Adat merisik di tempat saya:
La ni, banyak adat adat melayu lama peninggalan datuk nenek moyang kita, tidak digunakan sepenuhnya lagi. Agaknya banyak yang remeh temeh. Justeru, penggunaan 'Biar mati anak asal jangan mati adat' sudah tidak begitu relevant lagi diamalkan sekarang. Banyak dipotong dan diringkaskan sana sini. Mungkin juga ada baiknya, apatah lagi sekarang serba benda hendak cepat dan tepat dan semua kerja hendaklah straight to the point. Di tempat saya, bagi orang kg.Sega dan Kg.Tempoyang adat merisik masih berlandaskan yg lama atau adat lama.
Sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan ianya masih lagi didahului oleh majlis bertunang yang sebelumnya didahului oleh adat merisik. Merisik di buat setelah adanya salin berkenan di antara dua pihak lelaki dan perempuan. Pun ada juga pihak lelaki sahaja yg berkenan sedangkan pihak perempuan tidak malah tidak tahu menahupun bahawa anak perempuannya sedang diperhatikan oleh jejaka di pihak lelaki. Lantas urusan untuk mendatangi pihak perempuan, adat merisik kenalah di pakai.
Justeru, pihak lelaki akan menghantar wakil, atau kedua orangtua pihak lelaki sendiri akan berkunjung ke rumah pihak perempuan membawa sebentuk cincin. Cincin merisik namanya. Cincin tersebut sama ada diletak didalam bekas atau tidak, bertindak sebagai salam pembuka kata, maka sekaligus fahamlah pihak perempuan bahawa kedatangan pihak lelaki membawa hajat besar iaitu hendak merisik anak daranya yg jika tiada halangan akan dipinangnya untuk anak lelakinya kelak.
Sekiranya telah ada hubungan diantara kedua anak lelaki dan anak perempuan itu, justeru perhubungan mereka telah menjadi rahsia umum, maka adat merisik akan menjadi lebih mudah demi kebaikan buat jejaka dan dara itu. Lalu pihak perempuan akan menerima cincin merisik tadi dengan bertangguh. Maknanya jawapan bersetuju tidak dinyatakan terus melainkan mengikut adat, empunya tubuh badan akan ditanya terlebih dahulu, kaum keluarga jauh dan dekat dicanang, takut kalau kalau berlaku di kemudian hari ada pihak pihak kaum keluarga yang terkilan. Tempoh penangguhan juga termasuk agenda meneliti latarbelakang si teruna mengenai asal usulnya, pekerjaannya dan lain lain. Setelah semua berpuas hati mentelahan pula tempoh yg dijanjikan hampir tiba, pihak yg kena risik akan bertandang ke rumah si teruna untuk memulang kata atau membawa khabar bahawa risikan telah berjaya dan tiada halangan.
Semmentara itu, sekalipun telah ada hubungan antara kedua teruna dan dara yang salin berkenan atau tidak, adat merisik diteruskan juga. Setelah berusul usul, bertanya tanya dan canang mencanang lalu mendapati pihak perempuan tidak bersetuju maka cincin merisik dikembalikan dengan alasan sebaik mungkin. Jika bersetuju di mana pihak perempuan berpuas hati, cincin merisik tidak dikembalikan, melainkan bertandang pula untuk memberi persetujuan, maka kedatangan mereka segera bertukar menjadi majlis menetapkan hari bertunang.
Adat juga menetapkan bahawa semua urusan menerima atau menolak risikan hinggalah ke hari bertunang adalah tanggung jawab keluarga sebelah ibu atau sebelah keluarga perempuan, manakala keluarga sebelah pihak ayah si dara akur sahaja.
