Followers

Wednesday, March 4, 2009

Sepanjang hayat 27

GELARAN:

Orang bergelar telah semakin ramai sekarang. Tiap tiap tahun bertambah. Yang mati gelarannya tidak di tarik balik. Yang sedia ada iaitu yang sudah ditentukan masih kekal.

Gelaran di Istana adalah institusi Raja Raja, selain dari Orang Besar berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Enam belas, Orang Besar Tiga puluh dua dan Orang Besar yang bergelar datuk, banyak lagi akan begelar Dato'. Bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa yakni tiap tiap tahun dan dikurniakan sempena khidmat dan jasa jasa mereka terhadap Negeri, Negara ,Bangsa, Agama dan Raja Raja.

Gelaran gelaran yang terus kekal, terus juga kekal dan tidak akan terhakis, misalnya gelaran Paklong, Pakngah, Paktam, Pakteh dan seterusnya termasuklah gelaran cikgu kekal menjadi aruah cikgu, Tok Empat menjadi aruah Tok Empat, Tok Imam menjadi aruah Tok Imam dan begitulah seterusnya Gelaran yang telah menjadi tradisi dan di institusikan.

Sementara itu, ada dua gelaran yang saya tahu, masih bergelar lagi dan gelaran ini tidak diisytihar oleh mana mana institusi dan tanpa apa apa majlis perasmian. Tidak tahu siapa yang mengurniakannya, masa bila dan di mana. Gelaran tersebut ialah "Bung".
Di negeri Pahang cuma ada dua orang sahaja yang mendapat gelaran ini. Kalau di Indonesia gelaran Bung ini amat tinggi darjatnya, diberi oleh rakyat sendiri. Cuma ada dua orang sahaja juga. Mereka ialah Bung Karno dan Bung Hatta, selebihnya semuanya digelar Bapak.

Dua orang yang bergelar Bung di negeri Pahang ini ialah:
1. Bung Karim,( aruah)
2. Bung Hashim. (masih ada)

Bung Karim di lahirkan di Kg.Bangau Tanjung, Temerloh, pada 6 September 1937 bersekolah dari darjah satu sampai Tingkatan 6. Sembilanbelas (19) jawatan honourable/bergaji termasuk guru, setiausaha, executive, pembantu, pegawai, pengarang, penterjemah, penyiasat, dan Pengurus. Dua belas (12) jawatan Honourary termasuklah menjadi Pengerusi, setiausaha, ahli jawatankuasa, ahli penaja, ketua dan presiden. Bermacam persatuan diceburinya termasuklah UMNO sudah pasti, memegang jawatan dari gerakan pemuda hingga dewasa sebagai ketua dan AJK dan AJK Biro,, Persatuan Penulis, seperti GAPENA, DPMP, Persatuan Kebajikan seperti AJK Masjid & Surau, kesatuan sekerja dan lain lain.Lapanbelas (18) hasil kerja di atas kapasitinya dalam Penerbitan Buku sebagai, Editor, Penyusun dan Penyelenggara. Gelaran Anugerah ialah PPN (1982) AMN (1998)

Itulah Bung Karim atau Aruah Bung Karim. Tanya sahaja di Negeri Pahang, siapa Bung Karim, semua orang tahu, semua orang kenal lebih lebih lagi mereka yang seangkatan dengannya termasuklah Bung Hashim salah seorang sahabatnya. Itulah Bung Karim Penyelenggara & Pendokumentor Sastera yang bergelar "Bung".

Bung Hashim yang masih hidup tidak sehebat Bung Karim, dilahirkan di Kampung Budu, Kuala Lipis, pada 7 November, 1937 mula mula masuk sekolah Jepun darjah satu dan sambung sekolah melayu hingga darjah lima. Tahun 1949 masuk masuk Sepecial Malay Class di Mahmud School Raub hingga darjah lapan @ Tingkatan iv.

Bung Hashim itu sebenarnya ialah saya, saya sendiri dan cerita mengenainya telah banyak dipaparkan dalam entri entri yang terdahulu dalam blog ini. Bung Hashim tidak menyerlah dari semua segi berbanding Bung Karim, namun ada kemungkinan dia akan dikenali selepas tarih wafatnya kelak setelah bergelar aruah Bung Hashim.

