Jambatan yg menghubungi bandar lama dan baru
Residency kini Rumah Rehat
Kenapa saya memilih Kuala Lipis sebagai tempat ( settledown ) tinggal terakhir saya?
Kuala Lipis adalah sebuah bandar kecil yang memiliki semua. Apa yang ada pada bandar bandar besar yang lain, ada dan boleh didapati di bandar ini. Selain itu ia adalah bandar tertua di Pahang bahkan mungkin di Semenanjung. Menyesuaikan K.Lipis sebagai bandar tua, dengan ungkapan bahawa "Tua itu tuah dan muda itu mudah" maka K.Lipis menjadi semakin unik untuk dikenang selalu, kerana tuahnya. Siapa sahaja yang pernah tinggal di Kuala Lipis terutama kakitangan Kerajaan apabila mereka bersara mahu terus tinggal di sini. Ada orang mengatakan sekali terminum air sg Jelai selamanya akan mengenanginya.
Bagi saya Kuala Lipis banyak tuahnya, istimewa bandarnya, unik sejarahnya dan pelbagai manusia dari semua ras ada di dalamnya.
Dari tahun 1965 hingga 1974 sepuluh tahun lamanya saya cuba mengenali hatibudi bandar Lipis, dan segala intisarinya saya bawa bersama apabila ditukarkan Kuantan. Ada kenangan kenangan manis yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak. Yang tidak terus menjadi simpanan tetap sebagai "Secret & Confidential" Jangan tanya. Di antara yang manis manis itu ialah apabila saya memberi jolokan kepada bandar Lipis sebgai Kota Kecil yang tak pernah tidur " A tiny twinkle city that never slept" Ia juga sebuah tajuk nobel yang penuh dengan paparan paparan, adigan adigan dan drama drama yang menarik, mengkagumkan dan menyayat hati. Tetapi sayangnya nobel itu berkecai tak kesampaian sekadar tinggal jodolnya sahaja.
Sedikit imbasan mengenai bandar Lipis pada tahun tahun sebelum 1980an. Bandar one way street, bertingkat. Tingkat atas disebut main street, tingkat bawah disebut Jelai Street. Ada satu jalan yang memotong bandar ini untuk segera sampai ke antara dua street itu bernama Cross street. Cross street tidak boleh dilalui kereta sekadar pejalan kaki sahaja itupun kena menaiki dan menuruni anak mata tangga. Perniagaan di Cross street ini terus menerus dua puluhempat jam. Kedai makan, kedai minum, minum ringan, minum berat, makan ringan, makan berat semua ada. Juke box berkumandang terus atas permintaan. Jalan belakang ( back lane ) juga hidup dengan perniagaan masing masing. Ada warung mahjung, dan ada juga warung judi karan. Manusia mundar mandir, hilir mudik tanpa henti sekalipun malam mulai menampakkan upuk timur tanda subuh akan masuk. Bila ada lelaki berkumpul adalah perempuan dan demikian jika perempuan yg berlonggok ia tetap dicelahi lelaki. Lelaki dan perempuan hanya boleh dibezakan dengan ratio yg kecil. Siapakah lelaki itu dan siapakah perempuan itu ? Aduh! mereka adalah lelaki jalang dan perempuan jalang.
Ingat rakit tak? Rumah rakit yang meniti buih perairan Sg.Jelai menaikkan bandar Lipis berfungsi sebagai kampung maksiat yang terbesar dan masyhur keseluruh antero. Ia di bina dan di buat di atas air sekehendak hati untuk tempat tinggal dan tempat maksiat tanpa apa apa ulasan dari pihak berkuasa tempatan. Orang yang turun naik rakit silih berganti. Ada tangga yang disediakan serta pelantar yg terus menghubungi tebing ke rakit untuk memudahkan orang turun naik. Lagu lagu pop dan klasik lama berkumandang dari transister radio sepanjang rakit ditambah pula oleh gelak hilai si biang yang menghairah kan. Itulah bandar Lipis yang saya andaikan sebagai Kota kecil yg tak pernah tidur.
Bukan tiada resolusi selepas itu diketengahkan ke meja bulat. Lalu dibahaskan dengan panjang lebar, tetapi pro dan kontranya tidak mengizinkan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil jalan yang sebaik baiknya.
aha, bandar lipis!!!
ReplyDeleteSalam Pak Hashim,
ReplyDeleteCerita Pak Hashim tentang Lipis memang menarik, setau saya belum ada blog individu yang bercerita seperti mana Pak Hashim…tak tau lah mungkin ada tapi tidak terjumpa..
Dalam buku-buku Pak Sako mungkin ada itu pun hanya menyebut keadaan Rakit di Sg,Jelai di zaman penjajah…
Untuk kali ini
Menimba lopak di paya.
Batas di timbus air di timba,
Kerja di buat selepas menuai ,
Gegak gempita seluruh kampung,
Mengharuk selut sudah biasa
Kadang terbaring kadang tergolek
Seluruh badan bersalut lumpur selut
“ Bersempelat “ hingga ke rambut
“Menyauk “ ikan merebut-rebut
“Puyu, Sepat, Toman dan “Potak “
Kerja meraba memang seronok
Tersilap raba lain jadinya
Dara terjerit,
Janda “ terpekek “
Kain tersilak nampak lutut
Gelikan lintah melekat di Paha,
Tak kira sapa akan di terpa ??
Itu lah mengalaman tak dapat di lupa
Salam Pakngah ,
ReplyDeleteSeawal 1980-an Lipis sudah hangat dengan isu - isu sosialnya ?
Wah kalaulah program Edisi Siasat NTV7 dah ada masa tu, mesti Lipis tak terlepas dari sasaran meluat Wan Kamarudin Wan Ibrahim
hahahaha...
Tapi sebenarnya, Kota Bharu juga tidak terlepas dari gejala sosial itu. Tak kira di bandar atau dikampung. Memang ada.
Saya suka ayat ini
"Tua itu tuah dan muda itu mudah"
:)
md suak, salam....,
ReplyDeleteBila empang dicanang buka
Riuhlah kampung gegak gempita,
tua dan muda sama saja,
teruna & dara ikut juga,ah inilah peluang kita,
Disitulah keramaian disitulah pesta
Acara tahunan amat teruja.
Diselut pekat mereka meraba
terjerit terpekik entah kenapa
terpegang sepat dikata haruan,
terpegang haruan dikata kelesa,
rupanya puyu yg terseksa
Pacat dan lintah bukan alasan
asal tersentuh peha si polan
kesannya bukan buatan
sepurnama kemudian adalah angkatan,
angkara membuka empang,
terbuka segala kemahuan
tahu tahu ada yang bertunang.
Terra ida, salam....,
ReplyDeleteSekarang Lipis khasnya bandar sudah jauh berubah, tak ada lagi maksiat secara terang terangan. Sudah terkawal spt bandar bandar lain juga.
Tua tu tuah, muda tu mudah, kias ibarat orang tua tua. Sama juga kalau org kata "tua jangan disangka bapa, muda jangan disangka anak". Ini satu rasional yg tepat dan bijak. Boleh kita jadikan pedoman hidup.