Wakaf sumbangan Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie
Makam Tok Mat Amin, Tok Shahbuddin, Tok Kumin,
Tok Muhammad dan Tok Endir.
Makam Keramat Bukit Tersan
TOK MAT AMIN KERAMAT BUKIT TERSAN.
Tok Mat Amin keturunan Tok Baginda Demu, yang mula mula membuka Kampung Tersan datang menyusur mudik Sg. Lipis dari Kg.Pagar, Penjom Kuala Lipis, lalu di lantik Penghulu Mukim Sega, Raub Pahang sekaligus sebagai Imam dan Pawang.
Setelah uzur beliau ingin melepaskan semua jawatan yang disandangnya sebagai Penghulu, Imam dan Pawang tetapi tidak menurunkan semua jawatan tersebut kepada anak anaknya, padahal beliau ada tiga orang anak lelaki masing masing bernama Tok Ngah (Imam Ngah), Tok Teh Din dan Tok Kumin.
Tok Mat Amin dikhabarkan sangat berhati hati dalam memilih siapa pengantinya. Beliau sangat mendalami keadaan seseorang itu, siapa yang mempunyai potensi dan cici ciri kepemimpinan yang layak yang boleh mentadbirkan Mukim Sega itu. Beliau tidak memilih sebarang orang walaupun anaknya sendiri.
Akhirnya Tok Mat Amin berkenan lalu memilih menantunya, Tok Shahbuddin bin Tok Alauddin keturunan Tok Mansur orang Bugis, suami kepada anaknya Tok Itam Radhiah, mengambil alih jawatan sebagai Penghulu, Imam dan Pawang. Tok Shahbuddin pula tidak berupaya untuk menyandang ketiga tiga jawatan itu sekaligus. Atas budibicara Tok Shahbuddin lalu menyuruh orang orangnya memanggil abang iparnya Tok Muhammad bin Tok Aya yg tinggal di Kampung Pasir Purun, Sengkela, yang bersempadan dengan Mukim Semantan Hulu, untuk di lantik sebagai Penghulu menggantikan To Mat Amin. Lantikan ini dipersetujui oleh Tok Mat Amin. Manakala jawatan Imam, Tok Shahbuddin yang di beri kuasa penuh itu menamakan abang iparnya, Tok Ngah bin Tok Mat Amin iaitu abang kepada isterinya Tok Itam Radhiah lalu bergelar Tok Imam Ngah. Tok Shahbuddin hanya memegang jawatan Pawang sahaja. Demikianlah kewibawaan Tok Shahbuddin di atas kapacitinya sebagai orang kepercayaan Tok Mat Amin membahagi-bahagikan jawatan Penghulu, Imam dan Pawang dengan adil dan saksama.
Apabila Tok Mat Amin meninggal, jenazahnya disemadikan di atas Bukit Tersan. Kemudian menantunya iaitu Tok Shahbuddin, Tok Kumin anaknya, Tok Muhammad bin Tok Aya Penghulu dan seorang lagi Tok Endir, semuanya disemadikan di Makam Bukit Tersan.
Semua Penghulu selepas Tok Muhammad bin Tok Aya, adalah waris daripada keturunan ini. Sembilan orang Penghulu semuanya kecuali Penghulu yang kelima Tok Muhammad Saman bin Haji Abdullah berasal dari Temerloh bertugas selama tiga tahun sebelum ditukarkan semula ke Mukim Semantan Hulu, menggantikan Penghulu Muhammad Dahan bin Imam Teh yang pada masa itu masih muda justeru orang baharu di lantik tidak layak memegang Mukim yang besar seperti Mukim Sega. Penghulu Osman bin Hussin Penghulu yang keduabelas sekalipun di lantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang adalah juga waris daripada keturunan Tok Mat Amin.
Nota tambah:
Adalah amat diharapkan, sekiranya ada sesiapa yang berkait keturunannya dengan Tok Mat Amin dan Tok Muhammad bin Tok Aya keturunan Tok Mansor orang Bugis, di mana sahaja mereka berada saya dengan rasa rendah diri menjemput agar bertandang ke laman saya supaya dapat bertukar tukar fikiran mengenai asal usul atau salahsilah, terima kasih.
Salam Pak Ngah...
ReplyDeleteSaya tertarik dengan jawatan Tok Mat Amin sebagai Penghulu , Tok Imam dan Pawang...
cuma untuk jawatan Pawang , adakah ianya juga boleh dipelajari atau merupakan satu anugerah ?
hanya orang yang terpilih sahaja yang boleh menggunakan ilmu itu...
Pawang dulu, tugasnya adakah untuk menyembuh penyakit sahaja atau ada kemahiran yang lain...
