Followers

Saturday, March 21, 2009

Sepanjang hayat 41 - Cakap Orang Putih

1957 - Pengalaman pertama berkerja dengan Kerajaan sebagai kerani sementara di PWD Workshop Raub. Kerja sebagai kerani senang aje. Masuk jam 8.00 pagi dan balik jam 4.30 petang dengan rehat selama 1 jam. Waktu kerja boleh pergi minum di kantin Pejabat selama 15 hingga 30 minit, kekadang lebih dari itu. Biasanya mula minum jam 9.30 atau 10.00 pagi. Semua kakitangan macam itu, tetapi tidak serentak. Pekerja PWD masa itu kebanyakan adalah terdiri dari orang India. Mereka adalah Buruh Am, gaji hari dan paling rendah satu ringgit lima belas sen sehari. Di dalam workshop kakitangan adalah pekerja mahir belaka terdiri dari Chargeman, foreman, mechanic dan apprentice daripada pelbagai kaum, ada China, India dan Melayu. Gaji mereka tetap gaji hari dan kalau kerja lebih ada overtime. Ditadbirkan oleh seorang Mechanical Assistant.

Ketua Pejabat PWD daerah Raub ialah seorang Engineer berpangkat Executive Engineer, berbangsa Inggeris. Bahasa komunikasi dalam pejabat juga Bahasa Inggeris.

Kerja saya mengumpulkan job card pekerja disebelah petang. Sebelah pagi pasti ambil Check Roll, dari Chargeman berbangsa China bernama Chuah Ah Too, setelah Roll Call pada jam 7.30 pagi. Buat sedikit kerja kerja correspondence seperti filing dan typing dan pergi ke Main Office lebih kurang 1/2 KM dari Workshop menyampai dan mengambil apa apa arahan dan surat surat yang ada kaitannya dengan jentera dan stores.

Store PWD bersekali dengan Workshop. Seorang Storekeeper dan pembamtu berpangkat Storeman yang mengendalikan Store PWD. Storekeeper itu adalah orang melayu, pendek sahaja orangnya, lebih kurang dalam 4' 8" tinggi. Bayangkan Storekeeper itu adakala kena membawa tiga ke empat buah Buku Stock untuk di audit, bersaiz A3 + X 3". Takkan tak merah telinganya. Sudahlah pendek, berkulit gelap sedikit dan bercelana pendek pula. Kadang kadang kasihan tengok Storekeeper pendek seorang penjenaka dan mudah mesera.

Suatu hari, Storekeeper berada di Pejabat Workshop. Telepon berdering. Dari gagang itu keluar suara, " Chuah Ah Too please...".
Storekeeper menjawab, "Storekeeper, ya storekeeper cakap".
Suara dari gagang itu berbunyi lagi, " chuah Ah Too...Chuah Ah Too",
Lantas Storekeeper menjawab, "Storekeeper, Storekeeper Ibrahim here".
Suara dari gagang itu semakin kuat, "D.T Rice here, I want to speak to Chuah Ah Too the Chargeman".
"Oh!" lalu Storekeeper memanggil Chuah Ah Too.

Selepas itu En. Ibrahim Storekeeper bercerita kepada kami semua, "Kaweh ingat dia bertanya siapa tu, Kaweh cakaplah Storekeeper. Rupanya dia minta bercakap dengan Ah Too. Kereta dia rosak dekat Dong. Ah! kacau betul".

Chargeman itu tersenyum sahaja, "Dia punya keleta sudah losak sana, dekat Dong".

ha ha ha...

3 comments:

  1. Salam PakNgah...
    sekadar menjenguk blog PakNgah,
    saya masih dipejabat , ada tugasan yang belum diselesaikan...

    wah Pakngah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di pejabat ? kalah saya disini...
    Saya ni walaupun tiap2 hari baca buku Inggeris tapi 'speaking' masih lagi 'berterabur'
    Apatah lagi berada kat negeri sendiri ,
    zon yang sungguh selesa untuk 'kecek klate'.

    Pada pendapat PakNgah ,apa pro dan kontra penggunaan bahasa Inggeris di pejabat kerajaan dulu - dulu ?

    ReplyDelete
  2. Terra Ida,salam....,
    Masa itu bahasa Inggeris compulsory di semua Pejabat Kerajaan. Di mana mana dlm urusan kenalah menggunakan bahasa Inggeris, sama ada bercakap atau menulis dan semua documen dlm B.Inggeris. Dari sekolah kami gunakan B.I hingga ke Pejabat. BI digunakan dimana perlu saja, selebihnya cakap melayulah slang tempatanlah. Berurusan dgn public kenalah cakap melayu, Bahasa pasarpun. Entri P,ngah tu adalah insiden insiden penggunaan B.Inggeris. Ada yg faham ada yg tidak dan yg tersalah faham, ha ha..
    Sekarang ni tak begitu fasih cakap org putih, terutama mengenai ejaan. Tiap kali nak mengeja kena buka kamus. Aduh! sakit...

    Kalau nak fasih b.I, ambil buku org putih bakar, ambil abunya rendah dlm air kemudian minum, ha ha ha...

    Bergurau...

    ReplyDelete
  3. hehehehe...lucu pulak cerita pakcik.

    ReplyDelete