Sebahagian kecil bandar Lipis - Bangunan Paradise
Kuala Lipis adalah Bandar Warisan Sejarah di Pahang.
Kuala Lipis adalah bandar kecil milik orang orang seperti saya, orang orang yang sudah senja hidupnya.
Kuala Lipis sebelum tahun tahun 80-han adalah bandar kecil yang rancak, seluruh sendi uratnya masih keras dan tegang dan ia boleh menampung pelbagai gaya dan corak hidup milik manusia yang serakah dengan kemegahan duniawi hatta buat mematangkan orang orang yang bakal merentasi kedewasaan. Seperti bandar besar lain di Semenanjung bahkan di seluruh dunia profession tertua di dunia turut mengambil tempat di bandar Lipis. Menurut patut, tidak sepatutnya bandar yang sekecil itu boleh menampung bisnes yang amat besar implikasinya. Orang kecil, orang besar, orang berpangkat, orang kerdil, orang cendikiawan,orang professional turut datang mengecapi keindahan bandar Lipis dengan deretan rumah rumah rakitnya disepanjang bandar tapian Sg.Jelai. Masya Allah!
Kuala Lipis kini, adalah bandar yang masih kerdil tetapi sunyi sepi dan tenang, setenang air sungainya yang mengalir lesu, keruh dan menyedihkan. Bandar Lipis kini adalah sebuah bandar yang comel, teratur, terurus dan sangat aman damai. Tidak ada lagi bar yang menghuyung-hayangkan. Tidak ada lagi persundalan, tidak ada dundut, tidak ada rumah mahjung, judi karan dan sebagainya. Tidak ada lagi semuanya.
Kuala Lipis tidak ramai penduduknya, hakmiliknya telah dikecilkan, dipindahkan menjadi daerah lain seperti Jerantut dan Cameron Highlands. Pengundi berdaftar tidak mencecah angka empatpuluh ribuan. Kuasa membelinya amat kecil. Rancangan Felda letaknya dipinggir sempadan Raub dan Kelantan.
Kuala Lipis adalah daerah di mana bandarnya cukup nyaman, cukup selesa dan cukup bermakna bagi orang orang tua seperti saya, orang orang pencen yang mencari ketenangan dan orang orang tua yang ingin mengabedikan dirinya untuk keredhaan Allah.
Kuala Lipis bagi saya adalah tempat bersunyi sunyi diri, tempat orang orang mystitism yang sentiasa merenung ke dalam dirinya.
Kuala Lipis adalah pengkalan terakhir buat saya.
Salam buat Pak Hshim...
ReplyDeleteJust to say " No comment "
salam pak hashim,
ReplyDeleteroundabout depan aktif tu.
bukan orang penjen je suka kuala lipis. saya pun suka suka kuala lipis. sebabnya ramai juga sedara mara situ.
"Kalau susah sangat talipon Pipi biar dia bawa kereta tunjuk jalan"
ReplyDeletehahahaha... pucuk dicita :)
Tapi.. kepulangan saya ke Raub/Lipis atas urusan keluarga , bukan nak ambil 'autograf' siPiPi tu hahaha..
Semalam saya dah mula 'study' jalan2 di Raub dan Lipis ,sekarang ni mudah dengan adanya internet, Insyaallah tiada masalah... kot ?
Tempat yang bersunyi - sunyi diri ? Kalau boleh pilih ,saya pilih Kg Tat Sega . Ianya pernah menjadi mainan mimpi dan angan - angan ketika hidup tak keruan.
Kalau PakNgah ingat ..bentukmuka bumi rumah Aki diatas tanah tinggi itu cukup cantik , dibawahnya aliran anak sungai , dihadapan nya terbentang sawah padi , dibelakangnya pelbagai dusun buah - buahan , masuk kedalam lagi, bertemu pula sungai yang melebar...
Disebelah petang , bila angin mula bertiup , Wan akan mengasingkan padi / beras dari hampasnya.
Satu dimensi yang mengasyikkan ..
wah ada lebih kurang seminggu lagi saya akan kesana... sudah tentu mak juga tengah menghitung hari :)
md suak
ReplyDeleterahimin
Oh! ya semuanya tepat belaka.
Ida, salam,
ReplyDeleteGuna google earth pun boleh. Boleh dapat punya, ha ha ha.