Cerita merisik ini akan jadi menarik jika ada lirik pantunnya, Bong. Sebab orang sekarang pakai redah aje. Jurupantun tidak ada kerja lagi, jadi adat tu kurang meriah. Soal bertangguh tu memang wajar, tapi jika pihak dara beralasan - tangguh setahun dua, mungkin si teruna boleh sabar, tapi kalau pihak dara mengatakan, si anak daranya boleh bernikah setelah kakaknya nikah dulu, gimana. Jika kakaknya tu Tomboy, lambatlah kahwinnya. Ada berlaku si teruna terpaksa cari dara yang lain, ibu bapa si teruna merisik lagi, lambat lah pulak...tapi zaman dunia tanpa sempadan ni, merisik guna warkah digital atau emel atau chit chat, bila mereka dah ada kata sepakat, ibu bapa si teruna dengan rombongan dua tiga buah kereta datang ke rumah si dara untuk hantar tanda, cincin lah tu... kerana bakal pak mertua dah tua, penyakit tiga serangkai dah ada dalam tubuh, cepatkan pernikahan... lalu janji punya janji, urusan nikah kahwin dirancang. Zaman kini, mula-mula si dara dan si teruna kena masuk kursus nikah kahwin, antara isi ceramahnya semua berkait dengan pengurusan seks berumahtangga, soal hidup sebagai satu keluarga seperti tugas isteri dan tugas suami hanya diceramahkan amat ringkas sekali. Cuma satu kebaikannya kini, pasangan teruna dan dara kena buat tapisan HIV. Ini ada sikit bagus.... ada ironinya kini, tempoh berbulan madu pasangan baru kahwin, peratus isteri ajar suami sembahyang lebih ramai bilangannya. Sepatutnya lelaki jadi imam kepada isteri.Kenapa ini boleh berlaku, sama-sama kita renungkan. Jadi dalam modul kahwin tahun-tahun akan datang, kursus kahwin dua hari tu dijadikan satu minggu untuk bengkel membetulkan solat lima waktu, solat sunat, amalan berpuasa yang betul, tanggungjawab bayar fitrah dan berzakat... jika tidak,apa nak jadi generasi akan datang, kita tak tahu, ALLAH aje yang tahu. Panjang pulak celoteh saya sebab seronok Bong menulis hal-hal nostalgia, tapi saya tetap sudu, Bong sedang meramu, mengadun kuah gulainya, sedap tak sedap gulainya, saya telah menjamahnya. Teruskan Bong menulis...lepas ni mesti ada cerita, semasa merisik orang dulu si teruna tak ikut, tapi zaman sekarang, si teruna berkepit dengan ibu bapanya menziarahi rumah si dara... tak malu betul...apa halnya...
ReplyDeletePak Ngah ,
ReplyDeleteSaya juga bersetuju dengan konsep merisik dan tempoh penangguhan yang diberi, bagi mengelakkan berlakunya putus tunang.
Ada kawan saya mengatakan , tempoh bertunang adalah tempoh untuk mengenal pasangannya, kalau tak sesuai atau serasi, masih boleh diputuskan. Maka banyak kali lah dia putus tunang, isshhh...saya tak bersetuju langsung dengan polisi hidupnya. Sebab hal ini melibatkan maruah keluarga di kedua - dua belah pihak .
errr.... betulkah orang kata , tempoh bertunang tu, banyak pula dugaan dan cabarannya ?
orang dulu - dulu tika bertunang , si teruna pun dapat cincin juga ka ? sekadar bertanya... manalah tau semua ini adalah pengaruh dari barat ?
Salam Pakcik.
ReplyDeleteSekarang saya faham serba sedikit mengenai asbab merisik. Terima Kasih.
Saya juga ada baca di mana yang saya dah lupa bahawa pemberian bunga telur motifnya adalah supaya beranak cepat@ramai. Telur = anak.
Jadi bila sekarang ini diberi gula-gula atau sapu tangan kecil, apa jadinya?. Ha Ha.
Berkenaan dengan laman berita Malaysiakini seperti yang Pakcik beritahu sebelum ini, saya ingin cadangkan kepada Pakcik untuk membaca Mstar. Kadang-kadang beritanya lebih terkini berbanding Malaysiakini.
Alamatnya di sini:
http://www1.mstar.com.my/
ps: Teruskan menulis, saya selalu tertunggu-tunggu tulisan Pakcik.
Terima Kasih.
salam pakcik,maaf nak menyampuk sikit
ReplyDeletesetujulah kiranya saya dengan tulisan pakcik yang tertulis "biar mati anak,jangan mati adat"..kerana apa adat dah tak dipraktikkan sekarang ni bertitik tolak dari ungkapan itu sendiri.biarkan anak mati,siapa yang nak menyambung adat?
Salam...!! Pak Hashim, saya ingin bertanya soalan yang agar tersasar dari tajuk. Pernah kah Pak Hashim bersama di zaman Pak Chu Bachik pengisek Biola ?? Adalah Wei ( Ismail ( ) yang Pak Hashim kenal tu seorang pemusik, saya yakin Pak Hashim mempunyai ceritanya !!
ReplyDeleteSdr Md.Suak,
ReplyDeleteSalam...
