Followers

Monday, March 16, 2009

Sepanjang hayat 35 - Rumah No.34 Jln.Damai, Taman Permai 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.


Rumah saya sebelum dipinda
No.34 Jalan Damai, Taman Permai adalah rumah yang saya duduki sekarang ini terletak dihujung jalan Damai, bersempadan dengan kampung Tempoyang. Disebelah kiri dan belakang rumah ada curam yg agak tinggi boleh mendatangkan bahaya jika hujan berlebihan. Tetapi setelah tigabelas tahun menetap disitu tak nampakpun ada tanda tanda yang tanah tersebut akan runtuh. Syukurlah!.

Saya penduduk paling tua di Taman ini. Saya jugalah orang yang paling kerap buat kenduri, termasuklah kenduri kahwin, bertunang, kenduri arwah, kenduri kesyukuran seperti hakekah, bercukur jambul dan lain lain. Yang terakhir ialah kenduri hakekah untuk cucu kembar saya Muhammad Harriz dan Muhammad Harraz. Alangkah seronoknya,weh!

Mula mula kenduri kahwin anak perempuan saya yang sulung, lepas itu anak lelaki saya yg sulung, lepas itu anak perempuan saya yang kedua, sedangkan anak perempuan saya yang ketiga kahwin lebih awal tetapi saya buat kenduri di kampung iaitu di rumah ayah saya. Sebelum anak perempuan kedua saya kahwin, saya terpaksa buat kenduri arwah tiga malam berturut turut, untuk ibu mereka yang meninggal dunia. Lepas kematian itu (isteri saya) rumah saya menjadi kurang berseri, sehinggalah apabila anak lelaki saya yang ketiga hendak berkahwin pula. Saya ni semacam dipaksa berkahwin dulu sebelum anak lelaki yang ketiga itu kahwin, sedangkan anak lelaki yang kedua tak usahkan hendak kahwin, bayang bayangpun tak ada sampai sekarang. "Abah kenalah kahwin dulu sebelum saya" kata anak lelaki saya yang ketiga. Mahu tak mahu maka kahwinlah saya dengan seorang perempuan yg belum kahwin ( spinster ) tetapi sudah berumur kira kira 41 tahun ketika itu, sedangkan saya sudah berumur 68 tahun. Track rekod tak kahwin saya selama lapan tahun pecah juga akhirnya.

Memandangkan kerap sangat buat kenduri, saya buka pagar untuk tiga penjuru bagi memudahkan saya memasang bangsal dari khemah khemah yang saya pinjam. Disebelah belakang rumah ada kawasan kira 20 kaki yang saya kira no men"s land saya jadikan tempat mendirikan bangsal untuk memasak. Sekarang ni saya tanam kelapa dua pokok, mempelam sepokok, nangka sepokok, jambu manis dua pokok di atas tanah Kerajaan itu manakala kelapa , nangka dan jambu sudah berhasil, jenuh makan. Saya bersyukur kerana memilih rumah berkawasan besar ini dan kerja kenduri saya tidak perlu melimpah sampai keluar kawasan rumah.

Itulah rumah yang saya duduki sekarang ini di bayar seluruhnya oleh anak perempuan sulung saya, tidak berpagar lagi dan sudah saya globalisasikan bagi memudahkan para pengunjung, sahabat handai, saudara mara dan cucu cicit datang berziarah.

3 comments:

  1. Salam PakNgah,
    wah cerita menarik hari ini...
    Pakngah kawin atas permintaan anak - anak rupanya.. semoga anak - anak Pakngah mendapat keredhaan Allah dalam membahagiakan Abahnya.

    Selain pernah tinggal di asrama, adakah PiPi dibesarkan sepenuhnya dalam rumah itu ?
    Rumah Pakngah pernah tak dihujani surat - surat peminat PiPi, sebagai contoh kad raya pada tahun lepas..hahahaha...

    Insyaallah kalau ada rezeki , sampai juga saya kerumah PakNgah suatu hari nanti.

    p/s sekarang di kelantan tengah ada musim pauh a.k.a mempelam . Macamana keadaan di Lipis ?

    ReplyDelete
  2. terra ida,....salam,
    Pipi tinggal bersama dr trkh dia lahir sampai drj 6 pastu duduk asrama sampai habis,Habis SPM melilau cari kerja pastu dapat masuk kolej apa P'ngah lupa, Dialah orang paling sedikit duduk rumah.Tentang peminat dia paling ramai,terbukti oleh banyak surat dan kad diterima. Dia mengguna rumah ini sbgi alamt surat menyuratnya.

    Hari kahwin anak sdr.p'ngah tu hari, anak anak pupu p,ngah dari Salur ada datang. Yg perempuan masakkan gulai kawah daging campur budu. sedap juga.

    Di Lipis belum ada musim, tapi durian dah keluar bunga. Bla dtg nanti kasi tau p,ngah ok.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Kawan tak berapa ingat doh Kg Tempoyang ni, yang kawan ingat ianya bermula dari simpang jalan dari Benta nak ke Relong,Padang Tengku dan Bukit Betong.

    Teringin sesangat nak ke Lepih.

    Wassalam.
    Idris Talu

    ReplyDelete