cubalah sesekali ikut jalan lama Raub/Bentong/KL. Apa rasa. Di Phg Barat ni jln lama yg masih utuh & pakai ialah dr Benta ke Jerantut, masih bengkang bengkok tapi maintaned.
    Kalau nak merasa muntah cubalah sekali, ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Mdsuak, salam....
    Pertanyaan mdsuak pd entri pakcik ke 36 telah pakcik beri, dlm bentuk pantun/puisi. Cuba semak sekali lagi,ok!

    ReplyDelete
  9. Salam Pakcik. Saya dulu tinggal kat seberang sungai Jerantut Ferry. Masa tu hanya ada 3 gerai/kedai makan. Yg tengah tu..kedai ayah saya. Laluan ferry dan bergayut di kabel mmg mainan saya masa kecil dulu.Lemas sungai 2, 3 kali cuma tuhan kurniakan umur agak panjang. Skg usia dah 47 thn dan kerja di KL.Cerita Pakcik mengimbau kenangan saya di Jerantut Ferry.Jarang seangkatan Pakcik terlibat dgn aktif bogger sendiri..baguh..baguh..kalau siapa2 yg pernah nampak budak 2,3 org yg waktu petang bergayut kat kabel peri..itulah saya dan kakak saya (tahun 1969-1977). Lepas tu dah bersara main sungai.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Salam, saya merasai menaiki bas Leng Huat laluan Kuantan - Jerantut dari tahun 70 hingga 80an dulu. Kampung saya di Jengka 1. Orang tua saya asal dari Muar, Johor. Pada tahun 70an hingga 80 an jika nak ke Johor selalu naik bas ke stesen keretapi Jerantut. Semasa sekolah tahun 80an di Kuantan juga saya naik bas Leng Luat ini. Merasa juga naik feri sebelum jambatan Jerantut ferry siap.

    ReplyDelete