Pakcik kenal dengan Pakcu Bachik dan dia datuklah kpd D'Siti Nurhaliza. Saya pernah bersama satu pejabat dgn aruah Pakcu Bachik di JKR Lipis. Pakcu tu chargeman W'shop JKR, saya di Pejabat. Bila dia bersara anaknya Karim jadi forman / mekanik di W/Shop yg sama. Ismail @ Ibrahim @ pak Wei / Mail bekas pemandu di Hospital Lipis. Memang keluarga pakcu ini orang seni, semuanya pemusik. Ismail pemain Sexaphone. Sampai skrg. mereka main music. Saya adalah sekali dua ke rumahnya pak Mail, alat musicnya macam macam. Cerita yg pelik mengenai pak Mail saya tak tahu. Setelah bersara, dia jual kerpok di pekan pekan sehari. Dekat rumahnya ada kolam ikan. Saya kenal dia tapi tak berapa akrab. Nanti kalau ada masa saya akan risik mengenainya dan saya akan cerita pd Cik Md, ok!.
Pakcik Hashim.
Sdr Arisel
ReplyDelete& perhatian buat:
Terra,
enamdegrees,
Freddie,
Salam...
Bagi saya sdr Arisel agak tergesa gesa mendahului saya sedangkan entri itu khusus untuk merisik saja. Mereka belum bertunang apatah lagi kahwin, ha ha ha. Maknanya saya ada dua entri lagi untuk dipaparkan - adat bertunang dan adat kahwin.
Tempoh merisik biasanya tidak lama, kira kira seminggu dua aje. Kalau pihak perempuan tak setuju, jawapannya lagi cepat. Merisik adalah proses awal untuk ke gerbang perkahwinan. Jadi orang sekarang, di zaman serba maju ni adat tak pakai lagi sebab remeh temeh. Orang pakai short cut saja. Buat kata Freddie, jika terlalu mempertahankan adat akan banyaklah anak anak mati,siapa pula akhirnya akan mempertahankan. adat?
Adat bertunang tak sama dengan merisik. Majlis
Bertunang adalah pra majlis kahwin. Sekarang ini dimana manapun jua, adat bertunang di short cut orang dan kalaupun ada, Undang Undang cuma di mulut tetapi sekalipun dimulut jika berlaku sesuatu, kes nya tetap legal di Mahkamah.
Di Lipis ini cuma ada di Mk.Telang saja, Undang Undang bertulis mengenai adat bertunang. Ianya merupakan satu agreement dimana pada akhir adat, kedua dua pihak lelaki dan perempuan akan menandatangani agreement tersebut. Ketua adat ia itu Ketua Kampung akan membacakan pecahan pecahan daripada perjanjian itu untuk didengarlah kedua pihak pihak peminang dengan yg kena pinang.
Putus tunang, pantun memantun, kursus kahwin, pemeriksaan kesihatan tidak timbul dalam edah merisik. Perkara ini hanya timbul semasa hari bertunang. Putus tunang pula adalah advantage kpd Undang Undang apabila sabit hukum engkar dalam perjanjian. Merisik maknanya sekadar tumpang bertanya.
Nampaknya saya telah mencuri sedikit idea untuk entri saya mengenai Adat Bertunang.
Sdr. Arisel, saya akan dapatkan Deraf Surat Perjanjian Pertunang Bertulis yang di pakai di Mk. Telang
Sdr Arisel,
ReplyDeleteSalam...
Saya sambung sedikit setelah tadi gangguan.
Saya akan dapatkan deraf Surat Perjanjian Pertunangan Bertulis, yang di pakai di Mk. Telang untuk dimasukkan ke dalam blog sdr, mudah mudahan ada manfaatnya.
Sambung lagi: semasa merisik, si teruna bagaimanpun tidak ikut sama kerana disitulah suspense nya. Keputusan merisiklah yang akan jadi penentu sama ada mereka si Uda dan si Dara akan bertunag.
Sekian dulu, sdr Arisel, Insya Allah kita sambung lagi. Terima kasih di atas hujah sdr itu.
Salam:
Bung.
salam pak cik,
ReplyDeletejadi,bile sudah dirisik, adakah bole digelar tunangan orang?
iYda Juhar,
ReplyDeleteSalam...
Belum lagi. Yang dikatakan tunangan orang hanya valid (sah) selepas majlis pertunangan apabila diisytiharkan oleh Pengerusi ( ketua adat @ ketua kampung @ Pengerusi yg dilantik )Majlis Pertunangan pada hari tersebut.
Pakcik.