Ditakdirkan arwah ayah saya merupakan seorang Tok Bomoh barang/anak/suami/isteri hilang. Banyak sungguh gambar orang hilang dalam simpanan arwah.
5 tahun selepas peninggalan ayah, ada juga orang datang untuk carinya. Saya difahamkan ilmu itu diperturunkan dari arwah Datuk .
Apa pendapat PakNgah tentang ini ?
Maaf , soalan saya agak 'lari' juga dari apa yang hendak Pakngah sampaikan...
p/s anak sedara Pakngah yang nak kawin hujung minggu ni, lelaki atau perempuan ? kalau perempuan... terlepas la PiPi dari jadi
pengapit lagi hahahaha.. :)
Salam,
ReplyDeleteSaya keturunan cicit Ismayatim Kuala Atok. Ada Kena mengena ke? susah nak carik sejarah keluarga ni. Dengar cerite sedara mare saya di sekeliling kampung Kuala Atok, tersan, sega. OH tak lupa saya cucu arwah Tok Simah kat tempoyang sana (umah atas bukit).
Terra Ida, salam...,
ReplyDeletePenghulu, Imam dan Pawang adalah tiga jawatan yg berlainan. Pawang fungsinya mmmg mirip bomoh dan dukun, tetapi imagenya lebih kpd semangat @ spiritual yg bukan lain dr mystictism. Pawang lebih mengenali Alam Ghaib iaitu Alam Jin dan Alam Alam yg tidak dikenali oleh orang di Alam nyata. Benda benda (Jin, hantu,Syaitan, ruh dan lain) sentiasa menyesatkan manusia perlu diberi perhatian. Hanya manusia saja yg boleh mengawal alam ini kerana fitrahnya yg tinggi lagi mulia berbanding jin. Pawang punya ilmu yg sangat tinggi,salin berkait dgn Agama ( Syariaat, Tarikat, Hakikat & Maarifat) susah difahami oleh orang biasa lebih lebih kpd yg tidak mahu ambil tahu. Ok!...
Anak sdr p'ngah tu perempuan, anak adik. Si Pipi tu jgn haraplah, budak mcm tu mngkn tak kesah lagi bak kawin. Agak p'ngah saja.
P,mgah.
Shafik, salam...,
ReplyDeleteKamu anak cikgu Saaban bin Jaafar. Emak kamu cucu Ismayatim. Takkan kamu tak kenal Bakri, isteri Cikgu Rani? Mereka tu semua bukan saja kawan tapi ada berkaitan waris, ok.
Salam,
ReplyDeleteOh ye ke em. .Bakri kenal Akitam saya, steri cikgu Rani tu Wande saya, oh waris, bila nak cite pasal waris waris pulak pakcik? hehe mencari sejarah keluarga ni. terima kasih. Sedikit cerita Tasawwuf pun tidak menyakitkan pakcik.
Salam pakcik,
ReplyDeleteSaya baru balik dari rumah abah,saya cerita pasal pak cik ni,saya nak tanya,mungkin ke pakcik ni anak arwah cikgu Bidi...menurut abah saya la.
Pak Hashim memang ‘world’ kalau si Mawi budak Felda Taib Andak, Kulai Johor. punya ‘world’ kerana aura suara nyanyiannya tapi Pak Hashim juga punya world yang tersendiri kerana nenpunyai ider cerita yang tak putus-putus. Baiklah.. Pak Hashim memang banyak benda-benda yang mempunyai nostagia terutama tentang berbagai bentuk sebutan yang kita dengar di daerah Raub hingga ke Kuala Lipis, saya yakin setiap apa yang akan saya sebutkan nanti akan membuka lebih banyak ruang idear untuk Pak Hashim bercerita.
ReplyDeleteDisebabkan Pak Hashim menatap di Tempoyang, saya nak sebut beberapa nama yang pernah ujud di Tenpoyang.
1. Cerok Tembak ( Padang Tembak ) kini di kenali sebagai Tmn.Seri Tempoyang
Pernahkan Pak Hashim berbasikal atau bermotor ke situ ?
2. Cerok Selengsing di Tempoyang. dulu kawasan sawah padi sekangkang kera, hari ini saya tak tau masih ujud atau sebaliknya ?
3. Buah Perah Jerok Pekan sari Benta ?
4. Sambal biji Getah ?
5. Menangkap ikan Lampam pakai pelampong hanyut di sepanjang Sg.Lipis ?
6. Pesta menuba ikan di Sg.Jelai dan Sg. Lipis ( Sekarang di haramkan ) ?
7. Penanam Jagung di Kg. Binjai atau pun Batu 3 Lipis ?
8. Meracik ayam beruga ( Ayam hutan ) di kaki Gua Bapong.
9. Arwah Pak Ngah pekak bomoh orang sakit gila Ulu Cheka ?
10. Mencari umbut di bulan puasa ?
Pak Hashim, itu hanya sebahagian sahaja untuk uraian…akan saya sebut banyak lagi dalam comment akan dating…Terima Kasih.
