Followers

Monday, March 9, 2009

Sepanjang hayat 31



Mamat 1 dan Mamat 2 ada balik:

Semalam 8 Mac saya tak menulis. Tak boleh menulis.Hendak menulis macam mana, si dua Mamat tulah punya fasal. Tak usahkan nak buka komputer, dekat dengan komputer sahaja, mereka dah menaip, tekan sana tekan sini. Aduh! buasnya.

Itulah cucu kembar saya, dua dua jantan, 23 Mac ini genap dua tahun, anak pada anak lelaki pertama saya Hasbullah. seorang eksikutif di Cagamas. Lihatkanlah di dalam gambar, comot dengan ice-cream. Seorang bernama Muhammad Harriz dan seorang lagi bernama Muhammad Harraz. Sampai jam satu malam tu mereka belum tidur, barangkali sudah puas tidur dalam kereta. Gamat sekali mereka, lompat sana lompat sini, tendang bola sana tendang bola sini, bertempik, menjerit menangis, bergaduh, rampas itu rampas ini sampai koyak koyak buku kakaknya. Aduh! gaduh lagi menangis lagi, riuh rendah sampai jauh malam.. Dua dua dah mula pandai bercakap lalu Atuk sana Atuk sini dan bila lapar minum susu.

Saya tak boleh buat apa,tak boleh kata apa dan asyik melayan mereka berdua sahaja. Itulah orang kata, sayang ke anak, sayang lagi cucu. Kalian semua tunggulah, kalian juga akan merasa,bila sudah ada cucu nanti, ha ha ha...

Bukan itu sahaja cucu saya. Ada sepuluh orang lagi. Entah entah dalam perjalananpun sudah ada. Saya sedikit hari lagi, kalau umur panjang, saya akan jadi orangkaya cucu, OKC. Feilnya macam macam, yang lelaki satu macam dan yang perempuan juga macam macam.

Ayah saya aruah Cikgu Haji Mohamad Zabidi bin Gendut, ada 72 orang cucu dan sempat punya cicit lima orang sebelum meninggal dunia. Begitulah besarnya keluarga saya. Ayah saya meninggal sewaktu umurnya 84 tahun, jenazahnya diusung oleh cucu cucunya sahaja sejauh kira kira 500 meter, tanpa dapat di bantu orang lain dan memasukkan ke lehadpun di buat oleh anak cucunya sahaja.

Kalau ayah atau kami hendak buat kenduri atau berkumpul anak cucu, saiz kenduri itu pastilah sekurang kurangnya seekor kambing. Tak payah jemput orang lain. Namun begitu, rumah gedang peninggalan ayah dan emak itu pernah tinggal begitu sahaja. Tidak seorangpun daripada anak anaknya yang mahu tinggal disitu, kerana masing masing sudah punya rumah, sehinggalah seorang daripada cucunya yang telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan hidup cara kampung. Begitulah keluarga saya, keluarga besar dari Kampung Tersan, Mukim Sega, Raub Pahang.

11 comments:

  1. Bong, saya doakan Bong memiliki kulawarga besar yang bahagia amat. Syukur kepada Allah. Betul kata rang Rao, 'anak permato hati, cucu intan keluargo'

    ReplyDelete
  2. Sdr Arisel, salam...,

    Gunung sudah digondolkan,
    Pohon amat seksa
    Mana tempat lagi belalanng bisa terbang
    Semua mahu diglobalisasikan,
    buat menjarakkan jurang...

    Sdr dah bercucu belum,kalau belum cepat cepat lah kahwinkan anak. Selagi belum selagi itulah gila kita belum sempurna.

    Buat kata orang, sehari kahwin sehari tua, sehari dapat anak sehari gila, sehari bercucu sehari pula tidak menentu, ha ha ha...