8 comments:

  1. Salam..TKasih diatas penjelasan Pak Hashim, apa yang saya perhatikan Pak Hashim mengenali begitu ramai orang yang bukan sahaja dari daerah Lipis malahan di daerah2 lain seluruh pahang & mendalami pra sejarah tokoh2 peninggalan "Tok Gajah" saya kira tidak ramai yang membuat pendedahan pra sejarah Pahang melalui personal blog seperti mana yang Pak Hashim lakukan sekarang..sekali lagi Tahniah...

    ReplyDelete
  2. Bong Hashim, saya tambah lagi dua Bong di Pahang, iaitu Biong Selamat Ahmad Kamal dan Bong Zulkifli.

    Tok Gajah tu lahir di Kg. Temau, Raub (orang rawa) anak kepada Tok Shahrum (Sutan Ali atau Sutan Basirun atau Tengku Ali)

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah,
    baru saya tahu istilah Bung itu datang dari mana, sebelum ini ada juga kenalan saya memanggil rakan - rakannya Bung untuk menunjukkan rasa kagum dan hormat diatas pencapaian individu tersebut. Mungkin itu sekadar gurauan diantara mereka.

    Ya memang Aruah Bung Karim hebat dan terkenal dalam zamannya. Tetapi pada hari ini, kita hanya ada Bung Hashim .
    hanya Bung Hashim yang sanggup berkarya tanpa kertas dan pena ,
    hanya Bung Hashim yang masih kental untuk mengkaji dan bercerita tentang sejarah Pahang.

    PakNgah ini ada - ada saja ,mana mungkin Bung Hashim akan dikenali selepas mendapat gelaran Aruah , sedangkan sekarang ni pun sudah ramai orang asing mula mengenali PakNgah.. termasuk saya.

    p/s Pakngah kenal tak Makcik Azizan , sepupu mak saya , tapi dia telah aruah, suaminya Pakcik Zainal tinggal kat Jeruas,kalau tak silap berpangkat tinggi juga dalam Jabatan Polis ,Cawangan Trafik Raub. Adik saya berjaya menjejak kasih - anak sepupu mak itu melalui internet juga.

    ReplyDelete
  4. Md.suak,
    Salam pakcik,

    T,kasih Md, begitulah pakcik ni, banyak yg kenal dan bayak pula yg tidak. Dari segi menulis ini saya tulis apa yg saya tahu dan mana yg tak betul atau salah jawab, minta maaf dan sila perbetulkan.

    Pakcik.

    ReplyDelete
  5. Sdr Arisel,

    Salam...

    Masya Allah,ada dua lagi. Saya kenal sangat dgn dua orang bung itu. Kedua duanya Bung Parti Rakyat. Lumrahnya Bung buat cikgu Selamat Ahmad Kamal dan cikgu Zulkifli agak tenggelam oleh gelaran cikgunya .Tone atau bunyi sebutan utk mereka, juga tidak selancar menyebut Bung Karim dan Bung Hashim, ha ha ha...

    Catatan sdr mengenai Tok Gajah, saya ambil untuk pengumpulan saya.

    Ada dua cerita mengenai Tok Baginda Demu. Satu cerita dikatakan datang dari Asam Kumbang di Perak. Satu lagi dikatakan dtg dari Istana yg di nujumkan sebagai membahayakan negeri, lalu dihukum bunuh. Saya tak pasti, apa pandangan sdr.

    Salam
    Bung Hashim.

    ReplyDelete
  6. Terra Ida,

    Salam dr.pakngah,

    Sebenarnya nama Bung tu main main saja. Semuanya ni datang ketika kami dulu sangat cergas dlm Parti kiri . Pakngah nak tengok riaksi orang.AriselBA tadi tambah 2 bong lagi. Mereka: Bung Selamat, Bung Zul dan Bung Hashim,adalah dari satu ideology. Kami mmg memanggil bung antara satu sama lain.

    2. Azizan sepupu mak ida, mungkin pakngah tak ingat. Cuba beri sedikit klu lagi. Zainal tu masih bekerja lagi ke atau bersara. Siapa nama, mak dan ayah Azizan tu.

    Salam,
    Pakngah.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Cik,

    saya nak tambah, abah saya pun orang panggil "bong" jugak tapi orang sekitar Dong je kot...."Bong Malek"...he he...


    salam,
    Hai

    ReplyDelete
  8. hai, Salam...

    Itu anugerah atau kurniaan yang tidak berprotokol. Bagus. Kaum atau gerembolan pakcik kian bertambah. Salam saya kepadanya. T.kasih.

    Pakcik Hashim

    ReplyDelete