Shafik, salam....,
ReplyDeletePakcik nak bertanya, kamu ada belajar Tasawuuf, dari mana sampai kemana. Tasawuuf modern ke atau mengenal diri?
Hai, salam....,
Pakcik ni benarlah anak aruah cikgu Bidi @ Zabidi, duduk di Kg.Tersan, Sega. Boleh p'cik tanya, ayah dan mak kamu siapa, tinggal dimana. Sampaikan salam p,cik pd ayah kamu.
Md Suak, salam...,
ReplyDeleteHari ni sebok sangat, baru balik dr kampung Tersan. Esok sabtu 14 Mac 2009 buat kerja kenduri kahwin anak sdr p'cik di Kg Tersan. Soalan Md.Suak itu ulasannya lebihkurang spt.berikut:
1.Ok, pdg tembak dah jadi PAKR Sri Tempoyang,
2.Cerok Selingsing terletak di atas sedikit Masjid Tempoyang. Ikut dekat masjid boleh atau ikut kehadapan sedikit masuk ke kanan hampir rmh aruah Pakcu Bachik. Kira kira sekitar Pak Mail jual keropok / pemain music.
3.Buah perah boleh dibuat Asam Rom dan boleh juga dijeruk bersama petai.
4Buah getah hanya boleh buat asam rom saja. Asam rom ni terkenal di Batu Talam Raub dan di Tembeling Jerantut. Gulai asam rom paling enak dengan ikan sembilan paya, ikan kenerap, yg lain pun boleh. Tapi kena pedas betul. Tak pedas tak sedap.
5.Pelambung hanyut maknanya merangguh atau menghanyut jaring. Kerja ini boleh dibuat oleh satu seorang atau lebih.
6.Pesta menuba. Pesta ni dah tak dibuat orang. Pesta menuba hanya dibuat di zaman Almarhum Sultan Abu Bakar. Klau Sultan ke Raub tempat menuba ialah Sg.Lipis, di Lipis pastinya Sg.Jelai.
7.Jagong manis Kg.Binjai, masih ada sampai sekarang. Kawasan tanaman jagung itu sering ampuh bah.
8.Meracik ayam beruga. Kerja ni p'cik tak pernah buat. Nak ceritapun tak reti.
9.Aruah pakngah pekak U.Cheka p.cik kurang kenal. Tapi kalau pak Zul buta larang tu p,cik kenal.
10.Mencari umbut bulan puasa pastinya umbut bayas. Dulu guna manual, susah kerjanya. Sekarang bawak chainsaw, kejap je. 3,4 batang tu main main aje. Le ni umbut kelapa sawit, umbutnya pun sedap.
Jawapan p;cik agak ringkas, maaf badan terasa letih sikit.
Shafik, salam...
Kamu belajar tasawuuf? Bagus sangat, di Universiti ke atau di pondok pondok?
Hai, salam....,
Benarlah p'cik ni anak aruah cikgu Bidi @ Zabidi duduk di Kg.Tersan Sega. Boleh p,cik tanya, siapa ayah dan mak kamu dan tinggal dimana?
Pakcik Hashim
Shafik dan Hai, salam...,
ReplyDeleteSoalan kamu p'cik terjawab dua kali, maaf, pakcik sebenar letih sangat.
Salam,
ReplyDeleteMenuntut di pondok di Malaysia ni pakcik, gurunya dari seberang, Naqsyabandiyah. Belajar mengenal Allah pakcik, saya budak baru belajar.
Salam,
ReplyDeleteAbah saya org Raub.Saya cucu arwah Mat Jam b. Manan, Kuala Gali.Abah saya penah sek mahmud kat Raub.Dia perasan kat pak cik,masa tu..mgkn pakcik senior kot,tp dia ada sebut antara nama kwn dia yg saya ingat Tengku Faris.Dia ada cerita pasal aktiviti masa rehat,cari spider beramai2,letakkan dlm kotak mancis.Skrg abah saya dok kat m'tkb.Dia selalu jgak jumpa Cikgu Mat Selamat..Waris dia.
Lagi satu pakcik kenal ke arwah atuk sedara saya nama dia Abd.Rahim b.Noh...(tak pasti bin nya tu)Dulu dia meniaga sate,pastu ank dia plak ada smbg meniaga sate kat Lipis.Nama anak dia tu Sahak.Insyallah,saya akan smpaikan salm pakcik tu.
