Followers

Sunday, March 15, 2009

Sepanjang hayat 34 - JERAM BESU.

Jerma Besu:

Semasa menyusur Sg. Lipis, lewat tanjung, tebing, lubuk, cega dan bermacam keadaan ada yang baik dan ada yang tidak molek di buat kampung, To Mat Amin meneruskan mudik sungai berhari hari lamanya. Sebelum sampai ke Tanjung Aur di mana Tok Mat Amin memutuskan untuk membuat kampung, rombongan mereka terlebih dahulu bertemu dengan sebuah Jeram. Tatkala sampai ke sebuah jeram yang amat bising bunyinya itu, Tok Mat Amin singgah berhenti lalu naik ke darat meninjau-ninjau kawasan kalau kalau ada yang pamah yang sesuai, boleh di buat kampung halaman. Tak boleh, jeritnya habis suara pada anak buahnya. Tidak juga boleh di dengar. Lantas mereka bercakap bahasa isyarat, bagaikan orang bisu semuanya. Bukan tak boleh di buat kampung halaman dan memang ada kawasan tanah pamah yang boleh dijadikan sawah paya, sekadar bunyi jeram yg bising itu boleh mengganggu gugat pendengaran mereka masing masing .

"Apa nama jeram ni?" bertanya Tok Mat Amin entah pada siapa. Lalu dijawab anak buahnya, "Bisuuu, Tok".
"Oh! iya, "Kita namakan jeram ini Jeram Bisu."
Itulah asal mulanya jeram Besu di beri nama oleh Tok Mat Amin sebagai Jeram Bisu, sebab orang orang yang tinggal di situ semuanya bisu dan bercakap menggunakan isyarat belaka. Lama kelamaan Bisu itu menjadi Besu, lekat dan kekal sampai sekarang bernama Jeram Besu.

Kini Jeram Besu sudah terkenal ke seluruh rantau ini bahkan dunia kerana uniknya. Ia telah menjadi sebuah Pusat Rekriasi berakit atau berkayap dan berkhemah. Kedai kedai telah banyak didirikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan persendirian. Orang kampung yang dahulunya tinggal berselerak jauh diantara satu sama lain telah ditempatkan di rumah rumah Kos Rendah yang dirikan oleh Kerajaan. Kampung kampung dahulunya seperti Tedung, Berning, Empang China, Serli dan lain lain tempat keluarnya durian dari jenis baik kini sudah ditinggalkan.

Jeram Besu sekarang sudah terkenal. Bunyi Radio, TV, Karaoke dan bunyi deruman kereta motor telah melenyapkan sama sekali bunyi bising air dari Jeram itu, dan orangpun tidak lagi bercapap dengan isyarat.

4 comments:

  1. Salam sejestra buat Pak Hashim,

    Walau pun terdapat satu dua pekara yang saya sebutkan jarang di dengar barangkali..! tidak mengapa…….!!!! mungkin Pak Hashim sedang sibuk mencari ilham tentang pra sejarah dan salasiah keturunan, membuat kajian yang sentifik pada nama dan asal usul… maafkan saya sekiranya menyusahkan Pak Hashim dengan soalan soalan bodoh yang membosankan Pak Hashim…

    Saya amat menghargai setiap balasan komen Pak Hashim :-

    1. “Kekalu “ di buat dari padi muda, di goreng dan di tumbuk ( bukan emping ) “kekalu “ ianya lembut warna kehijauan. Mana yang lebih sedap ??????

    2 “Biji Terap goreng “ mungkin ramai yang kenal
    pokok “ Terap “ tapi tak pernah merasai biji
    Terap Goreng ?

    3.“Pais “ ikan Sebarau di bungkus dengan daun “
    Menkudu “

    4. Menjerat burung “ wak-wak” di tengah sawah
    Kerja di lakukan di senja hari,
    Orang tua berpesan supaya berhati-hati
    burung ‘wak-wak” ada badi..???
    Tak kena gaya membawa mati.


    5. Bersunat ( berkhatan ) memang menakutkan,
    “Tok Mudim” datang berkain sarung,
    kain “cokin” ( Kain lepas ) terlilit di kepala,
    bersiap menjalankan upacara,
    Batang pisang di tengah rumah
    pisau lipat tajam berkilat terpacak.
    siap untuk mengerat sesuatu..
    Kalau tak sabar terjun pintu?????

    ReplyDelete
  2. Salam PakNgah...
    Macamana kenduri kawin Sabtu lepas ?
    Penat lelah , sakit urat semuanya dah habis
    kah ?
    hahahaha.. itu kenduri orang kalau kenduri sendiri... harus tak dapat nak sambung blog ini lagikan ?

    errr susah ke nak sampai ke Jeram Besu hari ini, maaflah saya memang tak arif langsung tentang bentuk muka bumi Pahang :)

    Selain ditenggelami oleh bunyian ciptaan manusia , adakah deruan air Jeram Besu juga tidak dalam dan tidak segagah dulu ?

    ReplyDelete
  3. Md suak, salam...,
    Kekalu dan emping sedapnya terpulang kepada selera masing masing. Makan emping banyak ramuannya sedangkan kekalu tidak. Musim kekalu dulu baru musim emping,di tumbuk menggunakan lesung indit atau lesung tangan.

    Terap goreng: ambil biji dpd buah yg gugur dan di goreng. Ini adalah diantara "junk food" selain biji bangkung, perian masak, berangan dll.

    Pais ikan. Biasalah org buat dibungkus dgn daun mengkudu, daun betik, daun kunyit dan daun pisang. Ada pais ikan dimasuk dlm buluh dibakar spt lemang.

    Menjerat burung reruak atau kuau menggunakan jaring atau jala. Memikatnya menggunakan serunai yg dibuat drp buluh. Burung ini memang kuat badinya, tak tahan lari.

    Bersunat. memang itulah caranya zaman dulu. Yg bersunat ad yg berumur sampai lapanbelas tahun.Tok Mudin panjang dan lebat misainya nampak aje garang tapi baik . Yg jahat tu org di kelilingnya, yg menakut -nakutkan.

    ReplyDelete
  4. Terra Ida, salam...,
    Kerja kahwin dah selesai, letihnya masih, sampai demam sebab berjaga malam. Kerja sendiri lagi teruk kot!

    Jeram Besu sekarang dah maju. Ia dapat dilihat dlm perjalanan dari KB ke KL dan sebaliknya. Sdh ada chalet asrama dan Dewan. W,pun gejala moden sudah mengatasi segala, keaslian Jeram Besu itu boleh diperolehi dengan menghampiri- nya. Dengarkanlah bunyinya, ganasnya air yg menghempas batu dan berasa pilu apabila air yg menggila menjadi tenang di hilirnya.

    ReplyDelete