Followers

Saturday, March 7, 2009

Sepanjang hayat 30

Menongkah arus 3.

Semasa balik Pak Man kurang menggunakan enjin, banyak menggunakan dayung atau pengayuh dan galah panjang. Malik badan besarlah yang bekerja keras, kalau tidak, tersalah haluan perahu nanti, boleh melentang dan terbalik dek arus yang rakus itu atau terus menongkah tebing pula. Rumah Menteri Silih kena singgah walau apapun, kerana anak anak dara Menteri terutama Milah, pasti menunggu kami dengan senyum lebar. Di suatu saat kami mahu turun ke perahu Milah memutarkan radio transisternya lalu berkumandanglah lagu, " Sudah kahwin ke belum, bagai bunga sekuntum..." Waduh! bagaikan terhenti langkah kami lalu menoleh ke arah Milah. " Hai! Milah, iyake...." saya segera mencelah. Milah membalas, " Ape tak iyanya..." dan Milah yang kiut berkulit hitam manis menyambung terus dengan senyum yg semakin lebar, " Buah hati suami orang..." Waduh kami gelak terkakah kakah. Menteri senyum sahaja, isteri Menteri juga tersenyum dan anak anak Menteri yang lain terkekek kekek, " Bila nak datang lagiiii...", serentak bunyinya.

Bukan sekali dua kami mudik Sungai Jelai Kecil hingga sampai Kuala Kenit. Banyak kali. Jeram apa, saya sudah lupa penamat perahu boleh digunakan. Air sungai semakin cetek, jeram bebatu ala air terjun semakin banyak. Mudik tidak boleh lagi menggunakan perahu. Ikan semakin banyak tetapi saiznya semakin kecil pula.

Lain pula dengan Sungai Telom, airnya terus menerus dalam. Bebatu dan berjeram. Ada tempat sungai bertebingkan batu bagai dinding konkrit. Lubuk lubuknya memutarkan air berwarna gelap. Ada kalanya kami ngeri dengan keadaan sungai ini. Kami tidak mapu mudik lebih jauh lagi ke hulu. Setakat Dixon Port sahaja. Ada perkampungan orang Asli di sini. Rumah Persinggahan pun ada tetapi kami tidak bermalam di situ sebab duduknya jauh di atas bukit. Kami lebih suka berkhemah di tebing sungai. Senang, senang mandi, senang ambil air dan senang melepas. Anak anak orang Asli kecil besar datang hampir mengelilingi kami. Riuh rendah mereka bercakap dalam bahasa mereka.Phuhhh... hanyir baunya, aduh!!!.

Sungai Serau lain pula. Semakin ke hulu semakin berpasir. Tidak ada perkampungan Orang Asli di sana. Mudik Sungai Serau tidak menyeronokkan.

Yang peliknya, anak anak orang Asli sekalipun masih kecil, sudah pandai merokok. Lantas tidak segan segan meminta rokok dari kami. Kami hulurkan tembakau untuk yang dewasa dan yang tua tua. Kepalang seronoknya mereka tetapi yang muda muda tetap menagih, "Rokok sigret tulah encik".

Yang lebih peliknya ialah, anak anak orang Asli yang tinggal di hulu hulu sungai berjauhan pula dengan orang melayu dan bahasa serta loghat seharian mereka tentulah bahasa mereka sendiri iaitu Jakun, tetapi mereka boleh bercakap dalam bahasa melayu dengan fasih. Dari siapa mereka belajar. Siapakah yang mengajarnya. Yang kecil kecil itu tidak pergi sekolah malah sekolah pun belum ada pada masa itu. Bukankah itu pelik namanya?. Sampai sekarangpun saya masih belum dapat jawabnya.

6 comments:

  1. Pakngah,
    Adakah agenda singgah di rumah Rumah Menteri Silih itu boleh dikira sebagai tanggungjawab sosial hahahaha....

    Kalau menpelajari bahasa melayu , boleh mengenyangkan perut atau sekurang - kurangnya menyedapkan mulut dengan rokok,
    sudah tentu secara automatik ,
    mempelajari bahasa Melayu menjadi salah satu "survival skill" yang penting untuk anak
    - anak orang asli. Tak gitu Pakngah ?

    p/s Pak Teh (Uncle John tu) saya pun ingat lebih tua dari Pakngah, dia pun dah tak berapa sihat juga, saya tahu sudah tiba masanya saya pula ke sana... Pakngah jumpa Pak Teh kat mana ?

    ReplyDelete
  2. GUNUNG DAN POHON
    Haiku Arisel Ba

    Gunung dan pohon
    Padang hilang pintunya
    Ratap belalang

    3 November 2003
    Kuantan, Pahang

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera buat Pak Hashim, sememangnya Pak Hashim mengenali ramai orang, saya kagum dengan penerangan yang Pak Hashim berikan kerana semua nama-nama yang saya sebutkan di jawab secara jelas dan tepat sekali,

    Pak Hashim jika dalam peperangan pihak yang mengibar bendera putih sebagai tanda mengalah atau ingin berdamai, mungkin saya terpaksa mengibar bendera putih terlebih dulu..!! akan saya kibarkan di atas bukit dekat balairaya Kg.Tempoyang ( saya tak pasti sama ada Balairaya itu masih ujud atau sebaliknya ) tertanya-tanya juga dalam hati, mungkin kah Pak Hashim mempunya ramai suku sakat di Tempoyang…siapa Pak Hashim …ni ???

    ReplyDelete
  4. err tambah sedikit lagi...

    mengapa PiPi nampak paling kecil & kurus...
    dikalangan adik - beradik lelaki ?

    adakah itu satu penyamaran ?
    kita nak marah pun tak jadi...
    hahahaha.......

    ReplyDelete
  5. Terrada, salam...

    Pak Menteri Silih tu orang besar kaum. Rumahnya menjadi kunjungan dan tempat singgah, sebabitu rumahnya agak bersih sikit dpd yg lain. Anak anaknya pun ada yg sekolah. Milah tu,kata Menteri sampai tkt.3 s'ja. Tak mampu dah...Anak anak yg tinggal jauh dihulu tu takde seoklah, belajar dgn siapa. Jadi benarlah orang asli adalah orang melayu. Mereka memencil oleh sesuatu faktor yg belum selesai...Kemajuan sekarang nampaknya ada evolusi yg boleh membawa mereka kesatu paradigma dan survival lebih bai.

    Pipi memang rendah sikit dpd yg lain.Dlm gambat tu dia napak tersepit, jadi nampaklah kecil. Yg besar dua orang tu dah kahwin sebabtu jadi besar dan yg 4 lagi tu belum kahwin.Yg baju hijau tu adik mereka yg kecik beljr di IKM Pekan.

    Pakngah.

    ReplyDelete
  6. Md Suak, salam...

    Pakcik ni nama aje orang Raub tpi pakcik sudah declared org Lipis. Tempoyang tu dah jadi tempat saya. Kampung kecil tak sampai 30 buah rumah org asal. Sebab tu P'cik kata Tempoyang sepatut telah lama maju kerana hampir dgn bandar spt. Ketari di Bentong, Kg.Hj.Ali di Temerloh, Kg.Tengah,kg Jawa Darat Makbar di Ktn dan Kg.Baru di K.Lumpur. Isteri pakcik yg baru ni org Tempoyang.
    Balairaya masih ada. Sekarang sudah dipinda,dan ada Dewan. Berhampiran ada masjid dan memangnya di atas bukit.
    Ada kelapangan dan masa dtglah ke Lipis, jgn lupa cari pakcik, ok.

    Pakcik Hashim.

    ReplyDelete