Followers

Sunday, March 22, 2009

Sepanjang hayat 42 - ONGPUTIH CELARU LAGI

Di PWD Raub:
Storekeeper ringkasnya SK yang pendek orangnya itu kena lagi. Kali ini dia yang mengena. Mat Saleh Ketua Pejabat berpangkat Executive Engineer itu pagi pagi sudah datang ke Store. SK yang pendek terkedek kedek dengan kerjanya sambil mengepit Buku Stock yang tak sepadan dengan saiznya terserempak dengan Ketua Pejabat yang tinggi serta besar saiznya.

Mat Saleh: "SK, any stores arrived today..."
SK: tergesa gesa dan tidak mendongak dan sedikit terkejut, "Nothing sir, except balls and nuts".

Mat Saleh itu pelan pelan beredar dari situ.

Di PWD Bentong:
Cheif Clerk ringkasnya CC ( Ketua Kerani ) bangsa India mengarahkan keraninya bernama Kamaron:

CC: sambil mengepit sebuah Fail lalu mendekati Kamaron yang sedang tekun bekerja di mejanya,lalu meletakkan fail tersebut dimejanya, " Eh! Kamaron, could you please take out all the enclosures which are flagged in this file"
Kamaron: selamba, " All right CC, no problem".

Setengah jam kemudian, Kamaron datang membawa fail dan menyerahkan kepada CC.
Kamaron: "Everything ok la CC".

CC India itu tersentak: "Ayoyo yo, cit, Eh! Kamaron I said type all the enclosures".
Kamaron dengan bangannya, cakaplah taip, ini take out, take out.

Inilah di antara insiden insiden yang dapat saya ceritakan kali ini dan jumpa lagi di entri ke 43.

5 comments:

  1. Salam Pakngah,
    hahahaha... ini kes "direct translation" ,
    Bahasa Inggeris ini pun satu, banyak 'double meaning' . Apatah lagi dengan 'grammar'nya yang tersendiri .

    Orang putih pula , tak cuba ke belajar bahasa kita ?

    ReplyDelete
  2. Terra Ida, salam...
    Orangputih sebenarnya bukan saja belajar bahasa melayu. Mereka telah bermacam macam belajar mengneai orang melayu, hatibudi orang melayu, feil orang melayu, baik buruk orang melayu bahkan kencing berak orang melayu mereka sudah tahu. Segala rahsia orang melayu ada dalam perbendaharaan mereka, semuanya sudah tersimpan di No.10 Downing Street, London. Kita sahaja orang melayu tidak ada hati untuk belajar mengenai orang Inggeris. Banyak pantang larang, bersalahan dgn hukum, bertentangan dgn budaya dan macam macam.

    Kita sebenarnya banyak salap anggapan. Yang baik tetap baik yang tak baik jangan pedulikan.
    Sebagai ingatan dr p'ngah, belajarlah bahasa Ingeeris sehingga kita boleh berfikir dlm B.Inggeris.

    Kami dulu di sekolah baca William shakepere, bahasanya sangat cantik. Perbandingan sama cantiknya dengan bahasa Zaaba. Jadi apa kurangnya B.Melayu!

    Ala, berkhutebah pulak, sorilah. jumpa lagi.

    notakaki:

    P,ngah mungkin berehat seminggu dua, ada kerja sikit nak buat. P'ngah sdg mengumpulkan data mengenai salahsilah orang Sega, untuk dijadikan sebuah cerita panjang (Cerpang)utk diterbitkan.

    ReplyDelete
  3. Bong, buat cerpang. Bagus tu. Teruskan

    ReplyDelete
  4. Arisel, salam....
    Saya sedang membuat Cerpang mengenai kedatangan To Mat Amin ke Tersan, satu adaptasi daripada 3 salasilah:
    1. Tok Kaya Ibrahim,
    2. Tok Baginda Demu,
    3. Tok Mansor - Orang Bugis.

    Adaptasi ini memperlihatkan 3 keturunan meramkum satu generasi menghasilkan 12 orang Penghulu bagi Mukim Sega sebelum SPA ambil alih.

    Synopsis - kedatangan Tok Mat Amin mudik sg. Lipis dr Kg.Pagar, membuka Kg Tg.Aur/Tersan. Bertemu dgn org keturunan Bugis dan (Tok Kaya Ibrahim) dipercayai dr Tg.Besar atau keturunan 16. Mereka bersemenda lalu mentadbir Sega dan kampung sekitarnya menjadi Mukim iaitu Mk Sega. Cerita akan di sulam dengan beberapa budaya termasuk, Ugau Lukah, Silat Pedang dan Adat bertunang / nikah kahwin termasuk keindahan alam semula jadi.

    Inipun adalah dgn izin Allah.

    ReplyDelete
  5. PakNgah,
    Saya doakan usaha PakNgah ini berjaya dan diberkati Allah selalu.

    p/s Insyaallah bila saya sampai di Lipis, saya telefon PakNgah.

    ReplyDelete