Wassalam.
hai, salam...,
ReplyDeletePakcik tak ingat mengenai ayah kamu. Cakap dgn ayah pakcik minta maaf sebab tak ingat. Mukin dia junior. T.Paris yg dia sbt tu, bekas w,Rakyat , sdh meninggal dunia, memang junior pakcik. Tetapi Abdul Rahim bin Mat Noh ayah Sahak tu memang sahabat Pakcik. Panjang cerita pakcik dgn Abd.Rahim tu. Cikgu Selamat Ahmad Kamal, En. Abd.Rahim dan pakcik sama dalam satu perjuangan dulu. Parti kami parti Sosialis Rakyat Malaya.. Sekarang sudah pecah, En Abd. Rahim dah meninggal, Cikgu Selamat pun dah lama pakcik tak jumpa.
salam, dr pakcik.
f. Jampi serapah Tok Pawang menhalau “ Pelesit “
ReplyDeleteDi rumah papan beratap rumbia di tepi sawah di kaki bukit ,
Anak kecil “terpernyuk” di buaian ,
Buai di ikat di kayu para serambi dapur.
Kemian di bakar, mentera di baca,
seikat daun pinang di libas dan di kibas,
bertih di tabur bercempera di ceruk dinding
Saekor ‘ Chenkerek berwana merah hinggap di tiang serambi,
berdesir nyaring sreeeeeeeeeeeeiiiii…
bulu tengkok meremah belalang terus berdesir…
Srrrreeeeeeeeiiii…...??
mohdsuak,salam...,
ReplyDeleteJanagan bermain dgn pelesit
nanti kita yg kena cekik,
kalau dah anak terjerit terpekik
Pengubatnya bomoh bukan tabib.
Buai diikat diserambi dapur
Kemiyan berbara asapnya wangi
Tempat begitu jangan celupar,
Apalagi, kalau tiada penahan diri.
Rumah kecil dikaki bukit,
dikaki bukit ditepi paya
bunyi srrrriiiiiit tu pasti pelesit
membawa amaran minta disapa,
Kalau diri tiada upaya,
akan binasalah sepanjang masa.
askum.. Pak Ngah ngah wat susur galur orang di Sega ek?? sayer berminat nak tau..sbab sayer asal dari Sega juga.. Atuk saya asal dari Sega, dulu diorang sme duk dkat pondok polis dekat Sega, yang tepi kanan jalan besar kalau dari KL menghala ke Lipis. Tapi sekarang dah ramai sedara mara kat Sega, Kuala Tok and Dong yang dah lost contact..so saya minta sangat nak tau pasal orang2 kat area sana.. kalau dah siap nanti bagitau rr ekk..
ReplyDeletesalam pak ngah....
ReplyDeletekawan ni anak wan mat zin ... Jiran le kat kampong dan kenal sangat ngan keluarga aki bidi... n pernah main badminton ngan abang din masa kecil dulu...
Skrg ni saya ( wan mohamad ) dah duk kat sungkai perak...
Emak saya masih kat kampong lagi ayah dah meninggal.. umah kat kampong pun dah tinggal tapak je ....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMenarik penulisan tentang kampung tersan ini. Saya juga berkampung kan sega, (sebelah ibu). nama saya Muhamad Asyraf Bin Suhaime. Anak kepada Suhaime Bin Ardi & Aminah Binti Othman. Cucu kepada Othman Bin Mansoor (Othman Engkut) & Rahimah Binti Abdullah. Cicit kepada Mansoor Bin Manja.
Ada kena mengena tak dengan kampung tersan ni. Di fahamkan Perkuburan tersan itu hanya untuk saudara mara atau setidaknya ramai saudara di kebumikan dekat situ..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamu a'laikum,
ReplyDeleteSebenarnya saya tak tahu apa nak pangkat nak guna dengan pakcik ni. Saya Adi berasal dari Sega Tat. Ayah saya Abdul Rahim bin Zakaria a.k.a We Yin. Saya tengah mengikuti post-post dari Sdr Hasanuddin Md Isa berkenaan keturunan kita. Saya tengah mencari gambar makam keramat Tok Mat Amin utk diselitkan dalam blog baru saya dan terjumpa ada pada blog pakcik. Oleh itu saya minta izin nak gunakan. Silalah melawat ke blog saya yang tak sepertinya. Saya buat blog ini utk bercerita pada anak cucu.
Keluarga kas pun dari sega jalur Danial bin Malek...tak tau adik atau abang ngan mat Amin (ada 7 beradik..mat amin..nawar..abul...danial..ketia...limah..samah)
ReplyDeleteJalur kas mat ali jaafar==ngah endik==mohd saleh==malek==danial==imam teh=tok laah=khatib hijau=yusof(aki kas)
Moyang khatib hijau kawin ngan saerah dr ulu atok
ReplyDeleteSalam pakngah. Pak ngah tinggal dimana ada rezeki nk ziarah pakngah.
ReplyDelete