    Bung Hashim

    ReplyDelete
  3. Bong, saya dah ada tiga cucu ( Alia, Fara dan Balqis) dari dua ibu, semuanya perempuan. Kato urang tuo-tuo, selagi lahir bayi perempuan, bumi masih muda.

    Bong, saya dah sediakan ruangan bersembang di blog Urang Rao dan Teromba Rawa. Bolehlah kita sembang.

    ReplyDelete
  4. Salam Pakcik.

    Boleh cerita lebih lagi mengenai cucu arwah Ayah Pakcik [Anak Saudara kan?] yang balik ke kampung tu.

    Menarik pula saya dengar sebab sekarang ini jarang orang hendak berpindah kembali ke kampung.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. enamdegrees, salam....,

    Iya, benarlah cucu arwah ayah saya dan ank sdr kepada saya, namanya Iskandar isterinya Ayu dan dua anak balik menetap di kampung dan membuat kerja kampung. Dulu dia Polis Bantuan di K.Lumpur dan isterinya Pengurus kedai Kentucky Fried Chicken mengambil keputusan serentak setelah menyedari kesukaran tinggal di K.L yg serba mencabar.

    Projek mereka ialah Cacing, Lintah dan ikan dgn modal sendiri dan pinjaman TEKUN. Sementara menunggu projeknya mengeluarkan hasil, mereka membuka sebuah warung di Kg.Tersan berhampiran masjid. Perniagaan ditumpukan sebelah malam. Nampaknya maju juga. Pelanggannya terdiri dpd pemandu pemandu lori kargo KL - KB selain dari orang kampung dan orang orang yg berselerakan kmakanan dan tempat baru. Menonya nasi masak panas,burger, soup dan roti canai. Pekerjanya terdiri dpd anak buah, sepupu dan sdr dekatnya. Pun dia ada pengalam menebar roti canai sebelum kerja di KL dan isterinya ada pengalaman mengurus. Pakcik ni selain dari makan free cuma beri semangat aje lah.

    Kebetulan ada kawasan yg luas utk parkir kereta.
    Tarikannya ialah lampu cerah warna warni dan TV.

    Mudah mudahan kalau dia tak pandai jemu, pakcik rasa usahanya ok, boleh cari makan.

    Pak Hashim.

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Ngah...
    wah, genetik kembar itu dari rumpun keluarga sebelah siapa ya ?

    Cucu mak saya ada 6 , semuanya Hero !
    jadi bila mereka berjumpa , memang kena ada pemantauan yang ketat.. sesi gaduh memang wajib hahahaha..

    Insyaallah ,disamping mengunjungi kubur Aki dan Wan, saya juga akan cuba menjenguk rumah peninggalan Aki.. itupun sekiranya masih ada jalan untuk masuk ke sana.

    ReplyDelete
  7. Terra Ida, salam...,

    Jantan kembar tu genetik pakngahlah, siapa lagi. Ankanya si Hasbullah anak lelaki pakngah yg pertama No.4 dlm adik beradiknya( dlm gambar tepi sekali berongkok hitam)

    Aduh! klu seme jantan, "pepalih" ( cakap org Sega bermakna keluhan terkejut) gamat rumah. Hendaknya kalu seme sebaya, memang kena pantau.

    Baguslah, sesekali balik, ziarah kubur dan sdr mara supaya silaturrahim tidak putus.

    Pakngah.

    ReplyDelete
  8. annapopp, salam...,

    Itulah cucu pakcik, terima kasih.

    Pakcik Hashim

    ReplyDelete
  9. Sdr Arisel, salam....,

    Sdr kena bergendang dahulu, baru saya bisa menari, dong. Ha ha ha...

    Bung Hashim

    ReplyDelete
  10. salam..
    apa sy nk panggel pkcik nih yea..
    apa2 pun suka baca blog nih..
    bahasa melayu yang cantik.
    kalau boleh buat lah puisi atau sajak jika ada masa terluang..
    teringin juga nak membaca bahasa2 indah ni..

    ReplyDelete